Rammaaaai orang bertanya pasal batu/kristal yang sesuai mengikut tarikh lahir. Tak kurang juga yang rasa seolah olah kalau pakai batu yang tak ikut tarikh lahir sebagai menempah kesusahan, boleh ditimpa musibah dan penyakit...he he he..silap tu.
Orang zaman dulu dulu percaya kononnya batu batu ni berasal dari cakerawala dan ada kaitan dengan planet planet di sekelilingnya. Dengan sebab tu makanya batu batu ni ada kuasa tersendiri lagi magik. Kalau kita pakai batu yang tepat dengan zodiak kita barulah nasib kita boleh berubah menjadi lebih baik lagi.
Ha ha yang menariknya pendapat ni berubah ubah pulak ikut masa, budaya,pendapat tukang tukang kaji bintang dan jugak tuan tuan tukang tilik dan jugak berbeza ikut negara ahli ahli ramal masa dolu dolu tu. Last….. sekali, lama lama semua orang dah macam sama sama sepakat nak gunapakai formula macam kat bawah ni :
Zodiak Batu/Kristal
Aquarius (Jan 20 – Feb 18) Garnet
Pieces (Feb 19 – Mac 20) Amethyst/Kecubung
Aries (Mac 21 – April 19) Bloodstone
Taurus (April 20 – May 20) Sapphire/Nilam
Gemini (Mei 21 – Jun 21) Agate/Akek
Cancer (Jun 22 – Julai 22) Emerald/Zamrud
Leo (Julai 23 – Ogos 22) Onyx/Baiduri
Virgo (Ogos 23 – Sep 22) Carnelian/Akek Perang
Libra (Sep 23 – Okt 23) Chrysolite, Peridot
Scorpio (Okt 24 – Nov 21) Beryl
Sagittarius (Nov 22 – Dis 21) Topaz
Capricorn (Dis 22 – Jan 19) Ruby/Delima
Lepas tu muncul la kepercayaan baru bagi orang orang lama ni untuk kaitkan dengan bulan kelahiran pulak. Di bawah ni dicatitkan kepercayaan kesesuaian batu/kristal untuk zaman moden ni mengikut bulannya.
Bulan:Batu Zaman Moden
Januari: Garnet,Rose Quartz
Februari: Amethyst/kecubung,Onyx/Baiduri
Mac: Bloodstone,Aquamarine,Tourmaline
April: Diamond/Berlian,Rock Kristal, Sapphire/Nilam
Mei: Emerald/Zamrud,Chrysoprase
Jun: Pearl/Mutiara,Moonstone/Baiduri Bulan, Alexandrite
Julai: Ruby/Delima,Carnelian/Akek perang
Ogos: Sardonyx,Peridot, Onyx/Baiduri
September: Sapphire/Nilam
Oktober: Aquamarine,Opal,Tourmalin
November: Topaz,Tiger’s-eye
Disember: Lapis Lazuli,Zircon
Haa itu lah dia info awal pasal batu kelahiran ni, tapi jangan la pelik kalau ada orang bagi tau batu kelahiran yang lain dan tak sama langsung dengan ada kat atas. Bagi saya ini semua hanyalah gimik pemasaran tapi kita masih boleh guna untuk bantu orang yang tak ada idea langsung tentang batu apa yang sesuai dipakai.
3 comments:
assalamualaikum...nak tanya...batu cincin bloodstone rupanya macam mana ya?
Waalaikumsalam witchunter,
Batu bloodstone kaler dia hijau daun tua. selalunya nampak macam ada tompok2 darah. (sbb tu namanya 'blood'stone. Cincin tak jadi masalah sbb yg penting saiz & bentuk batu sesuai dengan citarasa. Tukang emas/perak bijak untuk menyesuaikan bentuk yg padan dengan kehendak pemakai.
Geliga lipan hny pd yg bertuah. Rm2k
0145042878
Post a Comment