Wednesday, July 30, 2008

Terjun ke Training

Baru baru ni saya berpeluang mengendalikan satu kursus 'Team Building' bersama dua orang rakan saya di Sg. Sembilang Jeram Selangor. Seronok dan Alhamdulillah berjaya bagi saya dan juga peserta. Sebenarnya mengendalikan kursus adalah sebahagian dari kerjaya saya yang baru nak mekar.

Bende ni rupanya macam hidden talent yang tersimpan dan terungkai hampir dua tahun yang lalu kerana dua orang iaitu seorang rakan lama sewaktu sekolah dahulu, En. Chong namanya, dan kedua tentunya special girlfriend yang juga isteri saya sendiri.

Antara aktiviti kami adalah ceramah, latihan menurun tali, qiam bermula jam 5 pagi, larian berhalangan dan peperangan paintball. Tak lama cuma satu setengah hari satu malam sahaja.



Ini sewaktu suaikenal dengan para peserta. Apa kebendenya yang saya buat lawak masa tu saya pun dah tak ingat tapi gelak beso la sekejap.




Sewaktu kelas sedang dijalankan




Ini gambar pelakon lagak ngeri sebelum nak turun tali. Saya minta nak turun kepala dulu macam komando tapi dia orang tak bagi, takut jadi biawak komodo katanya. Lama tak buat rasa gayat jugak. Sebenarnya risau sebab baru tiga hari pulih dari vertigo yang sampai muntah sebelum tu. Ini adalah satu gangguan dalam gegendang telinga yang buat kita rasa pening dan berpusing pusing dan tak seimbang. Macammana pun kena buat juga sebab peserta kami dah perli perli je. Ceh! malulah kalau tunjuk penakut...he he he.




Ini masa spiderman dah nak sampai bawah dah. Cuba bayangkan jaraknya dan sekiranya ada yang rasa gayat, takut gemuruh atau apa apa perasaan tu memang bagus sebenarnya. Itulah naluri namanya, kalau takde nanti ramai yang nak terjun bunuh diri pulak.




Tengah stanby untuk terjun jadi superman sekejap pada jarak ketinggian 30 - 40 kaki lebih kurang. Ini sebahagian dari latihan kepada peserta kami bagi membentuk keyakinan diri disamping keseronokan. Posing maut punya sebab saya cuma tergantung dengan tali aje yang kononnya boleh tahan berat sampai 2 tan. Tawakkal je ni sebab nak tingkatkan konfiden peserta kami. Saya adalah orang yang pertama untuk acara ni.



Ini sample aje camamna saya 'terjun dan terbang' macam superman. Gambar orang lain sebab kamera bawak sekali untuk shoot gambar peserta lain pulak. Masa ni kamera duk dalam kocek seluar, mujur tak jatuh dalam kolam ikan 30 kaki kat bawah nu.




Ada macam macam pesen terbang paserta ni, ada yang cantik macam cerita wayang cina masa pahlawan tengah terbang, ada yang tegak macam kayu je, ada terjun cara duduk dan yang special terbang sideway. Dari mula peserta ni terjun jadinya melintang je sampai la kesudah.

Lain kali saya crite pasal paintball pulak.

4 comments:

Suria Kelang said...

I know your capabilities are always beyond so many others. But you let your inferiority surpassed your confidence all way through!

Good that you are now on track. Never to late to kick-start somewhere. Move faster and think harder. The job will be there done for you and the result will be very lucrative!

Whatever it is, I will always love you no matter who you are, forever.

Kassim Selamat said...

Tahniah kerana menceburi bidang training ni...moga sukses!

naha...hari minggu ni aku takde rumah ler...ada jemputan kawen di kelang. kena carik hari lain ler..maaf byk2.

ni no.h/phone apa2 call ler yer bila nk dtg 017-369 3422

rizal said...

salam,,
apa rasa main paintball ari tu. bile nak repeat. pepehal try lyri - http://camprpg.blogspot.com

naha said...

nanti kita rancangkan denganpeserta bau.. kena tembak masa tu sakitnya masih teringat2..