Wednesday, April 22, 2009

Batu Nilam

Batu Nilam adalah dari keluarga batu yang nombor 2 keras dlm dunia selepas Berlian. Batu ni sama beradik dengan batu Delima cuma orang2 batu satu dunia dah sepakat setuju yang batu warna merah dipanggil Delima lain dari tu panggil Nilam. So... ada Nilam kuning, ada nilam putih, nilam lain2 warna dan yang biasanya Nilam biru. Kalau ada yang sebut Delima tu sebagai Nilam pun tak salah cuma tak tepat. (secara ilmiah lah). Tapi jangan salah sangka pulak bukan semua batu merah tu Delima dan bukan semua yang biru tu Nilam, kena periksa betul2. Tapi tak kesah la asal cantik sudah.

Bulan Januari lalu saya berani2 je terima tempahan buatkan satu set perhiasan batu Nilam iaitu cincin, gelang dan juga rantai. Alhamdulillah pagi tadi semuanya dan pun berpindah tangan kepada pemilik yang menempahnya. Terungkai sikit semangat yang tenggelam 10 tahun lalu. Terima kasih kepada girlfren saya terutamanya yang tak jemu2 menyokong saya, anak2 yg bersabar dengan keadaan dan rakan2 yg menyokong memberikan sokongan serta galakan.

Berbalik cerita batu nilam ni, sebabkan batu ni keras dan selalunya orang tak begitu ambil indah pasal kerasnya dia, kadang2 kita terlupa dan selalunya kita kumpul sekali barang2 kemas berbatu nilam ni sekali dengan batu2 lain dalam satu bekas. Kekadang tu bekas bunjut je macam rempah bunjut jadinya. Kesannya yang kita pun tak berapa perasan, cuma kita akan tertanya2 kenapa batu2 barang kemas yang lain nampak pudar je.. dah lama agaknya. Sebenarnya batu yang lain tu dah terhakis sebab bergesel dengan batu Nilam tadi. Makanya kurang lah kilat dia dan nampaklah tak berseri macam mula2 dapat.

Penjagaan barang kemas ni, antara cara yang paling baik sekali kalau nak simpan ialah masukkan dalam kotak berlainan. Itu pun selalunya kita akan kata " alah.. aku beli murah aje, mahal kotak dari barang kemas, buat hapa" hehehe. Biasa lah tu. Leceh jugak sebenarnya nak letak dalam banyak2 kotak, jadi cara kedua ialah balut dulu barang kemas kita tu, guna tisu ke (tisu tandas pun boleh), masuk plastik ke atau guna kertas A4 biasa pun boleh asal jangan kertas pasir sudah. Lepas tu kalau nak bunjut pun bunjut lah. Simpanlah kat tempat yang betul2 selamat, kalau tak nanti disapu dek orang buat penat je simpan elok2.

Satu cara lagi untuk kekalkan batu ni nampak cantik ialah perhatikan bahagian bawah batu yang dah diikat ni.Senang cerita ambil cincin yang kita pakailah, bukan batu Nilam pun tak pe. Perhatikan batu kita ni sama2. Ada batu yang agak jernih, ada yang legap dan tak nampak cahaya tembus pun.

Batu Nilam biru pulak selalunya agak gelap sikit tapi ada yang boleh tembus cahaya samar2, jadi kita tak berapa peduli sangat bahagian bawah dia. Tapi kalau kita perhatikan sekali lagi, ada tak nampak macam ada benda selaput putih2 kelabu duduk kat celah2 barang kemas kita tu. Perhatikan jugak samada selaput2 tadi dah bertepek kat bahagian bawah batu tu. Kalau ada cuba cungkil sikit dan tengok samada selaput tu keluar ke tidak. Kalau banyak, pergilah cuci cepat2. guna sabun biasa je, tak yah susah2 cari ubat gigi.

Sekarang, bila dah cuci, cuba angkat sikit barang kemas tadi ke arah matahari, lampu pun boleh (bagi yang batunye jernih) dan perhatikan samada nampak cahaya cerah sikit melalui batu tu (dari atas boleh, bawah pun boleh). Sekarang perhatikan dari atas, amacam, berseri tak? Selalunya selaput tadilah yang menghalang cahaya dan sebab tu batu nampak sikit kelam sebab cahaya dari atas dah terserap oleh selaput tadi. Pun begitu ada orang salah sangka dan dia kata, "batu ni dulu masa mula2 pakai muda je warna dia, bila dah lama pakai warna dia jadi masak sikit dah gelap". hehehe.. biasa lah tu.

Itulah serba sedikit cara nak jaga batu Nilam. next saya cerita khasiat batu Nilam ni.

Sori, gambar tak mau kaluar pulak. lain kali la ya..

5 comments:

en_me said...

baru balik solat jumaat jugerrr..

Zabs said...

Salam Naha,
Terima kasih atas informasi yang diberi, menarik.
Ada juga beberpa kali beli cincin, tapi yang murah2 je. Pakai beberapa kali dah tu simpan. Bila nak pakai semula, cari tak jumpa lagi.
Penerangan anda menimbulkan minat pada batu pula.

N. A. H. A said...

Salam naha , macam tak sangka pulak boleh terjumpa blog ni ..tengah surf batu nilam dengan intention nak jual barang kemas milik peribadi...boleh tahu tak nilai batu nilam sebenarnya?

naha said...

Waalaikumsalam N.A.H.A.

Sama pula ejaannya ya. batu nilam adalah antara batu yang "bernilai" tinggi, sama taraf dengan batu Delima, Zamrud dan Berlian, juga Mutiara. Permata lain di kategorikan sebagai 'separa bernilai'. Dari segi harga pula, mungkin berbeza mengikut kualiti dan juga tempat jualan batu itu.

Barang kemas lama kadangkala ada nilai tambah lain pula seperti ke'Antik'kan coraknya... susah nak dapatnya, batu macam tu dah tak ada lagi dll.. dan ..emas semakin naik harga.. TQ

Mansor said...

As salam, mcmmana nak kilat kan semula batu permata?