Saturday, May 9, 2009

Delima Yang Merah Airnya



baru teringat nak tulih... ada sorang kwn ni dia kata batu delima jenis yg boleh jadikan airnya merah memang wujud. macamana pun cuma orang tertentu yg terpilih dari kategori alim lagi ikhlas je yg mampu dapat.

Katanya lagi, batu ni bukan lah batu yg kita dapat dari bumi tapi datang dari langit. Kat mana nak dapat?... dari negeri yang berpadang pasir sahaja iaitu dari negara2 Arab la. Tambah dia lagi, walaupun berpasir macam gurun tetapi... mestilah ada itu binatang "Hunta" la. Pasal apa pulak unta? sebab.... batu ni akan muncul dari celah kuku unta sahaja dan bukan dari tempat2 lain.

Turunnya batu ni pun bukan selalu cuma (yang ni saya terlupala pulak) beberapa kali je dalam setahun. entah sekali setahun ke 2 kali setahun tak ingat la pulak. Jadi nasib nasib la orang yang dapat pun. Itu pasal lah kata dia lagi orang yang rajin ke Mekah la yg paling ramai dapat. Pun begitu, syaratnya ada, kalau dah dapat tak leh cerita2 kat orang yg kita ada batu delima ni, cerita secara am je sudah, nanti ditarik balik itu batu lah.

itulah versi baru yang saya dengar, sja nak kongsi. Apa pun tidak mustahil boleh berlaku, macam yg sya pernah kata itu bahagian2 ghaib dan mistik dan ia bukan la bidang saya, tapi suka nak kongsi info. Kalau ada yang nak tahu lebih banyak tentang dunia mistik ni boleh la jugak layari laman blog kawan blogger baru saya ni di sini. wallahualam.

8 comments:

AZANI said...

terimaksih utk info
saya juga minat dengan batu batu buat cincin,tapi taklah extreme sgt.

en_me said...

salam abang naha tewww.. me selalu dengar pasal batu delima segala.. tp me langsung x minatt ghitewww

Duniamistik said...

Terima kasih saudara Admin atas Link-kan blog saya dlm post saudara.

berkenaan dengan tajuk yang Utama dari post ini, saya kurang pasti @ tak berapa jelas ttg perihal yg ditulis pd kali ini kerana sy sndiri blum prnah dpt Cerita sedemikian rupa. Ini pn tahu dari blog saudara Admin. hehehe... bila baca blk, rasa lucu ada, pelik bin ajaib pn ada. tetapi, jika org @ ahli dlm bidang mistik akan akur kerana tak mustahil kejadian ini boleh berlaku dgn Izin Allah taala. Tetapi, memadai jika di cerita @ diberi bukti dari segi Akal, mistik @ metafizik, paranormal, medium yang dpt @ ambil, kajian dari Lab-test @ scan dengan pakar2 ahli mistik/ a.ghaib. Mesti akan dpt bukti kesahihan-nya. Cumanya, bagi saya biar tak lari dari "mencarik Adat" @ "luar pemikiran normal manusia". Baru kita dapat fikir ia benar @ tidak. Sebab, "lain padang lain belalang, lain org lain pandang".

Saya tidak pandai @ mahir dlm bidang ini, cuma-nya minat yg mendalam utk berkongsi dan mengkaji dlm bidang Aliran MISTIK.

Sesungguhnya, yang buruk dan kekhilafan ini dari saya hamba yang doif dan Segala Kekuasaan dan Kesempurnaan dari Allah S.W.T jua.

Salam mesra utk semua Bloggers.

*p/s:- t.kasih saudara Admin kerna menerima saya utk berkongsi pandngan/ info di sini.

manlaksam said...

Salam Naha,
Lama dah Pak Man tak tinggalkan komen di sini.
Menarik cerita Naha tu, tapi Pak Man lebih suka batu yang warna hijau......

Zabs said...

Salam Naha,
Cerita menarik. Tapi ada ke tidak kemungkinan,semasa berjalan di padang pasir unta tu terpijak batu2 tu dan melekat di selah kukunya...?
Saya lebih suka warna biru, apa batu yang berwarna biru ye?

naha said...

Assalamualaikum Semua, Azani, en_me, Duniamistik, Pak Man & Pak Zabs.

Cerita tu adalah cerita dari mulut seorang kwn yg berkunjung kerumah saya satu ketika tu. Samada kejadian yg sebegitu benar atau tidak, sy takde pengetahuan. tetapi kalau mungkin betul berlaku dan katalah memang terjatuh dari kuku unta tu dan saya terpijak, tersepak atau pun tertengok sendiri dengan mata kepala.. kalau bukan rezeki, tak kenal pun ia nya batu berharga.

Duniamistik said...

salam kembali pada saudara Admin.

batu pertama kali saya dpt dengar cerita sebegini ttg unta ini. bila pikir2 blk, Spesis Unta apakah ni? Hebat smp dpt kluarkan geliga dari kuku. wah,wah,wahhh... kenapa si Unta dari Negara padang pasir sahaja yg dpt buat mcm tu? pelik & ajaib kan... hehehe...

naha said...

unta dari dalam zoo selalu mandi jadi batu tak lekat..hehe