Friday, December 17, 2010

Doa Makbul 1



Sewaktu saya dan isteri di Mekah bulan lalu kami terpaksa berkunjung ke klinik Tabung Haji yang berada di Hotel Haneem Firdaus sebanyak 3 kali kerana demam, batuk dan selsema.

Kata org di tanah air.."biasa la tu, kalau pergi haji mesti dapat punye."

Kata saya pulak.."biasa la tu org Malaysia lembek termasuk la saya sbb org Indonesia yang tempat tinggalnye sejauh 5 kilometer langsung tak sakit". Manja2 org Malaysia ni.

Oleh kerana kunjungan kami ini dah masuk kali ketiga makanya doktor pun macam dah kenal pulak, tersenyum lebar dia melihat saya. Tapi saya pasti dia tak ingat saya cuma sebab saya bawak buku rawatan makanya dia dah tau sejarah lawatan saya.. hehe. Tapi isteri saya pulak lain halnya. Doktor ingat dia sbab nama dia yang unik tu.

Doktor2 yang ada baik semuanya, masih muda dan hansem orangnya. Saya sempat berkempen kepada jemaah wanita semasa lawatan ke klinik kali pertama dulu, saya katakan.."pergi la jumpa doktor tu hansem2 semua..lom makan ubat lagi pun dah tentu baik punya".

Memang selepas itu saya dengar ramai la pulak jemaah wanita ni membuat lawatan muhibbah ke klinik Tabung Haji ni. Atas sbb sakit betul ke, langkah berjaga2 atau saja survey hanya Allah dan mereka sahaja yang tau.

Semasa saya sedang menerima rawatan tu kami sempat berbual2 seketika sambil doktor bertanya pasal sakit saya tu. Doktor tu sempat jugak mengingatkan kepada saya mengenai penyakit dan izin Allah, katanya "Ialah Hj, semua sakit ni datang nya dari Allah, kita ni ikhtiar saja mkn ubat yang dibagi, untuk sembuh pun dengan izin Allah juga".

Saya hanya jawab ringkas sahaja "Ialah, betul tu". Dan kami pun terdiam seketika. Agaknya jawapan saya tu macam potong stim saja bunyinya. maklumlah, kepala kita tengah pening2 lalat masa tu.

Tiba2 doktor td bertanya saya satu soalan.. "Haji doa macam mana Ji?"

Wah! soalan cepumas ni, soalan yang betul2 mengetuk kotak fikiran saya. Dalam hati saya tertanya2, kenapa pulak soalan ni yang dia ajukan, bagi ubat saja sudah la. Dalam pada hati masih tertanya2, otak saya pulak ligat berfikir nak cuba rungkaikan tentang soalan doktor tadi.

Dengan rasa teragak2 saya balas juga dengan dengan seberapa segera yang boleh, "Ooooh.. kawan2 kat Malaysia dah pesan, suruh doa kesihatan. Saya dah pun berdoa masa sebelum berangkat ke Kelana Jaya lagi". Konfiden je bunyinya.

Doktor yang mendengar cuma tersenyum dan kemudian.. "Macammana doanya" tanya doktor.

Oleh sbb tengah konfiden saya sambung, "Saya berdoa..Ya Allah ya tuhanku, berilah aku kesihatan, sihat tubuh badan, boleh ada selera makan supaya dapat bekalan tenaga untuk beribadat sehingga selesai kerja2 haji nanti". Saya lafazkan berdasarkan kepada ingatan semula.

Secara spontan saja tiba2 doktor tu tergelak! Dalam hati saya terdetik lagi..'Sudah, tadi tanya soalan cepumas ni tergelak pulak'

Doktor menambah.. "Alhamdulillah.. Doa makbul tu Haji!" dan saya jadi keliru.

Apa pulak kaitannya doa makbul dengan periksa kesihatan dan mintak ubat tadi. Dalam kekeliruan saya buat muka seposen sambil memandang tepat doktor tu dan beliau menyambung lagi, "Kerja haji dah habis selepas melontar kan, berapa lama lagi Tuan Haji nak berangkat balik?" soalnya.

Saya membalas, "Ada la lebih kurang 10 hingga 15 hari lagi".

Saya menjawab begitu sebab tak sempat mencongak tarikh.



Doktor menokok lagi sambil tersenyum, "Bukan ke Tuan Haji memang berdoa supaya diberikan kesihatan sehingga selesai kerja2 Haji, dah selesai dah kaaaaan..., jadi sakit yang datang selepas kerja Haji ni bukti la yang doa Tuan Haji sangat makbul!"

Subhanallah! saya terpegun.

Alhamdulillah, saya benar2 kagum dan rasa besar hati dengan jawapan doktor itu sebab inilah antara keadaan dimana saya nampak dengan jelas dan sejelas2nya mengenai konsep 'Doa Makbul'.

Sememang nya sudah menjadi lumrah, kita sentiasa alpa dengan anugerah dan nikmat yang tuhan berikan kepada kita sehinggalah kita diingatkan oleh orang lain atau pun apabila setelah kita berasa tersentuh bila berlakunya sesuatu kejadian. Kerana itu lah dalam Surah Rahman adanya ayat yang diulang2 yang berbunyi "Nikmat Tuhan Manakah yang kamu Dustakan"

Semoga selepas daripada ini kita akan sentiasa ingat mengingati semoga kita mudah mendapat keredhaan Allah.

Wednesday, December 15, 2010

Zamrud Kaca Botol

(Zamrud Asli)


Tiba2 teringat saya pada satu kes tangkapan yang pernah dibuat oleh polis (menurut sumber yang samar2) keatas seorang warga Indonesia di Klang suatu waktu dahulu. Tangkapan dibuat kerana kerajinan dan kebijaksanaan kawan tu memanipulasi keinginan orang ramai sebenarnya.

Oleh kerana permintaan yang agak banyak maka orang bijak ini tadi rupanya menjadi pencipta batu Zamrud. Ya,.. beliau menjadi pengeluar batu Zamrud, dan agak banyak juga yang telah diciptanya. Persoalannya, Bagaimana?

Rupa2nya Mamat tadi ni mencipta batu Zamrud dari kaca botol. Dengan kerajinannya, dia akan pergi mencari botol2 arak terbuang yang berwarna hijau gelap untuk tugas2 selanjutnya. Setelah dapat kumpulkan banyak botol barulah proses kedua bermula.

Cuba kita perhatikan sebiji botol kaca yang biasa. kita akan dapati bahagian buntut botol agak tebal dari badan botol itu kan. Jadi apa mamat ni buat untuk proses kedua ialah memecahkan badan botol kaca tadi dan ambil bahagian buntutnya sahaja untuk proses ketiga pulak.


(Botol Arak)

Proses ke3.. Buntut botol yang berwarna hijau gelap tadi akan dicanai cantik2 untuk dijadikan butir2 batu cincin dengan menggunakan mesin pengasah pisau atau gunting. kerjanya yang agak kemas membolehkan batu "zamrud" tadi diciptakan dengan baik sekali. Maka terhasil la sebutir batu permata hijau yang cantik dan dinamakan jugak "Jamrud" kata orang Indonesia.


(Beberapa Bentuk Permata Zamrud Berlainan Warna)

Sebenarnya yang menjadi masalah utama ialah penipuan, menjual kaca tetapi mengatakan ia batu adalah salah. Sekiranya dia memberitahu yang sebenar bahawa batu itu kaca yang cantik saya pasti pembeli tidak rasa tertipu dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

Dari sudut pandangan peribadi saya, 'batu permata' tidak semestinya batu semata2, apa sahaja baik batu, kaca atau plastik yang cantik dan yang boleh dijadikan perhiasan seperti cincin atau gelang dan sebagainya, dan menjadikan pemakai kelihatan lebih menarik maka permata lah ia.

Apa yang penting pemakai berminat untuk memakainya dan ia menambah seri tidak mencacatkan pemakai sudah memadai. Sekiranya perhiasan tadi dapat menambah nilai kepada pemakai, itu adalah lebih baik.

Friday, December 10, 2010

Balik Haji

Seronok sebagaimana yang dialami oleh hampir semua orang yang pernah pergi mengerjakan haji. Batu2 disana memang banyak seperti batu bukit, batu gunung, batu kerikil, batu melontar dan macam2 lagi. Batu2 dari tanah haram adalah haram untuk dikeluarkan dari tempatnya dan dibawa ketanah halal, apatah lagi ke tanah air.

Cerita2 di tanah suci sangat banyak dan sememangnya banyak iktibar untuk diselidiki tambah2 lagi dimensi setiap orang adalah berbeza. Insyaallah akan cuba saya ceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang dapat diguna pakai semula dan harap2 dapat memberikan munafaat kepada ramai org lain.

Thursday, September 2, 2010

Thursday, August 26, 2010

Terharu Kerana Batu

(Gerai C41 Kompleks PKNS Shah Alam)

Tahun ini saya mengambil bahagian dalam Bazaar Ramadhan di Kompleks PKNS Shah Alam sekali lagi. Seperti tahun lalu, saya menjual butang Baju Melayu, Kerongsang dan tudung wanita. Gerai saya kali ini bernombor C41.

Saingan kali ini tidak sebanyak tahun lalu kerana beberapa peniaga yang menjual aksessori seperti saya memilih untuk menjual baju pula. Secara teori sepatutnye jualan saya menjadi bertambah baik namun, semakin ramai pula peniaga baju yang lain mula menempel sama menjual butang baju melayu sebagai tambahan kepada jualan baju mereka kononnya 'one stop' service.

(Butang Baju Melayu dalam kotak hitam)


Ini bukan lah satu masalah besar sebenarnye kerana saya merasakan bahawa dengan bertahan kepada barangan yang sama, insyaallah kita berupaya untuk menjadi lebih mahir dengan kehendak pelanggan terhadap barangan kita tadi.

Berbalik kepada tajuk tulisan saya kali ini, saya merasa agak terharu kerana beberapa hari lepas, gerai saya dikunjungi oleh seorang pelanggan yang datang terus dari Melaka. Ya Melaka, semata mata untuk mencari Butang Baju Melayu dari jenis batu. Beliau sudah jemu dengan butang yang bermata biasa seperti plastik, kaca mahupun kristal. "Dah biasa sangat" katanya.

Apabila ditunjukkan butang baju Melayu 'Batu' sebagaimana yang diinginkan, pelanggan tadi berasa sangat gembira dan terus membeli satu set dari gerai saya. Saya pun sebenarnya dua kali lebih gembira dari pelanggan tadi kerana butang baju Melayu Batu saya semakin laris.




Tetapi yang lebih menggembirakan saya lagi adalah apabila pelanggan tadi berkata, "susah nak cari butang jenis batu ni, dengar cerita dari kawan kawan, kalau nak cari butang baju Melayu batu cari lah di Shah Alam, cuma ada satu kedai saja yang jual di Kompleks PKNS Shah Alam tu". Terharu saya kerana memang saya sahaja yang menjual butang seperti itu, peniaga lain mungkin menggunakan kotak yang sama tetapi bukan batu tatapi kristal atau kaca. dalam hatisaya berkata "dah sampai Melaka rupanya pakcik", hihihi. Alhamdulillah.

Butang batu yang dimaksudkan adalah dari batu 'Cubic Zirconia' atau nama singkatan nya CZ. Ada orang menyebutnyasebagai 'Swiss Diamond' ada yang panggil 'American Diamond' dan ada juga yang sebut 'Russian Diamond'. Macam macam nama.

Sedikit maklumat tentang batu CZ ni ianya adalah jenis sintetik kepada batu Zirconia. Sintetik bermakna kekerasan, komposisi serta galian2 batu ini adalah sama seperti batu asal yang dikeluarkan dari perut bumi dan masih dikategori sebagai batu permata.

Memandangkan batu ini cukup kerasnya, ini membolehkan kerja memotong dapat dibuat dengan lebih halus seperti memotong batu berlian. Hasilnya, kilauan batu ini lebih terang dan warnanya lebih putih dari jenis2 plastik, kaca dan sebagainya. Ini membuatkan butang yang dipakai nampak sangat manyerlah berbanding dengan butang yang biasa biasa.

Sedikit promosi, bagi mereka yang berminat boleh la datang sendiri untuk melihat kecantikan butang baju melayu ni. Koleksi butang saya ada dalam beberapa bentuk yang terpilih. Bagi yang berminat untuk melihat gambar, sila klik di sini Kami juga boleh mengaturkan penghantaran secara pos sekiranya ada yang sudi.

Monday, August 23, 2010

Pasang Gigi batu


'Dogter' Gigi Tepi Jalan

Gambar ni di ambil pada satu pagi Ahad di Kuala Lumpur. Rupa2 nya ada ramai Dogter2 gigi semacam ni. mereka mengambil upah mematikan gigi, mencabut gigi, menampal serta memasang gigi.

Kelihatan seorang pelanggan sedang dibuatkan sebatang gigi geraham. Dogter tadi akan memasang dawai kedalam gusi member tadi tu, lepas tu dia bancuh dua jenis serbuk dalam mangkuk kecil. Selepas digaul tepung tadi dengan air, ianya jadi likat macam chewing gum. Benda tu ditampal pada dawai yg dah ditanam dan dibentuk2 guna jari untuk dapatkan rupa gigi.

Selepas dibiar beberapa ketika maka terbentuk lah sebatang gigi baru yg keras macam batu.. murah je RM50. Kalau jumpa Dokter gigi betul mau mau repair sikit pun dah RM200.

Bayangkan jari2 dogter jalanan yg semuanya dtg dari Negara China tadi masuk ke mulut pelanggan.

ish..ish..ish.

Tuesday, May 25, 2010

Tuesday, March 30, 2010

Prasangka


(Gambar ini hiasan sahaja)


Pagi tadi sewaktu saya memandu di Lebuhraya Persekutuan ternampak sebuah kereta peronda polis berhenti di tepi jalan (bukan seperti gambar) menahan sebuah lori kecil yg boleh jadi dah buat kesalahan.



(Gambar dipetik dari blog ini)

Disebabkan pada masa tu jalan agak sesak jadi jelas nampak sorang anggota polis berunifom berdiri kat tepi jalan sambil mengarahkan drebar lori tadi bergerak pergi ke sebelah kiri kereta peronda tadi. Lepas tu nampak drebar lori tadi membongkokkan badan dia dan memasukkan separuh badan dia ke dalam kereta peronda tadi ikut tingkap kiri yang terbukak.



(Gambar dipetik dari blog ini)


Yang menjadi persoalan ialah kenapa nak buat macam tu. Apa aja yg dibincangkan sampai terpaksa masukkan kepala ikut tingkap. Kalau salah dan patut kena saman, tak payah lah mengintai intai kalau pun untuk memintak maaf. Tidak ke ada satu cara yg standard yg boleh elak orang dari bagi tanggapan buruk pada pasukan unifom kita.



Sekarang ni dah ada pulak lencana "integriti", sepatutnya gerak geri curiga ni patut dielakkan langsung. Bukan ke baik sekali kalau ada satu cara yg 'standard' yg langkah2 menahan kereta ni sama je cara dia biar pun dibuat kat mana2 pun jalanraya kat Malaysia ni.

Proses proses menahan kereta pulak patut lah ada 'step' yg sangat selamat bagi kedua2 pihak yg ditahan dan menahan. Jadinye kalau org ramai nampak ada yg tak kena samada pada yg kena tahan atau polis sendiri boleh la kita dtg membantu atau paling tidak pun boleh terus buat aduan melalui talipon.

Monday, March 29, 2010

Gagak Kelang



Cerita lain sikit kali ni, pasal burung gagak Kelang (ejaan lama).



Kelmarin bibik di rumah saya bercerita, katanya kalau di kampung dia kat Medan, bila dengar je bunyi gagak ni itu tandanya ada orang yg akan meninggal. Saya gelak kat dia. Sebabnya, kalau la betul cam tu makanya di Klang dah takde manusia lg la sebab Klang terkenal sebagai bandar gagak, kecuali kalau gagak Klang bisu. Dia pun gelak sama.

Sebenarnya sewaktu saya masih bersekolah dulu pun saya memang pernah dengar org2 tua bercerita kononnye bunyi burung gagak ni petanda org nak mati, kalau tak caya cuba tengok hospital Klang, banyak gagak hinggap dan berlawan2 bunyi kat pokok sekitar bangunan hospital tu, pasal tu la ramai org mati kat opistal tu. Macam macam.


Tadi sewaktu melawat ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, saya masih boleh melihat masih dan semakin banyak kumpulan gagak hitam di hospital yg dah mula berkumpul di atas pokok2 di sekitar bangunan hospital. Bunyi yang agak bising dah mula kedengaran lalu saya teringat pulak kata2 org tua di tempat tinggal lama saya. Kata diaorg ni "Kau jangan coba2 tiru bunyi burung gagak ni.. kalau tak nanti telinga kau 'rghabit'". Rghabit tu maknanya koyak di bahagian bawah cuping telinga kita.

Ini pun dah kira satu lagi cerita2 misteri dari org2 lama dolu2 yang sebenarnya saya memang tak mahu percaya. Tapi menariknya dalam pada tak percaya ni, perkara rghabit telinga ni sebenarnya benar benar terjadi!.

Saya suka2 je nak tengok betul ke ckp diaorg ni jadi saya pun mulalah mungulang2 bunyi "ahrk ahrk ahrk" tiap2 hari dalam percubaan selama satu minggu. Apa yg anehnya belum pun sampai satu minggu, bawah cuping telinga saya jadi luka yg kita sendiri tak perasan. Mula2 tu rasa macam gatal2, lepas tu jadi macam berkerak2 minyak gitu dan lepas tu koyak sikit. Hah! amacam?

Rupa2 nya bukan saya sorang je yg alami bende ni, ramai lagi kengkawan sekampung yg dah kena macam saya jugak. Apalah kebendenya kami pun tak pasti. Kata org tua2 zaman tu, itu tandanya burung gagak ni tak suka manusia meniru2 cara gagak berckp. Gagak bila tak suka maka dia akan hantar hantu dia untuk rghabitkan telinga sang peniru tadi... hahaha. Wallahualam.

Monday, February 8, 2010

Delima Merah dengan warna Pelangi

Delima lagi.. minggu lalu saya dapat certa dari seorang kenalan yang baru jadi sedara dan sangat baik layanan dia kepada saya. Beliau menceritakan mengenai delima yang memancarkan cahaya ni yang terdapt di Indonesia.

Seperti batu delima merah yang biasa diceritakan orang iaitu bila dicelup ke dalam segelas air, warna air tu akan jadi kemerah merahan, tapi yang ini jauh lebih baik lagi. Batu ni bukan sahaja dapat merahkan air dalam gelas tadi tetapi dapat memerahkan lapan biji gelas air kosong yang lain kalau diletakkan bersebelahan gelas yang ada batu delima tadi.

Lebih menarik lagi ajaib lagi, warna air dalam gelas yang kesembilan itu akan mengeluarkan warna pelangi pulak.

Bila saya tanya samada yg dimaksudkan warna pelangi tu nampak macam warna merah yang semakin pudar sebab banyak sangat gelas.. dengan selamba je dia mengenakan saya, katanya "warna pelangi.. kalau tak pernah tengok pelangi memang la tak tahu macam mana warna belang dia.. kan ada semua warna".. Haa.. begitulah.

Saya harap sangatlah untuk melihat sendiri batu ajaib ni.