Wednesday, December 15, 2010

Zamrud Kaca Botol

(Zamrud Asli)


Tiba2 teringat saya pada satu kes tangkapan yang pernah dibuat oleh polis (menurut sumber yang samar2) keatas seorang warga Indonesia di Klang suatu waktu dahulu. Tangkapan dibuat kerana kerajinan dan kebijaksanaan kawan tu memanipulasi keinginan orang ramai sebenarnya.

Oleh kerana permintaan yang agak banyak maka orang bijak ini tadi rupanya menjadi pencipta batu Zamrud. Ya,.. beliau menjadi pengeluar batu Zamrud, dan agak banyak juga yang telah diciptanya. Persoalannya, Bagaimana?

Rupa2nya Mamat tadi ni mencipta batu Zamrud dari kaca botol. Dengan kerajinannya, dia akan pergi mencari botol2 arak terbuang yang berwarna hijau gelap untuk tugas2 selanjutnya. Setelah dapat kumpulkan banyak botol barulah proses kedua bermula.

Cuba kita perhatikan sebiji botol kaca yang biasa. kita akan dapati bahagian buntut botol agak tebal dari badan botol itu kan. Jadi apa mamat ni buat untuk proses kedua ialah memecahkan badan botol kaca tadi dan ambil bahagian buntutnya sahaja untuk proses ketiga pulak.


(Botol Arak)

Proses ke3.. Buntut botol yang berwarna hijau gelap tadi akan dicanai cantik2 untuk dijadikan butir2 batu cincin dengan menggunakan mesin pengasah pisau atau gunting. kerjanya yang agak kemas membolehkan batu "zamrud" tadi diciptakan dengan baik sekali. Maka terhasil la sebutir batu permata hijau yang cantik dan dinamakan jugak "Jamrud" kata orang Indonesia.


(Beberapa Bentuk Permata Zamrud Berlainan Warna)

Sebenarnya yang menjadi masalah utama ialah penipuan, menjual kaca tetapi mengatakan ia batu adalah salah. Sekiranya dia memberitahu yang sebenar bahawa batu itu kaca yang cantik saya pasti pembeli tidak rasa tertipu dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

Dari sudut pandangan peribadi saya, 'batu permata' tidak semestinya batu semata2, apa sahaja baik batu, kaca atau plastik yang cantik dan yang boleh dijadikan perhiasan seperti cincin atau gelang dan sebagainya, dan menjadikan pemakai kelihatan lebih menarik maka permata lah ia.

Apa yang penting pemakai berminat untuk memakainya dan ia menambah seri tidak mencacatkan pemakai sudah memadai. Sekiranya perhiasan tadi dapat menambah nilai kepada pemakai, itu adalah lebih baik.

6 comments:

Suria Kelang said...

welcome back! nice story...

naha said...

haha..TqTq

lina said...

salam Boss - maaf kan saya,org islam yg terbeli permata yg di sangka batu rupa nyer kaca macam mana boleh ke di teruskan memakai nyer. Setahu saya kalau dh berkaitan arak mmg sah2 haram bagi org islam. Boleh tak next n3 cerita kan bagaimana utk mengenal pasti batu atau kaca. Terima Kasih

naha said...

Waalaikumsalam.

dah kena pinjam songkok ustaz pulak saya ni. anyway, saya jwb guna akal je lah ya.

Yang haram adalah meminum arak dan yg sewaktu dengannya lah sbb boleh bawak kepada mabuk.

kaca botol arak td tu dah takde apa2 kaitan dengan minum arak lagi. tambah pulak sewaktu proses mencanai, banyak bahagian dah kena asah lepas tu dicuci pulak.. dah bersih dah tu. yang penting proses jual beli dah sah.

SHAHRULL AZWAN said...

belibatupermata.blogspot.com

naha said...

terima kasih Shahrull Azwan