Friday, December 10, 2010

Balik Haji

Seronok sebagaimana yang dialami oleh hampir semua orang yang pernah pergi mengerjakan haji. Batu2 disana memang banyak seperti batu bukit, batu gunung, batu kerikil, batu melontar dan macam2 lagi. Batu2 dari tanah haram adalah haram untuk dikeluarkan dari tempatnya dan dibawa ketanah halal, apatah lagi ke tanah air.

Cerita2 di tanah suci sangat banyak dan sememangnya banyak iktibar untuk diselidiki tambah2 lagi dimensi setiap orang adalah berbeza. Insyaallah akan cuba saya ceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang dapat diguna pakai semula dan harap2 dapat memberikan munafaat kepada ramai org lain.

2 comments:

Pak Man laksam said...

Salam Naha,
Pak Man rasa kita sudah hampir nak bertemu semasa di Mina. Pak Man ikut rasa hati, hati kecil berkata yang Naha berada di Maktab 81. Pak Man Maktab 80. Setiap kali ke dapor utk ambil air panas, Pak Man akan cuba intai khemah Maktab 81. Pak Man harap pertemuan akan berlaku dengan secara semula jadi. Pak Man tak nak cari. Tapi eksperimen Pak Man itu tak berhasil.
Semoga ianya akan berlaku suatu hari nanti.

naha said...

insyaallah, kita jumpa juga nanti.