Monday, November 19, 2012

Tempah Cincin



Pertanyaan biasa.. Boleh tempah cincin? Perhiasan lain pun boleh! Insyaallah.. lagi banyak lagi saya suka.. hehe (maaf ya).. tuan akan suka, puan lagi suka..

Saya juga masih lagi mendapat banyak pertanyaan yang sama iaitu ingin mengetahui samada seseorang tu boleh memiliki cincin yang hanya dia seorang sahaja yang ada dan jawapan saya ialah Ya dan Tidak. Kenapa begitu? Sebabnya, saya sendiri hanya membuat cincin yang direka khas untuk seseorang itu hanya sekali sahaja bagi tujuan eksklusiviti penempah tersebut.

Insyaallah saya tidak akan membuat paten yang sama yang dilukis khas tadi. Oleh yang demikian bolehlah pemilik tadi mengaku bahawa beliau seorang sahaja yang memiliki design tersebut. Namun sekiranya ada orang lain yang menggunakan paten yang sama dan menempah ditempat lain, maaf tak dapek den nak menolong. Ini kerana saya belum sampai peringkat untuk mempatenkan design saya bagi tujuan mengekalkan harga patut. Insyaallah sampai masa akan saya usahakan juga... itu matlamat saya untuk pelanggan.

Namun, kebanyakan masa para pembuat cincin atau barang kemas kecil kecilan terutamanya, jarang sangat mempatenkan hasil kerja mereka kerana boleh dikatakan design cincin ini berupa rekaan kraftangan dan idea menghasilkan rekaan terlalu banyak!.. cubalah "google" atau buat carian di internet, taipkan cincin atau ring... cukup. Melambak lambak keluar gambar cincin. Boleh tiru saja.. saya biasa buat. Cuma nantikan hasilnya saja samada OK atau tidak.. insyaallah saya punya berkualiti sebab saya cerewet bahagian kualiti.

Sekali lagi biar saya katakan bahawa nak tempah cincin? Boleh saja.. nak design sendiri? Pun boleh.. insyaallah saya sangat seronok kalau dapat "Merealisasikan Impian Permata Impian" tuan puan. Kalau suka boleh lah lawat FB saya ni kat sini : https://www.facebook.com/NahaBatuPermata?ref=hl

Friday, October 19, 2012

Kisah Geliga Ular dari Seorang Pembaca


Ada orang mengatakan bahawa batu diatas ini ialah geliga ular. saya cuma kenal batu ini sebagai Unakite atau nama lain Epidote. Nama dalam bahasa melayunya saya tak tau, harap kalau ada sesiapa yang tahu bolehlah berkongsi maklumat dengan saya.

mengenai kisah geliga ular ni, saya paparkan dibawah ini. Saya cuma mengedit line spacing dan tanda berhenti sahaja supaya senang dibaca..

Assalammualaikum abg,
nak bagi tau apa yg saya tau, saya hanya insan biasa... saya pohon maaf sebelom saya nak huraikan apa yg saya tahu... geliga ular memang ada, yang saya tengok geliga ular tedong selar, dia bkan batu ataupon bkan plastik, bila malam ia bercahaya warna hijau, KUASA ALLAH S.W.T. bila cerah ia macam biasa, x payah disuluh lampu.

Kalau kita kaji habitat dia balik, mata ular terang di waktu malam... betol apa yg abg cakap, jangan kita jatuh syirik, klau diizinkan ALLAH, maka baik larr dia, klau x diizinkan ALLAH, maka kita kna percaya pada qador dan qodar, mungkin sampai ajal nyawa kita, klau nak kata ubat, ambil air segelas, baca bismillah, pohon kepada ALLAH TAALA agar di sembohkan penyakit hambamu ini, dengan seikhlas hati, INSYAALAH, klau diizinkan ALLAH S.W.T, sembohlah penyakit tu, macam 2 larr ngan ubat doktor, kita makan ubat baca bismillah, ya ALLAH ya TUHANku, sembohkanlah penyakit ku.... macam 2 larr geliga tersebot, kita hanya mampu berikhtiar, semboh ke x semboh kuasa ALLAH... setiap penyakit ada ubatnya, ALLAH suruh kita berikhtiar mencarinya...

Nak dengar satu cerita x, betol x betol hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI, terserahlah kepada yg mendengarnya, di indonesia ada skolah pondok ataupon pondok untuk org yg nak mendalami AGAMA ISLAM, orang cerita, betol ke tak betul, bkan kuasa saya, jadi di situ ada ular tedong selar bergaduh, dengar kata ular tedung tu besar,jadi ular tadi berebut geliga, hamba ALLAH yg berada di pondok tu nak mengambil geliga tersebot, ia hanya manusia biasa mcm kita, x termampu nak ambil geliga tersebot, jadi ia pon minta dengan ALLAH, dia nak geliga tersebot, dia berzikir, memuji ALLAH, segala pujian untukNYA... mungkin beribu, mungkin puluh ribu, mungkin ratus ribu, mungkin juta, dengan hati yang ikhlas... geliga itu sampai di tangan hamba ALLAH tersebot, bertapa susahnya nak dapat.

Dengar cerita, geliga itu sampai di malaysia, ada seorang hamba ALLAH menjual kepada hamba ALLAH yg berada di KEDAH, xpayah larr saya nak gtau nama, ia menjadi satu rahsia dihati saya, hamba ALLAH nie pon bg larr duit tersebot, nak tau apa yg hamba ALLAH nie buat dengan duit tersebot, dia sedekah kepada masjid dan terus hilang tanpa dikesan, hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI, jadi hamba ALLAH nie memang jalan kewajipan dia sebagai umat islam, sembahyang lima waktu, wat baik, suka bersedekah, berubat org dengan izin ALLAH taala... NABI pernah berkata barangsiapa x sembahyang, ia bukan umatku... klau kita nak tau hati kita nie islam ke x, dari sembahyang larr..... dulu hamba ALLAH nie susah, sekarang alhamdulillah ia senang dan pandai berubat dengan izin ALLAH S.W.T. xda sen2, 12 ringgit suku larr, mengarut!!! nak sedekah ke xnak ke, dia tetap syukur alhamdulillah, macam nie larr kita nak cari.... untuk dijadikan guru atau teladan hidup beliau....

jadi kita jangan lah sangka buruk kepada org, walaupon ia buruk mcm mana sekali pon, terus terang saya cakap, iman saya mcm air acar... tapi saya bersyukur kepada ALLAH kerna tidak masuk ajaran sesat, nyaris2 saya nak masuk, hamba ALLAH nie larr selamatkan saya dengan izin ALLAH... ALLAH masih sayangkan saya.

Betol cakap abg, jgn kita percaya pada batu, apa yg baik datang dari ALLAH, yg jahat dari kita sendiri, kerana percaya pada batu larr saya jatuh syirik, dan saya hanya manusia biasa yg jahil dan x sempurna, saya hanya mampu berdoa dan minta ampun kepada ALLAH S.W.T, ya ALLAH ya TUHANku, aku merayu kepada MU agar engkau mengamponkan dosaku samada sedar ataupon tidak sedar...

Di sini saya nak bagitau, apa2 pon datang dariNYA... sesiapa yg baca artikel ini, saya memohon ampun dan maaf sekiranya saya terkasar bahasa dan sebaliknya samada darjatnya yg tinggi pada saya ataupon rendah pada saya ataupon sama mcm saya, yg baik datang dari ALLAH, dan yg bruk datang dari saya.... maafkan saya, sekian, assalammualaikum.... saya doakan kepada ALLAH semoga kalian sihat dan berjalan diatas landasan yg benar.....

ada banyak lagi gambar batu unakite atau epidote ni seperti dibawah ni..

antara khasiat yang diketahui ialah ianya baik untuk otak, jantung dan perut iaitu baik bagi proses pencernaan.


Wednesday, October 17, 2012

Sandaran

Tasbih Akek Hitam 99 butir



Batu kristal dan permata selalu kita dengar dapat digunakan bagi merawat penyakit, melancarkan perjalanan darah dan pelbagai lagi kegunaan. Kadangkala ada juga kita terdengar orang memberi komen mengenai barang perhiasan kita.

Sesuatu yang sangat menggangu pemakai cincin, batu permata atau sebarang perhiasan tanpa disedari ialah apabila kita mendengar orang mengaitkan batu2 yang kita ada dengan unsur2 kepercayaan kepada kuasa barang itu seperti; ianya untuk kebal, ini batu pelindung, ini boleh bawa luck, ini bawak rezeki dan sebagainya.

Hematite




Tak banyak sikit kata2 ini tentu terbawa2 dalam fikiran kita untuk kita uji, test, perhati batu kita tadi untuk melihat sendiri samada apa yang diungkapkan itu benar2 berlaku. Kita ingin meneliti sendiri betapa berkesannya batu kita tadi dan kononnya dengan niat hanya untuk pengesahan sahaja.

Kristal dari Gua Gunung Keriang Kedah.


Sebenarnya inilah punca gelincirnya akidah tanpa kita sedari kerana telah ada sedetik perasaan untuk melihat kuasa lain selain dari terus bersandar kepada Allah.
Batu siput adalah sebahagian dari perhiasan dari lautan


Pesanan saya ialah jangan dipedulikan apa pun yang orang akan kata mengenai batu yang kita ada atau paling baik jangan sekali2 minta pendapat mengenai "kuasa" batu daripada sesiapa jua mengenai batu kita biarpun dia mungkin mengaku dirinya pakar. Cukuplah sekadar untuk mengetahui jenis batu atau agak2 harganya. Itu pun mengenai harga ini, kalaulah batu yang kita ada ini adalah pemberian dari seseorang, dengan menanya harganya ia boleh menimbulkan satu perasaan terkilan atau mungkin kecewa sekiranya harga yang kita jangkakan tidak bertepatan dengan harga yang dinyatakan, malah jauh rendah. Sekiranya berhajat untuk mengetahui khasiat batu pula, carilah yang berkaitan dengan penyakit dan bukan khasiat yang bersifat 'Nasib'..

Batu Nesan ini dikira batu juga kah?

Pakailah perhiasan yang kita ada dengan yakin ianya membantu meningkatkan penampilan kita. Saya kira ianya begitu..

Cincin Emas Batu Kecubung untuk wanita

Wednesday, September 5, 2012

geliga ikan

ceritanya pula baca di sini http://permatapertama.com.my/wp/

Friday, May 4, 2012

Bersih - Dari sudut Batu Permata

Bersih dalam istilah batu ialah kelihatan jernih, tiada kekotoran seperti bintik bintik hitam, rekahan dan warna yang sekata keseluruhannya. Dalam istilah penilaian Permata Berlian ianya dinilai dalam kategori Clarity. Rata rata, batu serai memang bersih. potongannya baik, warnanya baik, kejernihannya juga baik yang secara logiknya boleh meletakkan batu ini pada kedudukan tertinggi dalam senarai batu permata, namun tidak begitu. Kadangkala 'Terlalu Bersih' itu belum tentu menggambarkan keaslian sebenar setiap batu permata. Perhatikan Batu citrine atau nama dalam bahasa melayunya Batu Cempaka. Ianya tidak terlalu jernih, terdapat sedikit kekotoran dan warnanya juga tidak sekata. Selalunya orang akan lebih mudah percaya akan keaslian batu ini apabila "Boleh Nampak!" kesan kesan batu. lihat pula batu Yellow Sapphire atau Safir Kuning atau Nilam Kuning di bawah; Gambar dipinjam dari venusjewellers.in. Kelihatannya sangat jernih dan tiada kekotoran langsung tetapi cuba perhati satu kelompok cahaya terang di tengah tengah batu. Ini menandakan bahawa bahagian bawah batu ini telah dipotong terlalu nipis menyebabkan cahaya 'bocor' dan nampak tembus hingga kebawah. Keaslian batu ini membolehkan ianya terus dijual walaupun mungkin kelihatan nipis. Ia masih berharga kerana batu asli ini tergolong dalam kumpulan batu 'precious' atau batu 'bernilai', yang dipanggil juga batu 'Mulia' di Indonesia. Walaubagaimanapun jangan pula kita salah anggap dengan batu yang kelihatan bersih teramat sangat ini seperti gambar cincin diatas. Ianya cincin batu Nilam Kuning yang asli diikat dengan emas dan disulami dengan berlian. Batu seperti ini amat 'rare' atau jarang dapat, bukan tiada. Harganya sudah pasti sangat menawan cuma bagi yang berminat hendak memilikinya, tolong, saya ulangi toooloooooong.. jangan lah cari dari penjual di kaki lima. Dapatkanlah di kedai emas atau kedai permata. Ujilah pengetahuan penjual terlebih dahulu, dapatkan penerangan tentang batu dari mereka dengan jelas. Biasanya bagi penjual yang baik, mereka sayang dengan batu permata yang mereka ada dan cara 'handling' atau kendali batu permata ini amat ketara tertibnya, Insyaallah tuan puan akan dapat nilai terbaik darinya.

Tuesday, April 24, 2012

Cincin 3 Rasa

Delima Pink, Merah dan Nilam biru
Saya panggil cincin ini dengan nama Cincin 3 Rasa kerana ada 3 batu yang berlainan warna.
Batu yang berwarna Pink adalah dari jenis Delima. Sangat menarik kerana warnanya pink atau merah jambu dan bukannya merah. Kalau dilihat di bawah panah matahari, kita akan dapat melihat pantulan cahaya yang berupa pecahan bintang berjalur enam(6).
Batu yang berwarna merah itu pula adalah dari jenis Delima juga tetapi dengan warna yang biasa dilihat iaitu merah. Disini, batu delima ini diikat secara ikat kuku bagi menampakkan bentuk keseluruhannya yang sebenarnya agak kecil.
Batu berwarna biru ini pula adalah batu nilam biru. Warnanya yang agak terang itu sangat sesuai digandingkan dengan merah dan juga pink tadi. Keseluruhan cincin ini pula adalah diperbuat dari perak dengan ukuran 925.

Monday, April 2, 2012

Cincin Boleh di Tempah

Minggu lalu saya bertemu dengan seorang kenalan baru. Kami bersembang mengenai pelbagai perkara, dari satu topik ke beberapa topik yang berlainan sehinggalah sampai ke topik mengenai batu permata dan kristal. Topik kegemaran saya. Saya mengambil peluang bercerita sambil memberikan sedikit informasi mengenai kelebihan batu dan kecantikannya dan juga bagaimana menjaganya. Maksud saya, menjaga batu permata dan perhiasan lainnya supaya tidak mudah rosak.
Saya juga memberitahu rakan baru tadi bahawa, setiap batu permata yang dimiliki atau yang ingin dibeli boleh diikat dengan logam berharga seperti Emas, Perak, Keluli (tahan karat) atau mungkin bagi yang berminat serta mempunyai modal lebih boleh menggunakan Platinum. Malah, rekabentuk perhiasan yang kita idamkan juga boleh kita tempah mengikut citarasa kita sendiri. Pada ketika ini, rakan tadi agak tergamam kerana selama ini dia cuma terfikir bahawa seseorang itu hanya boleh membeli barangan yang telah sedia dijual sahaja. Ramai dikalangan rakan rakan beliau juga beranggapan begitu! Ketika itu baru saya sedar bahawa rupanya ramai orang diluar sana yang tidak mengetahui iaitu design atau rekabentuk boleh diilhamkan sendiri.
Jadi disini benarkanlah saya memberitahu bahawa saya telah banyak kali sebenarnya mengambil tempahan kawan kawan pelanggan saya membuat perhiasan yang mereka inginkan terutamanya cincin. Sudah banyak kali juga saya menyiapkan cincin bertunang untuk majlis pertunangan, cincin kahwin untuk majlis perkahwinan dan hadiah sempena harilahir atau harijadi dan sambutan ulangtahun. Kebanyakannya ialah design yang menurut citarasa pelanggan itu sendiri.. Saya cuma berusaha merealisasikan kemahuan mereka.. Alhamdulillah hampir kesemuanya telah terlaksana, insyaallah, yang belum siap itu masih dalam proses.
Oleh itu bagi yang berminat, jangan risau mengenai bentuk yang ingin dimiliki, kerana pada kebiasaannya saya akan "bersembang2" terlebih dahulu untuk mencungkil minat seseorang itu terlebih dahulu. Selepas mendapat sedikit gambaran barulah saya mula melorek lorek, mencoret coret lakaran kasar dan selepas mendapat gambaran mengenai minat seseorang itu barulah saya mula melukis secara penuh. Biasanya pilihan dibuat selepas mendapat gambaran keseluruhan.
Itulah serba sedikit mengenai lakaran iaitu maksud saya design boleh dibuat mengikut citarasa sendiri. Bagi sesiapa yang berminat untuk tahu lagi boleh hubungi saya melalui email: naha_mz@yahoo.com, hp: 013 274 8495. FB: Naha Mdz

Tuesday, March 6, 2012

Batu Turmalin

 Batu permata Turmalin dengan pelbagai warna. kelihatannya kecil sahaja tetapi akan kelihatan sangat menarik apabila dibuat cincin seperti contoh contoh di bawah. Gambar dipetik dari internet:





Batu turmalin juga mempunyai hasiat tersendiri dan yang paling utama ialah batu ini berkeupayaan menyerap toksik dari badan pemakainya.

Wednesday, January 18, 2012

Mutiara, Emas dan Sutera Disebut Di dalam Quran

سُوۡرَةُ الحَجّ
ڪُلَّمَآ أَرَادُوٓاْ أَن يَخۡرُجُواْ مِنۡہَا مِنۡ غَمٍّ أُعِيدُواْ فِيہَا وَذُوقُواْ عَذَابَ ٱلۡحَرِيقِ (٢٢) إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يُحَلَّوۡنَ فِيهَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ۬ وَلُؤۡلُؤً۬ا‌ۖ وَلِبَاسُهُمۡ فِيهَا حَرِيرٌ۬ (٢٣
Surah Al-Hajj
Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab seksa yang membakar! (22) Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera. (23) 
Mutiara sejenis permata yang berharga lagi bernilai telah beberapa kali disebut di dalam Quran. Hargailah mutiara yang kita ada kerana terdapat pelbagai rahsia yang boleh dikupas lagi. Insyaallah saya akan cuba menyelidik lagi tentang permata mutiara ini.

Tuesday, January 3, 2012

Batu Hajar Aswad


Menarik tentang batu Hajar Aswad ini ialah sunat bagi umat Islam mengucupnya. berdasar hadis berikut:

Hadits yang dimaksud adalah dari ’Abis bin Rabi’ah, ia berkata, “Aku melihat Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu mengecup Hajar Aswad dan berkata:
إِنِّي لَأَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ‏‎ ‎لاَ تَضُرُّ وَلاَ تَنْفَعُ،‏‎ ‎فَلَوْلاَ أَنِّي رَأَيْتُ‏‎ ‎رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ‏‎ ‎عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُكَ‏‎ ‎مَا قَبَّلْتُكَ
“Sungguh aku tahu engkau adalah sebuah batu, tidak dapat memberikan mudarat dan tidak dapat memberi manfaat. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mencium/mengecupmu niscaya aku tidak akan menciummu.” [3]
Apa makna ucapan ‘Umar Al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, “Seandainya aku tidak melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mencium/mengecupmu niscaya aku tidak akan menciummu.”
Shahih At-Targhib wat Tarhib, 1/94/41.  

sumber: (petikan dari blog: https://yaaukhti.wordpress.com/2011/02/17/hukum-mencium-al-quran/ 3 Jan 2012, 3pm)

Tambah menarik lagi, ibadat ini adalah satu pekerjaan yang hanya  dapat dilakukan oleh seorang sahaja pada satu satu masa berbanding dengan ibadat lain yang boleh dilakukan oleh ramai orang pada masa yang sama, juga dari tempat yang berbeza.

Sangat istimewa Batu hajar Aswad ini ialah kerana ianya adalah batu yang diturunkan dari Syurga! sebagaimana kenyataan dari Saidina Umar ini :

Dan kenapa ‘Umar mencium/mengecup Hajar Aswad yang dikatakan dalam hadits yang shahih:
الْحَجَرُ اْلأَسْوَدُ مِنَ‏‎ ‎الْجَنَّةِ
“Hajar Aswad (batu) dari surga.” [4]
[4] Shahihul Jami’, no. 2174
sumber: (petikan dari blog: https://yaaukhti.wordpress.com/2011/02/17/hukum-mencium-al-quran/ 3 Jan 2012, 3.15 pm)

Persoalan kita kini ialah  apa pula kaitan antara batu Hajar Aswad dengan batu yang terdapat dalam dunia kehidupan manusia. Jawapannya ialah, batu hajar Aswad (7 butir batu dalam lenkungan) adalah batu yang sama jenis kategorinya dengan batu DELIMA dengan nama saintifiknya CORUNDUM. Ya, sama dengan delima yang biasa kita lihat berwarna merah itu cuma batu hajar aswad tidak lagi merah oleh kerana terdapat kesan sejarah yang agak lama ditambah lagi dengan kesan sentuhan umat Islam semasa yang menziarah kaabah serta mengambil peluang mencium batu hajar Aswad ini.

Inilah permulaan dalam usaha saya untuk menyelidik banyak lagi kisah kisah batu sebagaimana yang terdapat dalam dunia Islam baik dari sudut sejarahnya mahupun dari sisi Alquran dan sunnah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. 

Monday, January 2, 2012

Permata dari kaca mata Islam



Saya sudah agak lama berminat untuk menyelidiki perihal batu permata serta kelebihan kelebihan yang terdapat bersamanya dari sudut pandangan Islam. Melihat dari sudut ragam para pemakai dan pengguna batu permata secara praktikal sering membuatkan saya tertanya samada cara memakai permata ini dibolehkan? Atau betulkah cara memakainya? Dan adakah rahsia rahsia lain yang belum terungkai yang patut dipelajari dan dikongsi bersama.

Secara tak formal saya memang suka membuat kajian sendiri melalui kaedah kaedah membaca, bersembang sembang dan yang seumpamanya, namun jauh sisudut hati amat teringin untuk melakukan satu kerja yang lebih jitu serta formal supaya penyebaran maklumat ini dapat disampaikan dengan lebih jelas. Bagus agaknya kalau ianya boleh dibukukan serta menjadi bahan rujukan dikemudian hari nanti. Sekurang kurangnya itulah sebahagian dari jariah yang boleh dibawa ke alam barzah yang dapat meringankan azab kubur harapnya.

Sesuatu yang menarik 2,3 hari lepas ialah apabila anak angkat saya meminta pendapat saya tentang kaitan antara batu peermata dengan islam kerana beliau dikehendaki membuat persembahan (presentation) di dalam kelasnya. Dengan sedikit panduan beliau telah mencari banyak lagi maklumat yang berkaitan yang akhirnya membawa kepada satu artikel yang menyentuh tentang penggunaan batu permata berdasar kepada hadis nabi serta beberapa ayat yang terdapat dalam alquran. Banyak juga maklumat yang ditulis hasil dari pencarian penulis dari kisah kisah silam. Banyak juga maklumat maklumat yang saya anggap sebagai tergantung dan boleh dikembangkan penyelidikannya lagi. Hasilnya, maka terungkaplah satu perasaan yang kuat dalam diri saya untuk meneruskan pengembangan ilmu ini melalui satu kerja yang lebih formal daripada yang biasa saya lakukan selama ini.

Insyallah dengan izin dariNya, hasrat saya ialah ingin mendaftarkan diri sebagai pelajar semula pada tahun ini agar niat saya untuk melakukan sedikit kajian mengenai batu permata dari pandangan Islam dapat dibuat dengan lebih tertib lagi tersusun. Malah, diharapkan penyebaran ilmu ini juga nanti dapat disalurkan dengan lebih meluas lagi.. Insyaallah.