Monday, April 2, 2012

Cincin Boleh di Tempah

Minggu lalu saya bertemu dengan seorang kenalan baru. Kami bersembang mengenai pelbagai perkara, dari satu topik ke beberapa topik yang berlainan sehinggalah sampai ke topik mengenai batu permata dan kristal. Topik kegemaran saya. Saya mengambil peluang bercerita sambil memberikan sedikit informasi mengenai kelebihan batu dan kecantikannya dan juga bagaimana menjaganya. Maksud saya, menjaga batu permata dan perhiasan lainnya supaya tidak mudah rosak.
Saya juga memberitahu rakan baru tadi bahawa, setiap batu permata yang dimiliki atau yang ingin dibeli boleh diikat dengan logam berharga seperti Emas, Perak, Keluli (tahan karat) atau mungkin bagi yang berminat serta mempunyai modal lebih boleh menggunakan Platinum. Malah, rekabentuk perhiasan yang kita idamkan juga boleh kita tempah mengikut citarasa kita sendiri. Pada ketika ini, rakan tadi agak tergamam kerana selama ini dia cuma terfikir bahawa seseorang itu hanya boleh membeli barangan yang telah sedia dijual sahaja. Ramai dikalangan rakan rakan beliau juga beranggapan begitu! Ketika itu baru saya sedar bahawa rupanya ramai orang diluar sana yang tidak mengetahui iaitu design atau rekabentuk boleh diilhamkan sendiri.
Jadi disini benarkanlah saya memberitahu bahawa saya telah banyak kali sebenarnya mengambil tempahan kawan kawan pelanggan saya membuat perhiasan yang mereka inginkan terutamanya cincin. Sudah banyak kali juga saya menyiapkan cincin bertunang untuk majlis pertunangan, cincin kahwin untuk majlis perkahwinan dan hadiah sempena harilahir atau harijadi dan sambutan ulangtahun. Kebanyakannya ialah design yang menurut citarasa pelanggan itu sendiri.. Saya cuma berusaha merealisasikan kemahuan mereka.. Alhamdulillah hampir kesemuanya telah terlaksana, insyaallah, yang belum siap itu masih dalam proses.
Oleh itu bagi yang berminat, jangan risau mengenai bentuk yang ingin dimiliki, kerana pada kebiasaannya saya akan "bersembang2" terlebih dahulu untuk mencungkil minat seseorang itu terlebih dahulu. Selepas mendapat sedikit gambaran barulah saya mula melorek lorek, mencoret coret lakaran kasar dan selepas mendapat gambaran mengenai minat seseorang itu barulah saya mula melukis secara penuh. Biasanya pilihan dibuat selepas mendapat gambaran keseluruhan.
Itulah serba sedikit mengenai lakaran iaitu maksud saya design boleh dibuat mengikut citarasa sendiri. Bagi sesiapa yang berminat untuk tahu lagi boleh hubungi saya melalui email: naha_mz@yahoo.com, hp: 013 274 8495. FB: Naha Mdz

10 comments:

Anonymous said...

tuan nak tumpang tanya pasal tempah frame cincin. berapa lama masa yg akan diambil ? dan roughly berapa harga ya untuk silver dan platinum.

tereima kasih.

naha said...

Tempahan cincin mengambil masa lebih kurang 10 hari. Harga bagi cincin perak, insyaallah dalam lingkungan RM280 ke atas bergantung kepada rekabentuk.

Bagi cincin platinum pula harganya mengikut kadar semasa dan biasanya lebih tinggi dari emas 24k

Izudin Loves Insyirah said...

Salam..

Kalau nak tempah sepasang, cincin silver dan ada ukiran nama, berapa charge yang dikenakan?

Mta alamat kedai tuan..

tqvm.

bridewhisperer said...

Salam En. Naha,

Saya berminat nak tempah cincin platinum untuk nikah, sepasang untuk saya dan tunang. Saya ada design sendiri, simple je takde batu-batu pengiring, cuma 1 batu nilam biru kecil untuk setiap cincin. Boleh tak En. Naha bagi saya anggaran kos dalam berapa RM yang saya kena sediakan untuk order yang macam saya sebutkan tadi? Terima kasih ye.

naha said...

Rasanya saya dah jwb. Tapi takpe, estimate satu cincin platinum lelaki boleh mencecah hingga rm5000 begitu. Tapi apa apa pun perlu dinilai semula mengikut design dan permata yang berkaitan. Insyaallah.

Aizu Kaza said...

Salam.tuan nk tumpang tanya.kalo saya nk beli bingkai cincin perak berapa harga.sy dh ada batu cuma nk cr bingkai sahaja.

naha said...

Salam Aizu Kaza,
ketika ini saya tiada rumah cincin yang siap sedia untuk dimuatkan batu, saya cuma menerima tempahan untuk membuat satu rumah cincin mengikut citarasa pemilik batu. kalau berminat saya sudi melakarkannya..insyaaAllah.

MUHAMMAD IQBAL Abdullah said...

sangat menarik.. saya baru nak survey untuk reka sendiri cincin kawin ni...
batu permata boleh dapatkan di kedai tersebut atau kalau batu permata sendiri?

Anonymous said...

salam..sy berminat tempah cincin couple silver dengan ukiran nama..bole sy taw berapa anggaran kos..tq..

Anonymous said...

Salam tuan..boleh tahu lot kedai tuan di pkns..utk tempahan cincin rekabentuk ini berapa ye >>> http://british-jewellery.co.uk/images/shop/sealringnew.jpg

Mohon whatapp sy di 0126802708