Tuesday, April 24, 2012

Cincin 3 Rasa

Delima Pink, Merah dan Nilam biru
Saya panggil cincin ini dengan nama Cincin 3 Rasa kerana ada 3 batu yang berlainan warna.
Batu yang berwarna Pink adalah dari jenis Delima. Sangat menarik kerana warnanya pink atau merah jambu dan bukannya merah. Kalau dilihat di bawah panah matahari, kita akan dapat melihat pantulan cahaya yang berupa pecahan bintang berjalur enam(6).
Batu yang berwarna merah itu pula adalah dari jenis Delima juga tetapi dengan warna yang biasa dilihat iaitu merah. Disini, batu delima ini diikat secara ikat kuku bagi menampakkan bentuk keseluruhannya yang sebenarnya agak kecil.
Batu berwarna biru ini pula adalah batu nilam biru. Warnanya yang agak terang itu sangat sesuai digandingkan dengan merah dan juga pink tadi. Keseluruhan cincin ini pula adalah diperbuat dari perak dengan ukuran 925.

Monday, April 2, 2012

Cincin Boleh di Tempah

Minggu lalu saya bertemu dengan seorang kenalan baru. Kami bersembang mengenai pelbagai perkara, dari satu topik ke beberapa topik yang berlainan sehinggalah sampai ke topik mengenai batu permata dan kristal. Topik kegemaran saya. Saya mengambil peluang bercerita sambil memberikan sedikit informasi mengenai kelebihan batu dan kecantikannya dan juga bagaimana menjaganya. Maksud saya, menjaga batu permata dan perhiasan lainnya supaya tidak mudah rosak.
Saya juga memberitahu rakan baru tadi bahawa, setiap batu permata yang dimiliki atau yang ingin dibeli boleh diikat dengan logam berharga seperti Emas, Perak, Keluli (tahan karat) atau mungkin bagi yang berminat serta mempunyai modal lebih boleh menggunakan Platinum. Malah, rekabentuk perhiasan yang kita idamkan juga boleh kita tempah mengikut citarasa kita sendiri. Pada ketika ini, rakan tadi agak tergamam kerana selama ini dia cuma terfikir bahawa seseorang itu hanya boleh membeli barangan yang telah sedia dijual sahaja. Ramai dikalangan rakan rakan beliau juga beranggapan begitu! Ketika itu baru saya sedar bahawa rupanya ramai orang diluar sana yang tidak mengetahui iaitu design atau rekabentuk boleh diilhamkan sendiri.
Jadi disini benarkanlah saya memberitahu bahawa saya telah banyak kali sebenarnya mengambil tempahan kawan kawan pelanggan saya membuat perhiasan yang mereka inginkan terutamanya cincin. Sudah banyak kali juga saya menyiapkan cincin bertunang untuk majlis pertunangan, cincin kahwin untuk majlis perkahwinan dan hadiah sempena harilahir atau harijadi dan sambutan ulangtahun. Kebanyakannya ialah design yang menurut citarasa pelanggan itu sendiri.. Saya cuma berusaha merealisasikan kemahuan mereka.. Alhamdulillah hampir kesemuanya telah terlaksana, insyaallah, yang belum siap itu masih dalam proses.
Oleh itu bagi yang berminat, jangan risau mengenai bentuk yang ingin dimiliki, kerana pada kebiasaannya saya akan "bersembang2" terlebih dahulu untuk mencungkil minat seseorang itu terlebih dahulu. Selepas mendapat sedikit gambaran barulah saya mula melorek lorek, mencoret coret lakaran kasar dan selepas mendapat gambaran mengenai minat seseorang itu barulah saya mula melukis secara penuh. Biasanya pilihan dibuat selepas mendapat gambaran keseluruhan.
Itulah serba sedikit mengenai lakaran iaitu maksud saya design boleh dibuat mengikut citarasa sendiri. Bagi sesiapa yang berminat untuk tahu lagi boleh hubungi saya melalui email: naha_mz@yahoo.com, hp: 013 274 8495. FB: Naha Mdz