Monday, January 2, 2012

Permata dari kaca mata Islam



Saya sudah agak lama berminat untuk menyelidiki perihal batu permata serta kelebihan kelebihan yang terdapat bersamanya dari sudut pandangan Islam. Melihat dari sudut ragam para pemakai dan pengguna batu permata secara praktikal sering membuatkan saya tertanya samada cara memakai permata ini dibolehkan? Atau betulkah cara memakainya? Dan adakah rahsia rahsia lain yang belum terungkai yang patut dipelajari dan dikongsi bersama.

Secara tak formal saya memang suka membuat kajian sendiri melalui kaedah kaedah membaca, bersembang sembang dan yang seumpamanya, namun jauh sisudut hati amat teringin untuk melakukan satu kerja yang lebih jitu serta formal supaya penyebaran maklumat ini dapat disampaikan dengan lebih jelas. Bagus agaknya kalau ianya boleh dibukukan serta menjadi bahan rujukan dikemudian hari nanti. Sekurang kurangnya itulah sebahagian dari jariah yang boleh dibawa ke alam barzah yang dapat meringankan azab kubur harapnya.

Sesuatu yang menarik 2,3 hari lepas ialah apabila anak angkat saya meminta pendapat saya tentang kaitan antara batu peermata dengan islam kerana beliau dikehendaki membuat persembahan (presentation) di dalam kelasnya. Dengan sedikit panduan beliau telah mencari banyak lagi maklumat yang berkaitan yang akhirnya membawa kepada satu artikel yang menyentuh tentang penggunaan batu permata berdasar kepada hadis nabi serta beberapa ayat yang terdapat dalam alquran. Banyak juga maklumat yang ditulis hasil dari pencarian penulis dari kisah kisah silam. Banyak juga maklumat maklumat yang saya anggap sebagai tergantung dan boleh dikembangkan penyelidikannya lagi. Hasilnya, maka terungkaplah satu perasaan yang kuat dalam diri saya untuk meneruskan pengembangan ilmu ini melalui satu kerja yang lebih formal daripada yang biasa saya lakukan selama ini.

Insyallah dengan izin dariNya, hasrat saya ialah ingin mendaftarkan diri sebagai pelajar semula pada tahun ini agar niat saya untuk melakukan sedikit kajian mengenai batu permata dari pandangan Islam dapat dibuat dengan lebih tertib lagi tersusun. Malah, diharapkan penyebaran ilmu ini juga nanti dapat disalurkan dengan lebih meluas lagi.. Insyaallah.

No comments: