Friday, December 17, 2010

Doa Makbul 1



Sewaktu saya dan isteri di Mekah bulan lalu kami terpaksa berkunjung ke klinik Tabung Haji yang berada di Hotel Haneem Firdaus sebanyak 3 kali kerana demam, batuk dan selsema.

Kata org di tanah air.."biasa la tu, kalau pergi haji mesti dapat punye."

Kata saya pulak.."biasa la tu org Malaysia lembek termasuk la saya sbb org Indonesia yang tempat tinggalnye sejauh 5 kilometer langsung tak sakit". Manja2 org Malaysia ni.

Oleh kerana kunjungan kami ini dah masuk kali ketiga makanya doktor pun macam dah kenal pulak, tersenyum lebar dia melihat saya. Tapi saya pasti dia tak ingat saya cuma sebab saya bawak buku rawatan makanya dia dah tau sejarah lawatan saya.. hehe. Tapi isteri saya pulak lain halnya. Doktor ingat dia sbab nama dia yang unik tu.

Doktor2 yang ada baik semuanya, masih muda dan hansem orangnya. Saya sempat berkempen kepada jemaah wanita semasa lawatan ke klinik kali pertama dulu, saya katakan.."pergi la jumpa doktor tu hansem2 semua..lom makan ubat lagi pun dah tentu baik punya".

Memang selepas itu saya dengar ramai la pulak jemaah wanita ni membuat lawatan muhibbah ke klinik Tabung Haji ni. Atas sbb sakit betul ke, langkah berjaga2 atau saja survey hanya Allah dan mereka sahaja yang tau.

Semasa saya sedang menerima rawatan tu kami sempat berbual2 seketika sambil doktor bertanya pasal sakit saya tu. Doktor tu sempat jugak mengingatkan kepada saya mengenai penyakit dan izin Allah, katanya "Ialah Hj, semua sakit ni datang nya dari Allah, kita ni ikhtiar saja mkn ubat yang dibagi, untuk sembuh pun dengan izin Allah juga".

Saya hanya jawab ringkas sahaja "Ialah, betul tu". Dan kami pun terdiam seketika. Agaknya jawapan saya tu macam potong stim saja bunyinya. maklumlah, kepala kita tengah pening2 lalat masa tu.

Tiba2 doktor td bertanya saya satu soalan.. "Haji doa macam mana Ji?"

Wah! soalan cepumas ni, soalan yang betul2 mengetuk kotak fikiran saya. Dalam hati saya tertanya2, kenapa pulak soalan ni yang dia ajukan, bagi ubat saja sudah la. Dalam pada hati masih tertanya2, otak saya pulak ligat berfikir nak cuba rungkaikan tentang soalan doktor tadi.

Dengan rasa teragak2 saya balas juga dengan dengan seberapa segera yang boleh, "Ooooh.. kawan2 kat Malaysia dah pesan, suruh doa kesihatan. Saya dah pun berdoa masa sebelum berangkat ke Kelana Jaya lagi". Konfiden je bunyinya.

Doktor yang mendengar cuma tersenyum dan kemudian.. "Macammana doanya" tanya doktor.

Oleh sbb tengah konfiden saya sambung, "Saya berdoa..Ya Allah ya tuhanku, berilah aku kesihatan, sihat tubuh badan, boleh ada selera makan supaya dapat bekalan tenaga untuk beribadat sehingga selesai kerja2 haji nanti". Saya lafazkan berdasarkan kepada ingatan semula.

Secara spontan saja tiba2 doktor tu tergelak! Dalam hati saya terdetik lagi..'Sudah, tadi tanya soalan cepumas ni tergelak pulak'

Doktor menambah.. "Alhamdulillah.. Doa makbul tu Haji!" dan saya jadi keliru.

Apa pulak kaitannya doa makbul dengan periksa kesihatan dan mintak ubat tadi. Dalam kekeliruan saya buat muka seposen sambil memandang tepat doktor tu dan beliau menyambung lagi, "Kerja haji dah habis selepas melontar kan, berapa lama lagi Tuan Haji nak berangkat balik?" soalnya.

Saya membalas, "Ada la lebih kurang 10 hingga 15 hari lagi".

Saya menjawab begitu sebab tak sempat mencongak tarikh.



Doktor menokok lagi sambil tersenyum, "Bukan ke Tuan Haji memang berdoa supaya diberikan kesihatan sehingga selesai kerja2 Haji, dah selesai dah kaaaaan..., jadi sakit yang datang selepas kerja Haji ni bukti la yang doa Tuan Haji sangat makbul!"

Subhanallah! saya terpegun.

Alhamdulillah, saya benar2 kagum dan rasa besar hati dengan jawapan doktor itu sebab inilah antara keadaan dimana saya nampak dengan jelas dan sejelas2nya mengenai konsep 'Doa Makbul'.

Sememang nya sudah menjadi lumrah, kita sentiasa alpa dengan anugerah dan nikmat yang tuhan berikan kepada kita sehinggalah kita diingatkan oleh orang lain atau pun apabila setelah kita berasa tersentuh bila berlakunya sesuatu kejadian. Kerana itu lah dalam Surah Rahman adanya ayat yang diulang2 yang berbunyi "Nikmat Tuhan Manakah yang kamu Dustakan"

Semoga selepas daripada ini kita akan sentiasa ingat mengingati semoga kita mudah mendapat keredhaan Allah.

2 comments:

Suria Kelang said...

Doa kena spesifik...Ustaz pesan. Betol2 spesiik lah tu kan? Dapat la...

naha said...

nanti kita crite lagi pasal doa spesefic ya..