Monday, July 7, 2008

Masa Itu Emas?



Kelmarin saya baru balik dari menghadiri satu kursus selama 3 hari 2 malam. Dah lama tak ikuti kursus, selalunya saya yang bawa ini kali ikut pulak. Seronok jugak dapat jumpa kenalan baru serta berkongsi benda baru.

Yang menarik sebagai catitan ialah apabila moderator meminta semua peserta menulis di atas kertas mengenai JTM masing masing. Apa bendanya tu? JTM tu maksudnya Jangka Tarikh Mati. Wah! complicated ni, mana ada orang yang tahu bila nak mati...mungkin ada la, macam orang yang kena hukuman gantung sampai mati ke, orang sakit yang doktor kata tinggal beberapa hari lagi ke. Itu pun tak tentu lagi sebab boleh jadi dapat pengampunan Agung dan yang sakit pun boleh sembuh, semuanya dengan izin Allah.

Anyway, dalam ramai ramai tu lebih kurang 80 peratus termasuklah yang nampak macam ustaz ustaz pun menulis tarikh JTM masing masing dengan tak confident nya. Mungkin akibat didesak sangat sangat oleh moderator manakala yang selebih tu tulis macam macam seperti; bila sampai ajal, tak tau, hanya Allah yang mengetahui..dan macam macam lah. Ana pun thulis juga la , bukan angka tapi perkataan yang hampir hampir sewaktu dengannya. Semuanya tadi dikumpul dan kemudian dibacakan satu persatu oleh moderator tadi.

Akhir sekali selepas habis semua dibacakan, moderator tadi pun mengulas...katanya, tujuan beliau menanyakan tarikh ni bukan sebab apa cuma untuk kita sedar bahawasanya tarikh sebenar JTM kita ialah DNM iaitu singkatan kepada Dah Nak Mati. Bila bila masa boleh mati. So...kalau macam tu tanyalah diri kita samada kita dah buat the best sebelum betul betul mati dan sebab itu bagi beliau lagi ungkapan 'masa itu emas' dah patut kena tukar kepada 'Masa itu nyawa'. Dah tak ada masa dah.....

2 comments:

Sarah said...

naha, br jd blogger ye...saya dah baca blog suria, byk pengalaman u all, salam to suria...nnti nak sambung baca lagi...

naha said...

ha ha memang baru sangat hasil sokongan kawan kawan bloggers n especially Suria...thanx.