Tuesday, July 22, 2008

Tanduk Kambing Gurun...kot boleh buat batu cincin

Seorang sahabat datang bertanya samada saya berminat dengan kepala kambing gurun. Katanya mengikut kata orang yang mahir dengan ilmu pengubatan melayu, kepala kambing ni banyak khasiatnya. Selain dari daging yang ada di bahagian kepala tu boleh dimakan, lidah kambing gurun ni berguna sebagai penawar racun. Saya cuma ternganga mendengar penerangan kawan ni tadi.

Dalam tidak kepastian, ikut kata member ni, kulit serta tulang kambing gurun boleh diproses dan boleh dijadikan minyak urut juga sebab pernah ada orang cerita yang kambing ni kalau dicedeakan atau patah patah dia boleh mengubat diri dia sendiri dengan cara menjilat bahagian yang sakit tu. Itu la pasalnya lidah kambing dengan organ yang lain tu tinggi khasiatnya. Ini mengingatkan saya pada cerita burung 'Butbut'(betul ke ejaan dia) pulak.

Walau macamanapun sahabat saya ni tadi agak sependapat dengan saya bahawa ada banyak bahagian yang perlu dikaji dengan lebih teliti mengenai pengunaan organ kambing gurun sebagai bahan pengubatan sebab apa yang kami dengar cuma dari mulut orang sedangkan kajian sebenar lom lagi dibuat atau kalau dah dibuat lom lagi jumpa. Bila dah jumpa baru boleh cerita banyak banyak.

Sahabat saya ni masih lagi simpan 2 kepala kambing gurun dalam peti aisnya. Saya pulak cuma minat kat tanduk kambing gurun..kot boleh dibuat batu cincin.

2 comments:

Anonymous said...

saudara..
saya berasal dari perlis indera kayangan
dan atuk saya mmg ada buat minyak kambing gurun..
guna kepala kambing tu la...
nak tahu power ke tidak..
saudara minum minyak kmbing gurun tu 2 sudu besar pas tu minum air suam
pas tu jogging and wat senaman ringan.. lakukan 3hari berturut-turut..
hari ke-4 urut sendi2 dan alat kelamin guna minyak tu..
kalau dah ada isteri lagi best, konfem isteri tergila2 nak main tiap2 hari..

Krafdunia Design said...

hahaha.. menarik