Saturday, May 23, 2009

Dah..... bukan Batu Serai lagi ropanya..


Cincin Batu Serai (ikat Perak)

Saya berjumpa dengan seorang kawan baru dan kami bersembang pasal batu2 lah, apa lagi kan. Cerita punya cerita sampailah ke topik Batu Serai. Tetiba je dia berkata, "Yang orang dok crita pasa tarik batu kilat2 dari pokok serai tu semua PEMBOHONG!" Peeeergh.... berdesing telinga saya. Susah payah saya nak belajar dan cari cerita pasal batu serai ni dari kawan2, sedap2 mulut dia aje kata kawan2 saya pembohong.

Tanpa mahu menyinggung kawan baru ni sebab dalam hati berkata tentu ada alasan istimewa, saya bertanya "Wah! mesti ada kisah bagus ni, abang dah cabut pokok serai lepas tu dapat bende lain ke?" jeng jeng jeng kata hati saya sambil menunggu jawapan.

"Aku tak cabut puuuun... cantik aje dia diam kat tepi batang pokok tu. tak yah tunggu tengah2 malam panggil orang jampi2 aku ambik sendiri aje... senang, takde batu2 de." Puh! lagi hebat, semua sebat sendiri, kata hati saya lagi. "Habis tu, abang dapat apa?" tanya saya, dah mula tak sabar.

"Aku dapat EMAS". jawab brader tu.

contoh gambar Syilling emas (Gold coin)

"Haaaaah!, biar betul, berapa biji?" tanya saya lagi. "Eh! silap berapa ketul". saya cuba membetulkan pertanyaan, sebab biasanya kalau orang cerita batu serai semuanya biji2 atau butir2, ini kali lain pulak.

"Berapa ketul?.... jongkong! 6 semua sekali" pantas sahaja dia jawab balik. "Aaaaaah!...." saya jerit, "takde lagi ke, bagi la saya satu", secara spontan saya bertindakbalas bila dengar apa yang dia cakap.


contoh gambar Jongkong Emas (Certified gold bar)

"Bagi kat engkau,... buat hapa, baik bagi bini aku, lagi baik". Tambah dia lagi, "Aku ada 2 bini tau tak, satu kat sini, satu lagi kat Siam, orang Siam sana, berguna jugak dapat jongkong emas tu".

Termalu jugak saya, tapi nak tau banyak lagi, terus tanya sebab macam percaya tak percaya la pulak. "Emas betul ke ataupun emas tipu2 bang, mana ada benda macam tu, rupa dia macam jongkong yang kita tengok dalam televisyen tu ke."


"Engkau tak percaya tu kau punya pasal la, yang penting emas tu betul, rupa dia tak la cantik kilat macam dalam TV tu, tapi macam jongkong yang orang dah guna, aku dah jual pun satu, dapat la puluh ribu sebatang tu, 5 lagi bini aku kat Siam simpan, bini sini tak tau".

contoh gambar jongkong emas tanpa piawaian (gold bar)

"Ishh ishh, percaya abang yang jauh tu, yang ada kat sini abang tak bagi, nanti dia jual habis baru tau." Saya mengusik brader tu.

"Apa pulak, duit tu aku bagi bini yang kat sini la untuk dia buat belanja, yang kat Siam tu simpan je, lagi pun emas tu aku dapat kat Siam jugak. Belanja kat Siam tak banyak, tapi kat sini tinggi, cukup la belanja buat masa ni."

"Itu pasal la aku kata orang yang cabut tengah2 malam tu pembohong, dapat batu kecik2, jual kat orang mahal2, kaca pulak tu." Abang tadi menambah. "Pasal apa nak buat tengah2 malam... kalau betul ada, cabut la siang2 hari buta, biar orang tengok betul ke tak betul" tambah abang tu lagi seolah2 melepas geram nampaknya manakala saya cuba nak jadi pendengar yang baik kononnya, sambil menyampuk, "Eh .. itu lain, dapat batu, cantik2"

"Takde de lain de, kalau betul, takyah jampi2, terus je cabut, macam aku ni, korek tepi pokok je, itu pun siang2 hari lepas Asar, apa kau nak cakap?" dia sergah saya.

"Ya lah bang, apa2 lah, lain orang lain cara, lain orang lain anugerah dia kan? (konon2, nak cuba berlindung), takde ke lagi serpih2 yang nak bagi kat saya buat bukti ke apa2 ke,.. hehehe.." Saya cuba melawak.

"Kau dengar sudah, kalau ada rezeki kau, tunggu je lah nanti ya hahaha..." kata brader bertuah tu sambil terus berlalu.

Macam mana saya nak menafikan kalau memang dia dah dapat, dan dah tukar ke matawang. Ianya menjadi sebahagian dari pengalaman saya mendengar cerita2 pelik lagi menarik ini. Wallahualam.

contoh gambar Naget emas (gold nugget)

contoh gambar wafer emas (Gold wafer)

6 comments:

Duniamistik said...

tuan Admin,
lain belalang lain padang,
lain orang lain pandang.

kalau brother tadi cakap dia dapat benar Jongkong emas tu, kenapa dia tak kasi tunjuk kat saudara admin sebagai bukti.

cara brother tu cakap, seolah-olah dia amat Ego dengan SEMBANG-nya.

jangan pandang ilmu sesorang dari luaran, kadang2 org yg lebih muda lebih ilmunya dari org yang tua.

*p/s:- suka berkongsi cerita.

Krafdunia Design said...

Haha, saya setuju benar dengan konsep ilmu tu, kekadang yg muda lebih ilmunya namun yg empunya cerita lebih mengetahui, saya mendengar dan berkongsi.

Tepi Sungai Batu said...

Salam Naha,
Pak Man pernah cabut pokok serai dan kemudian nampak batu di bawahnya. Rupa-rupanya batu sempadan daaaaa.......hehehehe.....sori!
Lama Pak Man tak singgah sini.
Anak-anak macam mana?...sihat semuanya?.

yasminyazid said...

As'kum....

wah....
patut blog name towkeyemas!

Skudal said...

bang..rumah saya ada pokok serai yang dah ada bunga tapi saya tak tahu macam mana nak cabut..takut cabut tak ada apa apa aje....boleh call saya 0192844055...port dickson...

Krafdunia Design said...

maaflah wichunter.. lambat sangat jawab.. tentang cabut pokok serai ni, yang tak berbunga tu saya potong kat akarnya saja.. buat perencah. kalau yang berbunya tak pernah pulak buat.. takut nanti pokok tak tercabut.. saya yang ca alif But..