Sunday, December 21, 2008

Kursus Belia Anak Asnaf

Alhamdulillah satu lagi kursus belia telah tamat tapi kali ini melibatkan anak2 asnaf atau anak2 yang menerima bantuan dari pusat zakat negeri Selangor samada secara terus atau melalui ibu/bapa masing2.

Saya melihat bahawa anak2 asnaf ini adalah satu kumpulan yang agak terasing sedikit dari sudut emosi mereka. Sungguh pun ada diantara mereka yang hadir ke kursus itu agak pandai namun apabila diselami kehidupan mereka, kita dapat melihat berlakunya kezaliman dalam diri manusia lain. Sepatutnya merekalah yang harus menjadi pembantu kepada anak2 ini. Mungkin ada cerita lain disebaliknya... saya pasti ada.

Apa yang agak menarik juga mengenai anak2 asnaf ini adalah mereka amat pandai berselindung disebalik topeng wajah mereka. Ada yang raut muka nampak sangat ceria namun bila dikupas kehidupan mereka ada trajedi yang telah meragut kebahagian kehidupan mereka sebelum ini. Ada jugak yang berwatak seakan2 tahan lasak ala2 gangster tetapi rupa rupanya amat mudah mengalirkan airmata apabila mendengar cerita sedih rakan2 lain apatah lagi bila bercerita mengenai diri mereka sendiri.

Gejala sosial yang berlaku dikalangan mereka adalah akibat dari kemiskinan yang melanda, kata2 hinaan yang mereka terima serta pandangan serong masyarakat terhadap mereka. Usaha untuk mengenal pasti gejala2 yang wujud ini menunjukkan bahawa hampir semua yang dijangkakan memang wujud. Ada diantara anak2 asnaf ini bercerita bagaimana guru2 disekolah mereka memandang hina serta serong terhadap mereka maka mereka merasakan bahawa harga diri menjadi semakin rendah. Cuma rakan2 sosial sahaja yang nampak seolah2 memahami, cabaran2 serta galakan terhadap aktiviti2 merosak dilihat sebagai menaikkan nilai diri.

Selepas dari kursus saya berkesempatan berhubung dengan beberapa orang anak2 asnaf di Shah Alam. pemerhatian saya mendapati bahawa memang benarlah self esteem mereka agak rendah. Mereka kurang cergas dan rata2 agak takut2 untuk membuat keputusan bagi diri sendiri. Apa yang boleh kita buat dengan mereka ini? Untuk satu tempoh yang singkat dan agak tertutup, saya hanya berupaya untuk memberikan sedikit galakan supaya mereka berusaha untuk keluar dari kepompong asnaf. Mungkin akan terdapat sekelompok yang akan berjaya membawa keluarga mereka keluar namun halangan dari dalaman pun agak menyukarkan.

Saya dapati ada diantara kepala keluarga anak2 ini yang agak keras dalam hal hak. Mereka seolah2 selesa dengan apa yang diperolehi dan sekiranya dikurangkan sumbangan kepada mereka dengan alasan telah nampak kejayaan dalam meningkatkan diri (satu penghargaan sebenarnya) mereka dengan mudah akan melenting marah kerana dinaik taraf. Keadaan seperti inilah kadang2 menyebabkan anak2 mereka merasakan bahawa menjadi anak2 asnaf sebagai satu HAK. Itulah tanggapan yang silap.

Saya berharap sekiranya mendapat peluang sekali lagi berdampingan dengan anak2 asnaf lagi saya akan cuba menyelami dengan lebih dalam lagi keperluan mereka. ingin saya selidiki cara2 terbaik untuk membantu mengubah keadaan mereka, bukan dengan memberi ikan tetapi pancing yang dibina sendiri.

Tuesday, December 9, 2008

Merah Air Batu Delima

Ramai sangat orang yang bertanya mengenai batu delima yang bila dimasukkan dalam segelas air jernih, airnya bertukar menjadi merah dan jika dikeluarkan batu tadi tu, airnya kembali jernih. Batu delima ni di kenali sebagai Delima Merah atau kadang2 disebut Mirah. Ramai yang mengiakan kewujudan batu delima yang boleh memerahkan air ni sedangkan bila ditanya "pernah tengok ke?" jawapan yang pasti "tak....orang kata". ha ha ha apo nak dikato.

Perihal batu ni, yang pasti kalau batu delima asli yang datang nya dari tanah maksud saya digali oleh pencari pencari batu samada kat Myanmmar ke Thailand ke atau kat mana2 pelusuk dunia, tak mungkin boleh batu tadi tu menjadikan air putih bertukar kaler dia, lepas tu bila dikeluarkan batu tu airnya jadi macam biasa balik. Dari cerita2 yang ada pun sebenarnya batu yang boleh menjadikan air jenih kepada warna merah adalah "Batu Mistik". Kenapa batu mistik? sebab kalau dia batu delima yang digali, maka sudah tentu telah diserapkan dengan pelbagai jampi serapah dulu baru jadi. Kalau bukan batu asli yang digali, maka betullah macam yang saya kata dari awal tadi, batu asli (tanpa gangguan/tambahan mistik) tak mungkin boleh jadikan air bertukar warna.

Cerita2 mengenai kewujudan Batu Delima merah di Indonesia pun tak kurang hebat dan cukup banyak diceritakan, itu pun bukan oleh orang Indonesia tapi orang Malaysia pulak. Macam yang saya kata batu mistik sebab belum ada cerita yang mengatakan bahawa batu delima merah ini diperolehi sewaktu menjalankan kerja2 mencari batu yang merupakan mata pencarian dia, melainkan kalau dia yang gali,itu kerana dapat mimpi semalam. Dalam mimpi tu, datangnya orang tua berjubah putih, berjanggut putih dan berserban putih berpesan supaya digali kat sekian sekian tempat pada sekian2 waktu. itulah mistiknya. Dari kebanyakan cerita mengenai batu delima merah ni, yang selalunya jadi tuan punya adalah orang yang latarbelakangnya ada kaitan dengan kerja2 berjumpa bomohlah, kiyailah atau orang2 alim yang kononnya doa dia orang sangat makbul. Itu lah mistiknya.

Yang terbaru saya dengar... jeng jeng jeng. batu delima merah ni memang ada, dan setiap tahun akan keluar sebanyak 7 biji aje. Bukan kat Indonesia, lagi bukan kat Malaysia tapi kat Tanah Arab. Negara yang mana, kawan saya ni tak cakaplah pulak, tapi kat tengah2 padang pasir. Sebab apa padang pasir, sebab batu ni cuma muncul kat celah kuku unta. Tambah kawan saya lagi, batu delima ni asal usulya adalah dari tempat yang sama dengan batu Hajaral Aswad. Hah! kan dah kata..... mistik juga, bukan batu dari planet bumi jugak.

Namun saya nak kongsi cerita jugak pasal sorang yang saya panggil dayak sewaktu berniaga kat pasar klang satu masa dulu. Sebab apa dayak, sebab orang ni selalunya berpakaian kemas siap dengan ketayap dan kadang2 bertukar pakaian ala2 red indian, tak berbaju cuma berseluar pendek siap dengan lilit kepala pulak. Orang ni dakwa ada batu delima yang boleh tukarkan warna air. Tiap pagi dia akan letakkan segelas air warna merah yang dalamnya ada batu delima, katanya lah. Saya pernah mintak dia keluarkan batu tu supaya kita sama2 tengok airnya jadi putih ataupun tidak tapi lain pulak yang saya dapat. Dimakinya saya depan orang ramai sambil mencabar saya membayar tunai sebanyak RM2800 kalau betul2 nak tengok air tu jadi jernih semula. Siapalah yang bawak duit sebanyak tu untuk bershopping bende2 pelik kat pasar melainkan orang2 yang beli lauk untuk meniaga kedai makan.

Pada masa tu saya tak berhajat langsung nak bergaduh tambah2 lagi depan orang ramai. Daripada menambah malu pada diri kita biarlah dia dengan dunia pembohong dia. Apa yang pasti ialah warna merah air segelas tu sebab warna dakwat atau inci merah yang dititik awal2 lagi, sebab tu dia rasa marah bila orang mintak dia keluarkan batu tu. Sebenarnya saya memang dah perhatikan dayak tu lama cuma saya takde apa2 urusan dengan dia apatah lagi nak ganggu dia berjual tu. Malah saya pernah pesan kepada sorang kakak menjual tudung supaya intai cara2 dayak ni merahkan air dalam gelas tu dan sememangnya itulah modus operandi dia.

Itulah,.. yang sedihnya ramai lagi orang2 yang taksub sangat dengan bende2 pelik ni sampai nak cari sangat2 untuk dibuat tangkal, pelaris ubat kuat dan macam2 lagi. Elaklah, jangan sampai jadi SYIRIK sebab percaya kat bende2 Khurafat ni.

Monday, November 24, 2008

Kejadian Pelik, Sihir ke?

Beberapa hari ni ada satu kejadian pelik berulang ulang di tempat berniaga saya. Ketika ini saya sedang berniaga di Kompleks PKNS dengan mengambil gerai promosi di tingkat bawah (ruang legar) selama 17hari. Ini sempena menyambut hari raya Aidil Adha.

Dalam keadaan gawat senyap ni, jualan agak perlahan dan terpaksa menumpukan kepada barangan yang lebih murah dan disukai ramai. Ada juga peniaga yang telah bertukar barang jualan samasekali seperti kalau sebelum ini menjual aksessori kini dah mula menjual kek coklat, kalau dulu jual bunga kini dah jual beg pula.

Berbalik kepada kejadian pelik pelik ni, ada ketikanya dikala waktu tengah hari time makan lah kita katakan yang sudah tentunya ramai orang akan berkunjung namun ada masa masa tertentu gerai saya seperti ada penolak pula. Orang tak mahu singgah apatah lagi membeli. Adakalanya saya akan berlari naik ke tingkat 1 untuk mendapatkan pandangan mata burung (bird's eye view) dan memang boleh dilihat dalam keriuhan orang ramai bertumpu digerai2 terdapat satu ruang kosong yang merupakan gerai saya. Menarik? geram adala... Walaubagaimanapun saya sentiasa cuba mengekalkan iman dan kekuatan diri kerana sedar rezeki itu ketentuan Allah.

Beberapa hari yang lepas ini pula, setiap hari pembantu saya akan terjumpa duit syiling 10 sen. Sudah 40 sen jumlahnya sama dengan bilangan hari kami mula promosi. Diceritakan kepada saya serta ditanya kalau2 duit itu saya yang tinggalkan. Apabila saya katakan bahawa bukan duit saya, cepat2 dia keluarkan dari beg duit dia kerana khuatir ada makhluk2 ghaib akan curi duit dia pulak. Itulah lazimnya kepercayaan kebanyakan orang. Kita pun kalau sering digula gulakan dengan ingatan seperti ini akan mula terusik juga perasaan, takut adanya kuasa gangguan2 asing. Apa yang saya buat dengan duit syiling tu? Saya bayar parking! dah dapat percuma sejam. Rezeki.

Apapun saya akan berusaha menguatkan diri dengan amalan2 yang biasa saya amalkan, mudah mudahan akan terhindar segala gangguan benda ghaib dengan izin Allah.

Friday, November 21, 2008

Geliga Ular Ori?

Hari ini saya dikunjungi sepasang suami isteri yang berasal dari Tanah Seberang. Manis pasangan ini kerana percakapan mereka sangat sopan. Istimewanya gentleman tadi sebab dia memakai sebentuk cincin yang menurut katanya battu geliga ular. Hah! geliga ular lagi.

Belum sempat saya bertanya lanjut, kawan tadi terus menutup cincinnya sambil membuat sedikit lubang untuk saya intai... batu tu menyala! tanpa perlu disuluh suluh macam kejadian sebelum ni. Memang special. Adakah yang ni batu geliga ular yang ori? saya pun tak pasti, malah tak tau pun,.. senang cerita.

Apa pun saya tak lepas peluang untuk mencari maklumat dan terus bertanya bagaimana dia mendapatkan batu ajaib ni. Kata brader tu "kena beramal bang, ada ayat2 dia yang kena baca dan lagi pun kena berguru. bukan sebarang guru" Wah, dalam hati saya berkata2.. sulit jugak cara nak dapat ni, kita ni amalan wajib pun tonggang tebalik camana la nak dapat bende pelik2 pulak.

Lelaki tadi memberitahu lagi bahawa amalannya pun kena telus tak boleh ada hasad dengki dan tidak mudah untuk memanggil ular yang sanggup mewariskan geliga ni. Dan bagi sesiapa yang dah dapat geliga ni, memang ada tugas tertentu menanti namun dia tak pulak bagitau apa tugas dia bila dah dapat geliga dia cuma dia kata kalau ada kesempatan jumpa lagi dia akan bercerita dengan lebih lanjut. Nak cerita lagi tapi dah lupa pulak....aparaaa. sori. Oh ya ada gambar kat bawah ni.

Tuesday, November 11, 2008

Geliga Ular

Semalam masa tengah duduk bersembang2 dengan Abg Husin (biras saya) dikerusi tempat duduk Darul Ehsan Medical Centre datanglah sorang penjaja ni bawak beg sandang yang nampak sarat dengan barang2 jualan dia tersangkut disebelah bahu kiri manakala tangan kanan memegang sekotak cincin laki2 macam2 bentuk. Hebat orang ni, dengan penuh sopan dia menyapa mohon maaf sebab mengganggu kami dan mintak kebenaran nak tunjuk barang yang dia ada.

Semua bende yang dia ada dalam beg sandang dia tu dikeluarkan dan ditunjuk pada kami. lepas tu beria2 dia memujuk kami suruh beli cincin yang dia jual. Dikatalah yang cincin dia murah, tak mahal; lagi pun susah nak dapat; datang dari jauh nun dari Kalimantan; tolak rejekilah kalau tak beli barang dia; batu cincin dia tu special boleh ngubat penyakit dan boleh halang perbuatan sihir! HaH! ayat cepumas dah keluar. Saya sebenarnya agak pantang kalau dengar perkataan2 atau ayat2 yang berbunyi 'barang' dia boleh ngubat sihir atau dengan menyimpan bende yang dia jual boleh memudahkan sebarang urusan. Mulalah saya nak cari bahan untuk bercerita dan kalau sampai masa kena dakwah/tarbiah sikit.

Bukan apa, semenjak dua menjak ni semakin ramai sangat orang jadi syirik secara tak sedar. Otak menolak untuk percaya dan bergantung harapan kat bende2 ni, mulut sebut je "kita faham dan tak boleh pecaya sangat...." hah dengarkan? SANGAT... sebab tulah hati nak juga cari barang2 tertentu ni sebab masih ada pecaya SIKIT bahawa kalau ada bende mistik ni sekurang2 nya boleh halang maksud2 jahat orang lain dan dapat ringankan halangan yang mendatang, semuanya dengan alasan 'ikhtiar'. Itulah yang iblis nak. Nak suruh kita ada sikiiiit pengharapan kat makhluk atau barang selain Allah.

Berbalik kat penjaja tadi, yang dia kata special tu tentang geliga ular. Dia kata geliga dia asli dan boleh ngubat perbuatan sihir. caranya mudah saja, rendam geliga tu dalam air dan diminum airnya akan terhindarlah kerja2 sihir tadi. Kemudian tambah dia lagi, kalau nak tengok samada geliga ular ni asli atau tidak, tengok batu tu dalam gelap pasti nampak bercahaya katanya. Saya pun terus tekup cincin berbatu geliga tu dengan tapak dua tangan dan intai melalui celah2 jari. "Tak nampak apa pun" saya kata. "Oooo nanti dulu" kata si Mamat tadi, saya terlupa pulak nak tanya nama dia. Dikeluarkan lampu picit dari kocek dia dan terus disuluh kat batu tu. "Ha sekarang tengok" katanya.

Sememangnyalah selepas disuluh batu tu nampaklah bercahaya sikit tapi kejap je lepas hilanglah cahaya dia jadi biasa balik. Itulah yang dinamakan 'photoluminescen', ada saya cerita sikit dalam kisah batu siput sebelum ini. Nampak macam batu yang di buat je la pulak. Saya memang tidak ada ilmu pasal batu geliga tapi dari cerita yang saya pernah dengar sebelum sebelum ni, batu geliga, baik geliga ular atau geliga tikus, ianya bercahaya terang macam lampu mentol didalam keadaan gelap tak payah suluh2. Kegunaan geliga ni pulak adalah untuk mengubat bisa sengat atau dipatuk ular, itu pun sekadar menawarkan racun tu untuk sementara waktu je, lepas tu cepat2 la bawak gi hospital. Hah, kan dan bercanggah cerita dia.

Bila dah mula rasa lain macam je batu special tu saya pun mulalah cari ayat untuk menolak dari membeli cincin yang ditunjukan tu, saya katalah belum minat lagi. Lagi pun saya kata saya tak percaya pada barang yang boleh memudahkan urusan. Pemuda tadi tu cepat2 memujuk saya dengan cara lain pulak. Dia mengelak dari terus bercakap pasal batu dia boleh mengubat dan lain2 tapi mula bercakap pasal harga pulak. Dia kata, “tak mahal pak cuma 350 ringgit saja. Ambil lah, wang boleh dicari.” Dengarkan harga dia, saya terus je kata “ maaf ye bang, saya takde duit banyak tu, jadi tak dapatlah saya beli lagipun saya tak rasalah duit sesenang cakap je untuk dapat, memanglah boleh dicari tapi bukanlah dengan menggali kat atas tanah terus je dapat kan? Saya doakan abg berjaya menjualnya nanti”. Penjaja tu tersenyum sambil menepuk bahu saya dan berkata, “Ya lah, maaf lah sebab saya mengganggu tadi” sambil berlalu.

Thursday, October 23, 2008

Penjaga Batu

Seronok bila dapat dengar cerita2 tentang batu. Bukan seronok amende saja suka2 dengar sambil ambik tau satu cabang ilmu baru yang boleh didengar tapi tak perlu dan tak usah amalkan lah. Maaflah kalau ada sesiapa yang tersinggung pulak sebab ini pendapat serta pegangan peribadi saya.

Cerita mistik batu kali ni begini, ada la sorang ni datang ke tempat saya dengan gaya yang nampak macam tercari2 sesuatu. Camana la agaknya gaya orang tengah tercari2 benda yang dah terbentang atas meja ya? Cuba la bayangkan… sambil membongkok sikit, panjang je leher dia toleh sana tengok sini tapi tak jumpa benda yang dicari,bayangkan.... ha ha ha ..memang cam tu la leher dia…. Tapi orang ni special sikit, sambil tercari2 tu, sambil tu la jugak dia bukak tapak tangan dia, sebelah kanan, haa.. ya sebelah kanan, dikembangkan, terbukak luas sambil dilalukan atas sebahagian cincin saya yang dah memang tersusun cantik dalam bekas dia.

Saya rasa pelik la jugak dan gatal2 mulut ni bertanya la kat orang tadi tu, “ buat apa bang? macam scan bende2 tak nampak je”. Tanya saya sambil tersengih menunggu jawapan. “Hah! Itu la ngko tak tau, cincin ni ada isi tau!” dia jawab balik. WAH! canteeek! Ini sudah ada peluang baru untuk korek ilmu dari brader tadi, suara hati saya menjerit. Saya tanya cepat2 kat brader tu, “isi apa bang?”. Pendek je pertanyaan saya sebab setakat ilmu cetek tentang batu yang saya ada ni, batu mesti la isi dia batu jugak, ya tak?. Jadi saya cakap lagi apa yang saya rasa dalam hati, “eh,eh.. batu mestilah isi dia batu, tak kan kayu pulak bang?” Abang tu tak terus jawab, dia mendongak, berhenti sekejap sambil berdiri tegak, lepas tu tarik nafas panjang pulak.

Kemudian sambil tersengih brader tadi mula bercakap, dia kata, “bila kita scan cam ni… (sambil menunjuk cara macam mula2 tadi).. kita boleh rasa macam ada satu tarikan magnet kat tapak tangan kita, itu tandanya… ada penjaga kat dalam cincin ni, kalau tak rasa….. maknanya cincin ni kosong la”. Sambil dia bercakap tu dicapainya satu cincin yang ada dalam kotak di atas meja saya. Lepas tu dia sambung lagi, “kalau kosong macam cincin ni… (sambil mengunjukkan cincin yang dipegang tadi kepada saya) kita boleh la masukkan penjaganya….. paham?” “Oooooo …..” panjang O saya, dalam hati saya berkata.. “ada jugak bende macam ni ya…”

Saya cuba nak korek lagi maklumat2 yang baguih lalu saya tanya dia soalan cepugangsa, “kalau dah ada penjaga, apa pulak kelebihan dia bang?” Soalan ni konon2 untuk pancing dia bercerita lagi pasal mistik batu ni, tapi….. tau apa dia kata lepas tu……. “Hah! cari sendiri.” Sambil tersenyum dia berlalu………Alahai!.

Tuesday, October 21, 2008

Kehebatan 10 Cincin

Ada seorang kawan/pelanggan saya ni, wak jawa yang saya panggil Wak Samsudin. Orangnya dah berumur, saya rasa2 la dalam lingkungan 50 ke 55 ada kot, tapi sentiasa nampak muda dan hansem je. Nak tau rahsia dia? entah saya pun tak tau sebab tak pernah tanya la pulak. Tapi 4 bende yang saya perhati wak ni selalu buat iaitu sentiasa tersenyum, tak pernah nampak dia marah2 atau komplen2, yang ketiga jalan dia laju betul macam nak kejar masa sangat2 dan yang keempat sentiasa memakai 8 bentuk cincin di jari. Yang takde cincin cuma di kedua2 ibu jari je.

Saya pernah sekali tu tanya wak ni, "wak pakai cincin banyak2 ni tak kisah ke wak kalau2 orang pandang semacam je kat wak?" tanya saya. Wak Samsudin pun jawab, "ish ish apa yang ngko nak risau pasal orang nengok ngko pakai cincin, bukan aku curi, aku beli, kadang tu orang bagi, ada jugak orang tuko ngan cincin yang aku ada, apa nak kisah" jawab wak tu. "Ye la wak, kan wak pakai banyak tu sampai 8, biasa orang pakai 2, satu kiri satu kanan, masuk 3 dah rasa rimas" saya cuba pancing wak tu lagi. Apa dia jawab? "tu la ngko tak tau! ni aku pakai 8, aku penah dapat duit bila aku pakai 10 cincin lagi, bukan sikit tau" balas wak. "Wah! special tu" saya teruja, "cerita la sikit wak" saya mintak story lebih. Maka wak tu pun bercerita lah…

Alkisah … nak dijadikan kisah… Wak Samsudin ni pergi ke Pasar Jawa Klang sebab nak beli bekalan meniaga. Wak ni jual ubi goreng, keledek goreng ngan pisang goreng kat depan Pusat Perubatan Selangor (SMC) di Seksyen 20, Shah Alam. Pasar Jawa Klang ni memang terkenal sebagai pusat cari bekalan lah selain dari Pasar Klang jalan Meru. Elok sampai je kat pasar tu wak ni pun tolak la motor dia nak cari parking. Oh ya wak ni ada kreta tapi senang kesana kemari dengan motor, cepat dan jimat katanya . Sampai kat tempat parking tu kebetulan ada la pulak 3 ke 4 orang budak2 muda ala2 mat rempit gitu, menurut kata Wak Samsudin lah. Berlakulah upacara tegur menegur, sapa menyapa yang hangat.

“Wak, wak tak hebatlah”. Tetiba je keluar dari mulut salah sorang bebudak tu. Terkejut wak tu, pasal tak semena mena keluar kata kasar dari orang yang dia tak kenal. Dia pun Tanya la balik, “ Ya wak tak hebat, ngko apa ada hal?” . “Ya la.. wak tak hebat, pasal apa pakai 8?, pakai la 10.” Dibalas semula bebudak rempit tadi. Wak Samsudin jadi terpinga pinga sebab tak paham mulanya apa ke bende yang budak 4 orang tadi maksudkan. Bila dia perasan semuanya pasal cincin yang dia pakai rupanya, dibalas semula, “Ya la aku tak hebat, tapi ngko orang kenapa?, sukati aku la nak pakai berapa pun”. Saya sempat bertanya wak tu samada dia marah ke tidak bila budak2 tu tanya macam tu, dia jawab “nasib baik la wak ni penyabar boleh ‘maintain cool’ la ya, jadi aku layan aje budak2 tu nak nengok sampai kemana”. Pergh! Hebat, kalu saya agaknya dah melayang topi keledar dah bila soalan tak tentu pasal keluar atau pun paling tidak, takyah jawab … belah je.

Lepas tu budak2 tu sambung agi, “Wak kalau hebat wak pakai la 10 cincin, penuhkan sepuluh jari baru la hebat”. Dijawabnya, “tak kisahla aku nak pakai berapa pun, tak hebat ke apa ke, tapi yang ngko orang sibuk sangat pasal apa”. Budak2 tu jawab balik, “wak kalau hebat, pakai la 10 cincin, ni ada 200 ni, ambik la, pakai la 10". “Tersentak aku, budak2 mat rempit ada banyak duit ke? siap nak cabar2 lagi” kata wak kepada saya sewaktu bercerita. “aku jawab, aku kata simpan la duit tu, banyak tu buat bende lain lagi baik, tak usah nak peduli2 pasal hebat2 ni” wak kata. Rupa rupanya tak habis lagi, dicabar lagi sekali wak tu dek budak2 nakal tapi banyak duit ni. “macam ni la wak, wak ambik duit tu…, wak pakai 10 cincin, duit boleh cari wak, 200 apa ada hal”. “Tak usah….” Kata wak. “pakai la wak, 10 tu, ha ha ha, ambik duit tu..ha ha ha”. Wak dicabar terus.

Jeng jeng jeng, wak dah mula naik geram, apa lagi wak ni pun selak la baju dia ke atas, dia ada pakai beg pinggang kat tengah2 perut dia dan ada beg pouch kecik kat tepi pinggang dia macam pouch orang letak kotak rokok tu. Rupa rupanya wak ni pengumpul cincin, kat pouch tepi tu ada segenggam cincin koleksi dia dan dalam beg pinggang dia ada 2 ke 3 genggam lagi cincin macam macam pesen. Bayangkan kalau sekali genggam kita yang biasa2 ni boleh kaut dalam 15 ke 20 cincin, apa lagi tangan wak jual pisang goreng yang lagi besar genggam dia tu walaupun orang nya rendah je.
“Dah dia sibuk sangat, aku ambik duit 200 tu, aku masuk dalam kocek, lepas tu aku bukak beg, aku ambik 2 cincin, aku sarung kat dua2 ibu jari, pas tu aku cakap kat bebudak tu TERIMA KASIH! ASSALAMUALAIKUM, …aku belah, tak jadi nak beli keledek hari tu. Dah untung ,jadinya waku tak meniaga la satu hari …ha ha ha. terpinga pinga dia orang” Demikian lah kata Wak Samsudin. Terdetik di kepala saya kata2 'who has the last laugh'.

Sememangnya wak ni ada banyak cincin kat beg2 dia tu, saya dah tengok pun. Dan kata Wak Samsudin, kat rumah dia ada sebalang lagi cincin yang dia dah tak tau mana nak letak. Saya sempat juga dapat sedikit imbuhan sebab wak tu ada la jugak beli beberapa cincin yang saya jual dan saya belikan kotak cincin jenis bercermin untuk dia simpan sebahagian koleksi cincin yang dia ada tu. Ada banyak lagi yang belum dapat bekas simpanan yang baik. Demikian lah cerita seadanya

Thursday, October 16, 2008

Batu Siput

Ada seorang kawan saya ni, En. Yusof merupakan rakan yang rajin bersembang pasal batu dengan saya. Walaupun jarang2 jumpa tapi topiknya tak lari dari kisah2 batu dan kekadang cerita pasal kayu jugak.

Hari ini En.Yusof berkesempatan tunjuk kat saya dua jenis barang istimewanya yang dia sentiasa simpan dalam beg dompet dia. Satu ialah kayu untuk buah cincin dari jenis Teras Kelo hitam, kecik aje tapi nampak padat. Lama dah dia simpan bende tu dan masih belum diikat jadi cincin lagi. Satu lagi ialah batu siput iaitu kulit siput yang telah di canai menjadi sebentuk batu yang juga boleh di ikat untuk dijadikan cincin.



Menariknya kedua dua barang tadi, saya dimintak untuk uji secara kasar je bagi nak buktikan yang barangan dia tu benar2 asli. Kayu hitam tadi saya celup dalam segelas air masak nak tengok camana la agaknya kayu bertindakbalas ngan air..eh eh dia tenggelam la. Padat betul kayu tu, langsung takde nak terapung2 dulu ke, berpusar pusar dalam air tu dulu ke, takde. Plup! terus jatuh ke dasar gelas.

Batu Siput ni pulak, nampak ada pusaran bentuk siput kat permukaannya.Batu ni En Yusof dapat dari Indonesia dan tambah En. Yusof lagi, batu ni nyala dalam gelap dan kita boleh nampak cahaya hijau dia bila padam lampu. Ujian saya mudah je, cuma masukkan siput tu dalam laci dan tengok kalau kalau ada cahaya dia dan memang betul, batu siput ni dia ‘glow in the dark’ macam yang di jual kat kedai2 buku selalu tu, yang bentuk bintang la, bentuk binatang2 la, macam macam. Dari apa yang saya perhati dan kaji sikit2 tu nampaklah hasilnya iaitu siput tu memang asli dan dah dicanai kasi cantik siap dengan pusar siput, manakala yang glow tu tambahan je(nama lain photoluminescent) dan dah digilap juga kasi licin.





Apa khasiat dia tak tau la pulak... cantik sudah la. Saya berpesan pada En. Yusof kalau2 ada orang nak pertikai kononnya siput tu tak asli la, tak tu la, tak ni la, biarkan je sebab yang penting kita ada bende tu dan dia tak de.

Wednesday, September 24, 2008

Pakai Batu Boleh Jadi Apa?

Pembantu saya Halimah bercerita, katanya ada seorang hamba Allah lelaki ni datang ke gerai kami untuk melihat lihat batu/Kristal yang kami ada. Lelaki ni membelek belek batu2 yang ada tu dia sambil membaca juga nama nama batu tersebut serta nota ringkas yang kami catatkan mengenai kesan batu2 ini terhadap tubuh badan.

Dalam pada masa jejaka ni sibuk membelek belek batu tu tiba tiba je keluarlah pertanyaan cepumas dia , “ pakai batu ni boleh jadi apa kak?” Hah ! Satu soalan yang Halimah tak tahu apa maksud dia. Biasanya orang akan bertanya tentang khasiat batu dan kami akan cuba jelaskan kegunaan batu2 ni, tindakbalas dia secara saintifik dan ’sainsfizik’, ikut kata seorang rakan yang belajar kaedah colour vibration. Antaranya ialah kesan batu Amethyst kepada orang yang sering kali kena migrain teruk, dapatlah kurangkan sikit, batu Tiger’s eye pulak, baik untuk sendi, tulang dan paru paru dan lain2 batu yang berbeza keistimewaannya.

Jadi berbalik kepada pertanyaan mamat tadi tu, Halimah yang dalam keadaan fening fening cuba nak memahami maksud kawan tu terjawablah juga soalan tadi. Ditanyanya semula dalam nada ingin tahu “ Eh! awak nak jadi apa?” Orang yang ditanya tadi terdiam, tak tahu la pulak pasal apa. Mungkin dia belum tergerak nak tanya soalan lain lagi atau dia tengah betul2 berfikir dia nak jadi apa sebenarnya. Wallahualam.

Tuesday, September 16, 2008

Batu Serai (1)



Batu Serai adalah satu nama yang selalu disebut orang ramai bagi satu jenis batu permata kaca hiasan yang jernih berwarna cantik, kadang2 putih, berpotongan penuh dengan segi seginya cukup indah untuk pantulkan cahayanya. Asal nama Batu Serai ni sempena nama pokok serai, samalah macam Negeri Melaka dapat nama dia sempena pokok melaka dan Bandaraya Ipoh dapat nama sempena pokok ipoh.




Cara nak dapat batu ni agak menarik sebab kena buat beberapa aktiviti dan amalan tertentu atau ‘ritual’ dulu dan akhir sekali ialah mencabut pokok serai sambil melurut akar pokok tu serta menggoncang2 pokok tadi untuk menjatuhkan batu2 jernih lagi cantik tu. Itu pun bukan semua pokok serai boleh dicabut untuk dapatkan batu ni, hanya pokok serai berbunga aje yang layak untuk mengeluarkan batu. Ketat jugak syarat dia ni, kalau senang rasa2 nya penanam serai dah lama tukar kerjaya jadi penjual batu pulak. Takpun, kalaulah senang sangat nak dapat batu ni dalam batang serai yang biasa, agaknya dah ramai orang yang tertelan batu masa makan tomyam.




Ikut kata orang2 yang pernah cabut batu serai ni, kalau nak rasa lebih sensasi lagi paling bagus tadah dulu batu2 yang nak jatuh tu dengan mangkuk ayan sebelum dia jatuh ke tanah …puuuih!.. dengar batu tu jatuh ..kelentung! kelentung! Kelentung! ….BEST.. dia orang kata. Kalau dah jatuh atas tanah jenuh pulak nak mencari sambil menyuluh dalam gelap sebab proses mencabut ni dibuat waktu malam. Ya! MALAM, sebab itu sebahagian dari syarat.



Saya sendiri sebenarnya belum pernah la pulak buat mahupun ikut orang cabut batu serai jadi tak tahu keadaan sebenarnya walaupun saya ada juga menjual batu serai dalam bentuk cincin dan batu loose sebiji sebiji. Batu serai saya dari jenis ‘Batu Serai Tunjuk’ sebab saya cuma perlu tunjuk ngan jari je kat orang jual batu tu dan pilih mana mana batu yang saya suka ikut saiz dan warna minat saya.. ha.. ha.. Orang yang ikut mencabut batu serai tak boleh pilih pilih, kena redha je dengan apa yang dia dapat dan kekadang tu tak dapat langsung.





Antara ‘ritual’ yang biasa di buat sebelum proses nak cabut batu ialah yang pertama kena buat malam2 biasanya dalam sekitar 12 tengah malam keatas. Bukan boleh saja saja cabut pokok serai yang dah berbunga tu tapi ada proses lain yang dibuat lebih awal iaitu kenalah lepas sembahyang Isyak dulu. Lepas tu buat sembahyang sunat, macam macam sembahyang sunat yang pernah diceritakan kepada saya sampai saya pun tak ingat, (nanti bila dapat maklumat baru saya catitkan semula) diiringi pulak dengan bacaan zikir zikir tertentu. Selalunya jugak, yang nak mencabut batu ni kenalah orang yang arif lagi ‘warak’ dan jarang lah saya dengar dibuat sendiri. Orang yang ‘warak’ ni pulak yang menjadi tukang cabut dan jugak yang mengajarkan proses2 serta amalan2 sebelum upacara mencabut dilakukan. Dan….kebanyakan masanya tukang cabut tadi dibayar upah untuk menjalankan upacara mencabut batu serai ni. Tak free pun walaupun pokok serai sendiri punya. Sebab itu jugak banyak upacara mencabut melibatkan beberapa orang supaya upah tadi dapat dikongsi bersama…kasi kurang kos haaa.

Akhir sekali batu2 yang diperolehi bolehlah dibahagi2 sesama peserta yang terlibat dan ikutlah nasib masing masing, kekadang tu selepas dibahagi2 pun boleh dapat berpuluh biji, kekadang tu dapat sebiji je,… jadilah, kalau takde nasib bayar upah saje saje la nampaknya. Itupun mengikut cerita orang yang pernah tak dapat batu walaupun dah laksanakan semua ‘ritual’, puncanya sebab langgar syarat terutamanya semasa memasang niat, ikut tafsiran tukang yang ‘warak’ tu lah.

Batu yang dah dapat ni pulak kena ikat atau set kepada barang perhiasan untuk dipakai samada cincin, loket atau gelang atau apa apa saja (tang ni saya suka sebab saya boleh terima tempahan) dan tak boleh disimpan kosong untuk satu tempoh lama. Kalau tak dimunafaatkan batu tu boleh hilang begitu saje. Itu pun kata tok ‘warak’ tadi sebab tak rasi.. apa boleh buat cabut lah lagi. Lain kali panggil semula ‘ahlul cabut’ bila pokok serai dah berbunga.

Saya yang tidak arif tentang ilmu cabut mencabut batu serai ini tidaklah layak untuk komen banyak namun nak ambil kesempatan mengajak kita berfikir ngapalah perlu dibuat segala macam amalan sunat untuk tujuan lain selain kerana Allah sebab amalan2 sunat yang dilakukan dan diajar oleh Rasulullah itu sebenarnya dah cukup kukuh berdiri sendiri sebagai ibadat dan bukan dengan tujuan tertentu sebagai satu upacara dan ‘ritual’.

Monday, September 15, 2008

Batu Madu

Batu Madu, kisahnya pernah saya ceritakan satu ketika dulu dalam tajuk 'Batu pun nak makan – lapar agaknya'. Batu Madu ni milik kawan saya bernama En.M, mengikut cerita tambahannya, batu ni asal usulnya didapati dalam madu lebah yang diambil melalui seseorang. Sebab dapatnya pun dari madu maka mula mula lagi dah diagak agak bahawa batu ni tentu manis dan En M pernah jilat batu ni untuk mengesahkannya dan ikut kata En M memang betul rasanya manis. Tapi tak beranilah pulak kawan saya ni nak jilat selalu selalu sebab dia takut batu tu mengecut macam gula gula pulak.

Saya selalu dengar cerita cerita menarik pasal batu batu ni dan cara mana benda ni diperolehi. Ada kalanya cara batu ni didapati agak pelik dan berbagai bagai, yang macam tak masuk akal pun ada. Tapi sebagai peminat batu saya akan terus mencungkil lagi kisah kisah menarik ni untuk rekod dan ilmu pengetahuan. Walau cara mana sekalipun batu batu ni orang dapat saya akan cuba mengenal pasti jenis batu batu tersebut dari sudut pengetahuan saya yang kebanyakannya saya pelajari secara berguru dan pembacaan.

Berbalik kepada En M ni semula, pada kali pertama dia datang berjumpa saya dulu, batu tu diikat dengan besi putih biasa, kemudian En M bertcadang untuk menukar rumah cincin Batu Madu tersebut kepada rumah cincin yang lebih baik lagi dari jenis perak (silver) pulak. Alhamdulillah, cincin baru tu dah pun siap dan dah pun dia ambil minggu lalu. Gambar cincin baru ni ada dibawah.



Thursday, September 11, 2008

Rehat panjang

Wah lama sungguh tak menulis. Sibuk lagi menyibuk dengan aktiviti training dan persediaan promosi raya. Training last sekali habis pada 30hb dan promosi raya mula 31hb pulak, memang tak sempat...ditambah dengan berebut rebut dengan anak anak, sapa dulu dapat capai komputer dan yang utama MALAS.Ini pun sambil sambil duduk tunggu pelanggan dapat jugak tulis sikit sikit.

Tahun ni agak slow sikit dari segi jualan berbanding dengan tahun2 yang lepas. Orang ramai terlalu berhati hati. Semua benda nak mintak murah, sampaikan barang yang harga singgit pun tawar bagai nak rak. Tak nak takpe tapi dia kata penjual pulak yang jahat sebab tak kasi turun barang yang harga singgit tadi...ceh! COBAAAAAAN.

Anyway sapa sapa yang rasa nak berkunjung ke gerai promosi saya di Kompleks PKNS, silalah. Gerai saya no. C39, menjual cincin dan batu2 permata, kain pua untuk hiasan dinding; meja, alas makan atau boleh jadi sejadah panjang untuk sembahyang jemaah ramai ramai.

Wednesday, July 30, 2008

Terjun ke Training

Baru baru ni saya berpeluang mengendalikan satu kursus 'Team Building' bersama dua orang rakan saya di Sg. Sembilang Jeram Selangor. Seronok dan Alhamdulillah berjaya bagi saya dan juga peserta. Sebenarnya mengendalikan kursus adalah sebahagian dari kerjaya saya yang baru nak mekar.

Bende ni rupanya macam hidden talent yang tersimpan dan terungkai hampir dua tahun yang lalu kerana dua orang iaitu seorang rakan lama sewaktu sekolah dahulu, En. Chong namanya, dan kedua tentunya special girlfriend yang juga isteri saya sendiri.

Antara aktiviti kami adalah ceramah, latihan menurun tali, qiam bermula jam 5 pagi, larian berhalangan dan peperangan paintball. Tak lama cuma satu setengah hari satu malam sahaja.



Ini sewaktu suaikenal dengan para peserta. Apa kebendenya yang saya buat lawak masa tu saya pun dah tak ingat tapi gelak beso la sekejap.




Sewaktu kelas sedang dijalankan




Ini gambar pelakon lagak ngeri sebelum nak turun tali. Saya minta nak turun kepala dulu macam komando tapi dia orang tak bagi, takut jadi biawak komodo katanya. Lama tak buat rasa gayat jugak. Sebenarnya risau sebab baru tiga hari pulih dari vertigo yang sampai muntah sebelum tu. Ini adalah satu gangguan dalam gegendang telinga yang buat kita rasa pening dan berpusing pusing dan tak seimbang. Macammana pun kena buat juga sebab peserta kami dah perli perli je. Ceh! malulah kalau tunjuk penakut...he he he.




Ini masa spiderman dah nak sampai bawah dah. Cuba bayangkan jaraknya dan sekiranya ada yang rasa gayat, takut gemuruh atau apa apa perasaan tu memang bagus sebenarnya. Itulah naluri namanya, kalau takde nanti ramai yang nak terjun bunuh diri pulak.




Tengah stanby untuk terjun jadi superman sekejap pada jarak ketinggian 30 - 40 kaki lebih kurang. Ini sebahagian dari latihan kepada peserta kami bagi membentuk keyakinan diri disamping keseronokan. Posing maut punya sebab saya cuma tergantung dengan tali aje yang kononnya boleh tahan berat sampai 2 tan. Tawakkal je ni sebab nak tingkatkan konfiden peserta kami. Saya adalah orang yang pertama untuk acara ni.



Ini sample aje camamna saya 'terjun dan terbang' macam superman. Gambar orang lain sebab kamera bawak sekali untuk shoot gambar peserta lain pulak. Masa ni kamera duk dalam kocek seluar, mujur tak jatuh dalam kolam ikan 30 kaki kat bawah nu.




Ada macam macam pesen terbang paserta ni, ada yang cantik macam cerita wayang cina masa pahlawan tengah terbang, ada yang tegak macam kayu je, ada terjun cara duduk dan yang special terbang sideway. Dari mula peserta ni terjun jadinya melintang je sampai la kesudah.

Lain kali saya crite pasal paintball pulak.

Thursday, July 24, 2008

Batu kelahiran 2 - (Birth Stone 2) Delima/Ruby


Batu Delima warnanya merah, batu kelahiran untuk orang berbintang Leo, Scorpio, Capricorn dan Aries. Kelebihan batu ni mengikut orang dulu dulu digunakan bagi mengubati penyakit Gout. Zaman sekarang orang guna untuk membantu kelancaran darah, baik untuk kekuatan jantung dan menguatkan kelenjar adrenal iaitu kelenjar yang mengeluarkan rembesan perasaan gementar,suspen yang kadang kadang kita panggil kecut-perut. Ada lagi nak tulis tapi lain kalilah.

Tuesday, July 22, 2008

Tanduk Kambing Gurun...kot boleh buat batu cincin

Seorang sahabat datang bertanya samada saya berminat dengan kepala kambing gurun. Katanya mengikut kata orang yang mahir dengan ilmu pengubatan melayu, kepala kambing ni banyak khasiatnya. Selain dari daging yang ada di bahagian kepala tu boleh dimakan, lidah kambing gurun ni berguna sebagai penawar racun. Saya cuma ternganga mendengar penerangan kawan ni tadi.

Dalam tidak kepastian, ikut kata member ni, kulit serta tulang kambing gurun boleh diproses dan boleh dijadikan minyak urut juga sebab pernah ada orang cerita yang kambing ni kalau dicedeakan atau patah patah dia boleh mengubat diri dia sendiri dengan cara menjilat bahagian yang sakit tu. Itu la pasalnya lidah kambing dengan organ yang lain tu tinggi khasiatnya. Ini mengingatkan saya pada cerita burung 'Butbut'(betul ke ejaan dia) pulak.

Walau macamanapun sahabat saya ni tadi agak sependapat dengan saya bahawa ada banyak bahagian yang perlu dikaji dengan lebih teliti mengenai pengunaan organ kambing gurun sebagai bahan pengubatan sebab apa yang kami dengar cuma dari mulut orang sedangkan kajian sebenar lom lagi dibuat atau kalau dah dibuat lom lagi jumpa. Bila dah jumpa baru boleh cerita banyak banyak.

Sahabat saya ni masih lagi simpan 2 kepala kambing gurun dalam peti aisnya. Saya pulak cuma minat kat tanduk kambing gurun..kot boleh dibuat batu cincin.

Tuesday, July 15, 2008

Batu Kelahiran 1 (Birth Stone)

Rammaaaai orang bertanya pasal batu/kristal yang sesuai mengikut tarikh lahir. Tak kurang juga yang rasa seolah olah kalau pakai batu yang tak ikut tarikh lahir sebagai menempah kesusahan, boleh ditimpa musibah dan penyakit...he he he..silap tu.

Orang zaman dulu dulu percaya kononnya batu batu ni berasal dari cakerawala dan ada kaitan dengan planet planet di sekelilingnya. Dengan sebab tu makanya batu batu ni ada kuasa tersendiri lagi magik. Kalau kita pakai batu yang tepat dengan zodiak kita barulah nasib kita boleh berubah menjadi lebih baik lagi.

Ha ha yang menariknya pendapat ni berubah ubah pulak ikut masa, budaya,pendapat tukang tukang kaji bintang dan jugak tuan tuan tukang tilik dan jugak berbeza ikut negara ahli ahli ramal masa dolu dolu tu. Last….. sekali, lama lama semua orang dah macam sama sama sepakat nak gunapakai formula macam kat bawah ni :

Zodiak Batu/Kristal
Aquarius (Jan 20 – Feb 18) Garnet
Pieces (Feb 19 – Mac 20) Amethyst/Kecubung
Aries (Mac 21 – April 19) Bloodstone
Taurus (April 20 – May 20) Sapphire/Nilam
Gemini (Mei 21 – Jun 21) Agate/Akek
Cancer (Jun 22 – Julai 22) Emerald/Zamrud
Leo (Julai 23 – Ogos 22) Onyx/Baiduri
Virgo (Ogos 23 – Sep 22) Carnelian/Akek Perang
Libra (Sep 23 – Okt 23) Chrysolite, Peridot
Scorpio (Okt 24 – Nov 21) Beryl
Sagittarius (Nov 22 – Dis 21) Topaz
Capricorn (Dis 22 – Jan 19) Ruby/Delima


Lepas tu muncul la kepercayaan baru bagi orang orang lama ni untuk kaitkan dengan bulan kelahiran pulak. Di bawah ni dicatitkan kepercayaan kesesuaian batu/kristal untuk zaman moden ni mengikut bulannya.

Bulan:Batu Zaman Moden
Januari: Garnet,Rose Quartz
Februari: Amethyst/kecubung,Onyx/Baiduri
Mac: Bloodstone,Aquamarine,Tourmaline
April: Diamond/Berlian,Rock Kristal, Sapphire/Nilam
Mei: Emerald/Zamrud,Chrysoprase
Jun: Pearl/Mutiara,Moonstone/Baiduri Bulan, Alexandrite
Julai: Ruby/Delima,Carnelian/Akek perang
Ogos: Sardonyx,Peridot, Onyx/Baiduri
September: Sapphire/Nilam
Oktober: Aquamarine,Opal,Tourmalin
November: Topaz,Tiger’s-eye
Disember: Lapis Lazuli,Zircon


Haa itu lah dia info awal pasal batu kelahiran ni, tapi jangan la pelik kalau ada orang bagi tau batu kelahiran yang lain dan tak sama langsung dengan ada kat atas. Bagi saya ini semua hanyalah gimik pemasaran tapi kita masih boleh guna untuk bantu orang yang tak ada idea langsung tentang batu apa yang sesuai dipakai.

Monday, July 14, 2008

Batu pun nak makan...lapar agaknya...




Kawan lama saya datang menziarah di gerai promosi saya semalam. En M nama dia, orangnya saya lihat makin bertambah hansome dan menurutnya dia memakai sejenis rantai batu buatan yang dipanggil fir. Kebelakangan ini terlalu banyak batu batu buatan keluaran baru yang didakwa mempunyai kesan positif pada kesihatan ada di pasaran sampai tak tau mana satu yang terbaik. Yang pastinya sipemakai akan mengatakan yang jenis lain tu kurang baik dari yang dia ada. Apapun saya mohon maaflah dulu sebab saya lebih ke arah batu yang asli yang saya tengok sebagai satu seni.

Menariknya, En M ada sebentuk cincin bermatakan batu yang agak unik sebab ada lubang ditengah tengahnya. Batu ni berwarna kuning keperang perangan yang kata En M batu tu diberi oleh seseorang dan diperolehi dari dalam madu lebah. Amacam?..tak caya. Banyak dah saya dengar; batu dari dalam buluh, dalam kelapa, dalam buah delima dan macam macam adaaa... Batu En M ni cantik kaler dia, nampak lembut dan kawan saya ni percaya yang batu tu bawak rezeki.

Bab batu bawak rezeki ni saya terpaksa tolaklah dan saya cakap terang terang kat dia bahawa batu tu saya tengok cantik saja dengan khasiat yang dia ada oleh sebab getaran, warna dan mineral..itu saja. Bab bab rezeki ni adalah ketentuan Allah, pun ada setengah ulama kata, makanan yang masuk perut aje yang rezeki yang lain idak jadi kena sedekah banyak banyak. Kekadang dah masuk mulut pun boleh lompat keluar....ha ha ha, mana rezekinya!

Ramai juga dikalangan orang melayu kita yang agak ekstrim sampai percaya yang batu boleh jadi pelindung dan pendinding sampai percaya yang batu jenis berlubang ni kena dibagi makan. Orang orang yang taksub ni, dimasukkan beras kat lubang tu sebab batu tu hidup katanya. Pelik.. tapi benar sampai saya tanya orang yang bagi tau saya pasal kepercayaan ni " batu pun nak makan, ya bang..lapar agaknya" Astghafirullah... Saya tak boleh nak komen banyak pasal saya bukan ahli dalam bidang cam ni tapi saya faham sungguh la yang akidah kena jaga betul betul.

Apa pun saya sudi mendengar sebab seronok memerhati dan belajar dari orang orang yang banyak pengalaman pasal benda benda mistik ni sekadar pengetahuan. Asalkan tak menyalahi sudah la..yang terlajak tu undurlah semula.

Sunday, July 13, 2008

Mandi Air Rendaman Kristal..



Alkisah maka datanglah dua orang anak muda pangkat adik adik yang saya panggil Malik dan seorang lagi Wan. Kedua dua ni adalah penuntut di MSU (nama lamanya KUTPM) dalam jurusan Perdagangan Antarabangsa.

Malik ni agak berpengetahuan sedikit pasal batu batu kristal, hasil dari tunjuk ajar salah seorang pakcik dia seorang pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pergubatan Akupuntur. Ikut cerita Malik lagi, pakcik dia ni seorang pengamal 'Feng Shui'. Hebat tak hebat pakcik Malik ni sebenarnya dia adalah seorang Jemaah Tabligh tetapi sedia menuntut serta mengkaji lagi tentang benda benda yang orang anggap menyalahi agama macam Feng Shui tadi tu lah.

Menurut pesanan pakciknya kata Malik lagi, batu kristal ni kalau direndam dalam air semalaman dan kemudian bawak mandi pagi esoknya... pergh!... sejuuuk dan nyaman sekali pak. Kata Malik lagi, boleh rasakan kesegarannya...waa cakap luuuu...kata dia. Saya lom cuba lagi la.

Malam tu saya bawak lah balik batu kristal terpilih sebab nak cuba bagai dikata. Garnet nama kristal tu dan warnanya merah hati, cantik lagi menawan. Menurut catitannya, batu ni bagus untuk orang lelaki..ehem. Saya tadah air satu besen penuh dan masukkan kristal Garnet tu dengan berhati hati...takut Aura dia hilang. Bila dah terendam kemas dalam air dan saya pun masuk tido. Malam tu hujan lebat pulak, wah! nyenyak betul dapat beradu. Esoknya bangkit pagi pagi terus nak cubalah mandi air rendaman kristal semalam. Cecah sikit air tu dulu dengan tangan..... argh... SEJOK GILER!.. Tang manalah pulak nyamannya air ni.... tak sempat saya nak rasa keseluruhan air sebesen tu, tangan saya dah pun bukak hot shower terlebih dahulu...he he.

Saturday, July 12, 2008

Gading Gajah dan Tanduk Kucing?......emm



Saya didatangi seorang gentleman berbadan sasa sewaktu di tapak promosi Kompleks PKNS Shah Alam baru sekejap ni. Biar saya namakan lelaki ni Bob lah. Biasa le..orang yang badan besar ni semua orang panggil bob, otomatik je. BOB singkatan kepada Badan Orang Besar kata Awie penyanyi kumpulan Wings dulu tu.

Anyway, specialnya Bob ni, dia ada dua barang unik iaitu rantai berbatu Akek yang diikat bersama dengan gading gajah berbentuk taring, kecik comel je. Satu lagi barang tu ialah tanduk kucing... TANDUK KUCING?. Ya, betul tanduk kucing, kucing hutan lagi. Sempat saya mintak kebenaran untuk ambil gambar, tu yang saya tunjukkan kat atas tu.

Hah..apa pulak keistimewaan benda ni. Ikut kata Bob gading gajah tu bagus untuk tingkatkan keberanian dan kekuatan dalaman. Dalam keadaan realiti memang dia dah jadi beranilah,.. dia kata. Dia suka berburu binatang jadi sure tak takut punya. Cuma...kalau kawasan tu ada gajah, gading tu tak boleh dibawak sama. Nanti teruk kawan yang bawak tu kena lanyak. Apa yang selalu Bob buat ialah dia tanam gading tu awal awal sebelum masuk ke hutan.

Kata Bob, gajah memang boleh hidu bau gading dari jauh. Pernah satu kejadian tu, dia gi memancing dan terlupa nak tanam gading tu dan apa yang jadi ialah dia diserang gajah. Mujur dia selamat tapi helmet yang dia pakai penyek kena pijak gajah sebab bau gading yang dia bawak dan bau badan dia ada kat topi tu. Tambah Bob lagi benda ni saintifik! kalau tak caya tengoklah Discovery atau Animal Planet pasal cerita gajah. Gajah akan ambik masa lama menghidu bau tulang tulang gajah yang dah mati kat tengah padang di Afrika tu. Macam logik jugak kan.

Tanduk kuching pulak untuk jadi kebal. Untuk barang yang sekecik tu pun katanya dah orang tawar nak beli, dan mintak Bob jual ngan harga RM8000 tapi Bob cuma katakan 'taknak'. Susah nak dapat pasal apa nak jual. Bob ni dah pernah tetak tangan dia dengan parang dan tak lut, katanya la. Saya tengok tangan yang ditakek tu tapi tak nampak apa apa bekas la pulak. Bila saya tanya siapa yang tetak, kata Bob dia tetak sendiri..... sindiri pikiaqlah. Kalau la saya diberikan tanduk kucing tu dan ditawarkan duit supaya cuba jadi stuntman untuk buktikan kekebalan saya.......SORI.

Friday, July 11, 2008

Orang Melayu vs Orang Melayu


Saya berpeluang menghadiri satu program dimana moderator menekankan banyak aspek penting dalam cubaan untuk mengenalpasti, merancang, mendidik, menjalankan aktiviti yang seterusnya diusahakan sehingga dapat mengubah orang melayu khasnya Islam ke arah yang lebih positif.

Yang membuatkan saya terharu ialah masih ada juga segolongan orang yang prihatin sehingga sanggup berkorban untuk memegang amanah Allah dan Rasul untuk memperkuatkan lagi keimanan orang melayu dan seterusnya membawa kepada kejayaan. Mereka ini berharap agar setiap yang hadir dapat bersama sama menjadi agen perubah kepada golongan golongan yang akan di kenal pasti itu nanti. Saya pulak dah perasan dan merasakan seolah olah saya antara yang terpilih atau the chosen one .

Anyway, yang ingin saya kongsikan bersama ialah apabila saya menerima satu email yang menceritakan tentang Hobi orang Melayu. Saya sertakan dibawah:

Subject: Apa Hobi Orang Melayu

Sajak Melayu : Malays Would Rather Have Pleasure Than Pressure

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan Sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu

RENUNG2 KAN & FIKIRLAH ,
di mana tahta org2 Melayu yg disanjung selama ini
atau Melayu akan terus meLAYU


Saya merasa sedikit geram apabila memikirkan kerana sedang golongan yang pertama berusaha untuk mencari jalan yang terbaik kebanyakan dari kita hanya mahu bersajak maka saya terjawablah begini :

Benarlah gitu gayanya orang melayu,
Melukut di tepi gantang mengharapkan sesuatu,
Tapi sedihnya lagi pilu,
Dikutuk dicemuh memang selalu,
Oleh sahabat saudara sekutu,
Tiada cadangan boleh disetuju,
Hanya kiasan story dan buku,
Sekadar renungan fikiran yang buntu,
Lagilah malang disebar melulu,
Seolah melayu sebegitu sedari dulu,
Oleh itu rakan rakan ku,
Carilah kaedah untuk di paku,
Disemat di hati jasad dan kalbu,
Bersama sama kita berbantu,
Supayu melayu menjadi maju,
Bersama juga kita menuju,
Kearah agama bangsa dan negara yang direstu.


yang suka Emas..
he.. he..

Big Picture?



Baru balik diskusi pasal nak buat training untuk para belia. Kami berenam semuanya, mewakili 3 syarikat berbeza. Seronok jugak dapat input baru dan kaedah mengendalikan peserta dengan cara yang berbeza.

Salah seorang rakan menyatakan yang ramai orang lom dapat Big Picture lagi jadi dia akan bagi tau apa dia benda tu nanti. Tambah beliau lagi, bila dah nampak gambaran ni barulah kita bersedia untuk jadi orang lain. Menarik tuh! tapi jangan sampai bertukar jantina sudah. Saya pun tertunggu tunggu dan nak dengar apa yang nak dicakapkan. Alahai.. rupanya nanti, satu hari nanti. Takpe lah nanti bila dah dapat saya akan kongsikan bersama. Yang pastinya benda ni berharga macam emas jugak.

Monday, July 7, 2008

Masa Itu Emas?



Kelmarin saya baru balik dari menghadiri satu kursus selama 3 hari 2 malam. Dah lama tak ikuti kursus, selalunya saya yang bawa ini kali ikut pulak. Seronok jugak dapat jumpa kenalan baru serta berkongsi benda baru.

Yang menarik sebagai catitan ialah apabila moderator meminta semua peserta menulis di atas kertas mengenai JTM masing masing. Apa bendanya tu? JTM tu maksudnya Jangka Tarikh Mati. Wah! complicated ni, mana ada orang yang tahu bila nak mati...mungkin ada la, macam orang yang kena hukuman gantung sampai mati ke, orang sakit yang doktor kata tinggal beberapa hari lagi ke. Itu pun tak tentu lagi sebab boleh jadi dapat pengampunan Agung dan yang sakit pun boleh sembuh, semuanya dengan izin Allah.

Anyway, dalam ramai ramai tu lebih kurang 80 peratus termasuklah yang nampak macam ustaz ustaz pun menulis tarikh JTM masing masing dengan tak confident nya. Mungkin akibat didesak sangat sangat oleh moderator manakala yang selebih tu tulis macam macam seperti; bila sampai ajal, tak tau, hanya Allah yang mengetahui..dan macam macam lah. Ana pun thulis juga la , bukan angka tapi perkataan yang hampir hampir sewaktu dengannya. Semuanya tadi dikumpul dan kemudian dibacakan satu persatu oleh moderator tadi.

Akhir sekali selepas habis semua dibacakan, moderator tadi pun mengulas...katanya, tujuan beliau menanyakan tarikh ni bukan sebab apa cuma untuk kita sedar bahawasanya tarikh sebenar JTM kita ialah DNM iaitu singkatan kepada Dah Nak Mati. Bila bila masa boleh mati. So...kalau macam tu tanyalah diri kita samada kita dah buat the best sebelum betul betul mati dan sebab itu bagi beliau lagi ungkapan 'masa itu emas' dah patut kena tukar kepada 'Masa itu nyawa'. Dah tak ada masa dah.....

Tuesday, July 1, 2008

Permata Kecubung (Amethyst)



Hari ni nak cerita sikit pasal permata atau batu Kecubung, nama omputih dia Amethyst. Batu ni warna dia ungu, kekadang pekat dan ada jugak yang agak cair. Kalau kita biasa gi kedai kistal kadang kadang kita boleh tengok ada sejenis batu yang bentuk dia macam gua dan berwarna ungu. Haa..itu lah dia kecubung. Ada kesan tu pada yang memakai atau paling tidak letak kat dalam rumah. Kadang tu ada jugak dalam bentuk pokok.

Permata kecubung atau amethyst berfungsi baik kalau ada pening pening, sakit kepala dan kalau ada migrain pun boleh jugak. Terapi warna batu permata kecubung ni, warna ungu lah, sesuai untuk bahagian kepala dan jugak saraf yang menghala ke otak. Ia bagus untuk kekuatan minda, tingkatkan daya ingatan dan jugak dapat redakan fikiran yang kerap aje celaru.

Permata amethyst ini dapat legakan tekanan darah dan yang ada tekanan darah rendah tu boleh la cuba. Jadi secara langsung dapat legakan stress dan ketegangan. Kalau ada rasa sengal sengal pada saraf tu pun baik jugak cuba. Permata amethyst jugak membantu menguatkan kelenjar, hormon dan mengalakkan proses metabolisma tubuh. Eh ada lagi,.. permata ini baik untuk pengidap sakit kencing manis jugak.

Kalau ikut pada yang lepas lepas, permata ini dapat jugak melegakan kepenatan . Selalunya penat penat ni bawak pada susah nak tidur atau kata omputih ’Insomnia’, pun boleh jugak. Permata ini jugak kita percaya dapat membantu beberapa penyakit yang ada kaitan dengan darah macam tekanan darah rendah dan anaemia.

Ada jugak penyakit lain yang boleh bertindak balas dengan baik ngan batu permata amethyst ni macam ketagihan; rokok ke, arak ke, radang kulit, ulcer, buta warna, eczema, dan halusinasi.

Ha..cam tu lah lebih kurang. kalau ada yang tau lebih lagi boleh tambah...

Monday, June 30, 2008

Ternak ikan keli

Em adalah singkatan bagi Effective Micro-organisme. Bahan ini adalah cecair yang mengandungi micro-organisma, bertindak sebagai penggalak pembiakan plankton, menambah kandungan oksigen dalam air serta mengurangkan bau kepada kolam ikan keli kita. Bagaimanapun cecair ini perlulah di campur dengan bahan lain terlebih dahulu supaya kadar keberkesanan EM tadi meningkat lagi. Apabila dah dicampur, EM tadi akan di peram selama seminggu supaya sebati dan mula dikenali sebagai EMAS pula. Haa... itulah bahasa bagi penternak ikan keli yang baru saya kenali semalam.

Semalam saya berkesempatan mengikuti satu kursus pendek sekerat hari sewaktu bercuti ala ala 'homestay' di Anak Kurau, Batu Kurau, Perak. Seronok dan puas sekali sebab dapat bercuti cara ringkas yang tak perlu hotel hotel, shopping shopping.. cuma lepak je. Ada la jugak beli beli, itu pun masa nak balik. Anak anak cukup seronok sebab sambil berehat dapat mandi sungai, main main ngan monyet; burung merak, anak lembu, ikan keli dan dapat pergi Zoo Taiping. Insyaallah kami akan berkunjung lagi pada masa musim buah pulak sebab seronok dengan sekitaran dan layanan di situ. Cuba lah.

Pasal ikan keli ni tadi, sebenarnya memang seronok bila dengar macam mana potensi dia di pasaran. Lagi seronok bila dengar cabaran membela ikan keli ni. Cerita membela ikan ni pun sebutannya ribu ribu ekor aje. Maklumlah masih diperingkat anak ikan lagi yang panjang cuma 1 setengah inci, timbang berat 700 gram aje dah dapat 1000 ekor kalau sekilo atau 2 kilo?. Puih!.. banyak tuh. Waktu kritikal sebenarnya sekejap aje, lebih kurang 2 minggu pertama, selepas tu insyaallah dah senang dah, buat 2 kali pengkelasan dalam dalam tempoh selang 2 minggu, bagi makan yang teratur, jaga air, tangkap dan jual.. dah setel. (ye ke?) Teori la. ha ha ha. Kalau ada rezeki kita tengok lah nanti.

Friday, June 27, 2008

Satu permulaan yang baik

Satu permulaan hari yang baik buat saya kerana dikunjungi oleh YB Ir. Khalid Samad. Berbaju ala punjabi warna hijau datang ke Kompleks PKNS untuk mencari ketayap.. hari ini kan hari Jumaat. Segak YB ni, tinggi dan tegap orangnya. Saya yang berdiri disebelah YB tu nampak kecik aje.

Sebelum pulang sempat YB singgah di tempat saya untuk membelek cincin gurka berbatu hijau. Beliau membelek, mengacu, menawar dan terus bayar. "Eh, eh... senangnya orang ni", kata saya dalam hati, tak padan dengan kedudukan. Selalunya saya terpaksa berdepan dengan karenah panjang kalau jumpa orang orang yang setaraf dan sewaktu dengannya. Seronok rasanya. Kami sempat bersembang sikit pasal keadaan di Parlimen sebelum YB beredar meninggalkan tempat saya. Terima kasih YB, didoakan semoga sokongan dan perjuangan YB kepada rakyat dapat dilaksana dengan jayanya.

Wednesday, June 25, 2008

Emas

Hari pertama di alam maya. Testing...