Showing posts with label Kecubung. Show all posts
Showing posts with label Kecubung. Show all posts

Thursday, April 27, 2017

Selamat Berpuasa 2017




tapai manis buat berbuka dengan batu akek
Bulan Ramadhan datang lagi.

Sebagaimana biasa pada setiap kali datang bulan puasa perasaan untuk menyambut hari raya yang sering mendahului perasaan untuk berpuasa itu sendiri. Mungkin itulah yang saya rasa dan saya pasti ramai juga yang berperasaan sebegini.

Seringkali kita akan membayangkan pakaian fesyen terbaru yang mahu dipakai bagi orang perempuan manakala Sang lelaki pula sudah membayangkan warna Baju Melayu yang sedondon dengan pasangan masing masing. Paling tidak pun sudah membayangkan pakaian awek yang menjadi pujaan secara diam.

Berpakaian serba baru boleh diserikan lagi dengan gelang batu asli yang boleh didapati di kedai Krafdunia. kedai kami terletak di tingkat 1, Kompleks PKNS Shah Alam. untuk ke kedai kami, Tuan Puan hanya perlu mencari Restoran KFC yang berada di sebelah hujung bangunan terlebih dahulu. kedudukan kedai Krafdunia adalah disebelah atas KFC. Naik lif lebih memudahkan dan hanya perlu pusing kebahagian belakang sedikit.

Krafdunia menyediakan pelbagai bentuk batu kristal untuk kegunaan hiasan dan juga kesihatan. sila bertanya dengan petugas dikedai, tuan puan akan dibantu untuk kenali batu permata dan kristal yang sesuai untuk kegunaan sendiri.

batu kecubung atau amethyst untuk migrain

hubungi kami, ada banyak info yang mahu dikongsi mengenai batu batu kristal yang cantik ini. khasiat serta manfaatnya akan kami terangkan satu persatu;

013 274 8495,
017 320 9050,
019 389 8736,
013 321 8414,
013 572 3699



Friday, June 10, 2011

Batu kristal ciptaan Allah


Kristal yang dijumpai di Kristal Cave Mexico








kristal Batu Kecubung (Amethyst)


Tuesday, July 1, 2008

Permata Kecubung (Amethyst)



Hari ni nak cerita sikit pasal permata atau batu Kecubung, nama omputih dia Amethyst. Batu ni warna dia ungu, kekadang pekat dan ada jugak yang agak cair. Kalau kita biasa gi kedai kistal kadang kadang kita boleh tengok ada sejenis batu yang bentuk dia macam gua dan berwarna ungu. Haa..itu lah dia kecubung. Ada kesan tu pada yang memakai atau paling tidak letak kat dalam rumah. Kadang tu ada jugak dalam bentuk pokok.

Permata kecubung atau amethyst berfungsi baik kalau ada pening pening, sakit kepala dan kalau ada migrain pun boleh jugak. Terapi warna batu permata kecubung ni, warna ungu lah, sesuai untuk bahagian kepala dan jugak saraf yang menghala ke otak. Ia bagus untuk kekuatan minda, tingkatkan daya ingatan dan jugak dapat redakan fikiran yang kerap aje celaru.

Permata amethyst ini dapat legakan tekanan darah dan yang ada tekanan darah rendah tu boleh la cuba. Jadi secara langsung dapat legakan stress dan ketegangan. Kalau ada rasa sengal sengal pada saraf tu pun baik jugak cuba. Permata amethyst jugak membantu menguatkan kelenjar, hormon dan mengalakkan proses metabolisma tubuh. Eh ada lagi,.. permata ini baik untuk pengidap sakit kencing manis jugak.

Kalau ikut pada yang lepas lepas, permata ini dapat jugak melegakan kepenatan . Selalunya penat penat ni bawak pada susah nak tidur atau kata omputih ’Insomnia’, pun boleh jugak. Permata ini jugak kita percaya dapat membantu beberapa penyakit yang ada kaitan dengan darah macam tekanan darah rendah dan anaemia.

Ada jugak penyakit lain yang boleh bertindak balas dengan baik ngan batu permata amethyst ni macam ketagihan; rokok ke, arak ke, radang kulit, ulcer, buta warna, eczema, dan halusinasi.

Ha..cam tu lah lebih kurang. kalau ada yang tau lebih lagi boleh tambah...