Showing posts with label rawatan. Show all posts
Showing posts with label rawatan. Show all posts

Tuesday, May 12, 2009

Batu Hijau



Zamrud. Petikan dari buku. Cantik warna batu ni.


Ada banyak batu dalam dunia ni yg kaler dia hijau. Ada tu memang dia sentiasa hijau sebab warna asas dia hijau. Ada jenis batu yg biasanya hijau dan ada jugak kaler2 lain selain hijau dan ada batu yg dari kaler lain cuma kadang2 je hijau.

Antara batu yg kaler dia mesti hijau, samada warna tu terang ke, gelap ke, tua atau muda cair ialah batu Zamrud, Peridot, Malachite atau Batu Pandan, Bloodstone, Moldavite atau batu meteor, Chrysocolla, Hiddenite, Dioptase, Uvarovite, Phrase, Alexandrite, Andalusite.

Gambar beberapa bentuk batu ni macam kat bwh ni. Ada yg saya punya sendiri dan yg tak berapa jelas tu saya petik dari buku Gemstones.

Andalusite. petikan dari buku.

Alexandrite. Juga petikan dari buku.

Batu Pandan. Ini saya punya, perhatikan ada bentuk LOVE kat tengah2 tu... original maa.

Zamrud juga yg ada dalam simpanan saya berasal dari Columbia.

Batu2 yang bisanya warna hijau tapi kadang2 terdapat jugak kaler lain ialah Batu Jade, Diopside, Aventurin, Nephrite, Prehnite, Serpentine dan Demantoid. Kalau ada org tunjuk kat kita batu yang kaler selain dari hijau dan dia sebut nama batu macam yg tersenarai ni, Insyaallah mungkin betul tu sebagai contoh.. Batu jade, ada jugak yg kaler putih, kuning, coklat. Jangan pulak cepat je kita kata dia bohong. Tapi kalau ada orang bawak batu merah dan dia kata Zamrud... haha, yg tu sah sah tak tepat. Itu secara ilmiah la kan, kalau dia nak kata makan tu minum atau minum tu makan pun sapa la kisah sangat janji masuk ke mulut... Cuma biarlah bertepatan dengan keadaan setempat.


Batu Akek. perhatikan pelbagai warna batu ni.


Jade Myanmmar. Yang ni hijau dia cukup cantik dan kalau tengok dengan mata sendiri... Perggh! orang Utara kata "Ayaq Mata"

Batu2 yang kadang2 hijau sebab batu jenis ni banyak terdapat dalam warna lain ialah, Akek, Watermelon Tourmalin atau Turmalin Tembikai, Berlian (ini memang sgt istimewa), Sapphire atau Nilam dan dikenali juga dengan nama Safir (pun special), Apatite, Zircon, Grossular, Garnet, Enstatite, Kornerupine, Sphalerite, Fliurite, Kyanite, Euclase dan Smithsonite.


Batu Peridot. Cantik dan jernih


Nampaknya ada banyak lagi nama2 batu lain yg tergeliat lidah jugak nak menyebut. Petikan nama ni saya ambil dari beberapa buku rujukan. banyak yg dalam nama orang putih. Saya masih sedang usahakan untuk terjemahkan nama2 ni dan masih tak siap2 la pulak, hehehe. Itula serba sedikit pasal batu hijau, bila ada lagi nanti sy update.


Moldavite, batu ni kejadian dia akibat dari ledakan meteor ke muka bumi. Haba dari proses jatuhnya tahi bintang tu nyebabkan galian2 sekelilingnya cair dan kemudian membeku semula.... jadila batu.


Bloodstone, batu ni warna asas dia ialah hijau dan yang dinamakan Blood atau darah sebab kadang2 terdapat bintik2 merah seakan2 darah melekat kat batu ni. Khasiat dia baik untuk darah juga.

Tuesday, March 31, 2009

Geliga Ular - cerita tambahan

Seorang pelanggan datang ke gerai saya bercerita pasal geliga ular yang berada di dlm simpanannya. Kwn ni bercadang nak ikat batu tu untuk dijadikan cincin. Jadi saya kena tunggulah untuk lihat batu yang dikatakan ori jugak ni.

Menurut ceritanya, batu ni abah dia yang punya dan diturunkan kepada dia. Cara mana pulak dia dapat batu ni? hah! lagi special, betul betul dari ular dan dapatnya pun secara kebetulan je takde mimpi2, guna jampi2 atau mentera dan sebagainya.

Abah mamat ni dapat geliga ular ni bila secara kebetulan dia nampak dua ekor ular tengah berlaga/berlawan. Masa tu apalagi cepat2 dia hamparkan kain untuk tutup dua2 ekor ular tu. Apa jadi?, sebab dek terperanjat dua2 ekor ular tu terus je berpecah tak jadi gaduh lagi. So masa ni lah yang istimewanya, abah kwn saya ni pun bukalah hamparan tadi tu dan VOILA! dapat lah dia batu geliga berwarna putih.

Saya tanyakan lah samada batu ni bercahaya dalam gelap. kwn saya ni kata tidaklah pulak. Ni mana satu batu geliga yang betul ori ni, yang bercahaya ke yang tak... entahla.

Khasiatnya pulak, kata kwn saya ni, batu ni berupaya untuk menyerap bisa patukan ular atau pun bisa sengatan serangga atau binatang. Caranya ialah dengan menekap batu geliga ni pada bekas sengatan tadi dan batu tu akan melekap dengan sendirinya lalu terus menyerap bisa2 hingga habis. bila dah habis batu geliga ni akan jatuh sendiri. Gitulah katanya. Wallahualam

Wednesday, February 18, 2009

Batu Jarum Mas

Kelmarin saya berpeluang berkenalan dengan kawan2 'maya' gilfren saya. Seperti biasa saya bermula sebagai peneman untuk menghadiri majlis ringkas makan tengahari bersama Pak Payne, Pak Zabs dan Raden Galoh. Semua mereka ni semuanya blogger termasuk la gilfren saya tadi.

Sepanjang masa lunch tu kami puas (tak puas sebenarnya) bersembang, tapi kesian pada Pak Payne yang keletihan sebab panjang perjalanan dari Dubai ke KL. Banyak topik yang disembangkan dari politik hingga ke batu (hehe topik saya), best. Sambil2 sembang tu jugak la mata saya suka tengok kat batu2 yang member2 ni pakai. Salah satu batu yang saya nak cerita sikit kali ni ialah pasal batu jarum mas sbb Sis Raden Galoh pakai batu ni.



Batu jarum mas atau nama omputih dia ialah Rutilated Quartz atau pendek lagi Rutile. Ada orang panggil batu jejarum atau jarum je sbb nampak jarum yang lain2 warnanya. Jarum mas sbb kaler jarum tu emas, ada jarum tembaga, jarum perak, jarum hijau dan warna lain lagi. Orang Cina panggil batu ni sebagai batu rambut sbb selalunya jarum2 tu nampak lebat cam rambut. tengok gambar kat bawah ni.



Jarum yang kita nampak tu pun berbagai bentuk dia, ada yang berselirat, ada yang selari (ini cantik), ada yang lintang pukang tapi kebanyakan jarumnya bersifat lurus dan yang agak bengkuk atau melentur kureng sikit. kalau ada selalunya itulah yang cantik rupanya. Saya sendiri pernah dapat sebiji batu jarum mas ni yang saiznya sesuai untuk dibuat loket dengan rupa jarumnya sebelah seakan2 lalang tegak je manakala sebelah lagi melentur seakan2 padi yang berisi dan condong kebawah. itulah sekali tak sempat ambil gambar... dah jual.



Dari sudut khasiat pulak, kajian secara tidak formal sejak dari dulu lagi mendapati batu ni agak bagus untuk mempercepatkan pembentukan serta penyusunan sel. Bagi sel2 yang telah rosak, batu jarum mas bertindak sebagai pemangkin kepada pemulihan sel. Selain dari tu, batu ni sesuai untuk paru2, tekak serta sistem pernafasan. Kalau sapa2 yang ada batuk2 serta asthma (lelah) boleh la cuba guna batu ni. Untuk Sis Raden Galoh, memang sesuai sangat la batu ni, insyaallah. Sebagai makluman, batu bertindak sebagai satu kaedah terapi hasil dari tenaga, galian serta warna yang terkandung dalamnya dan bukan sebagai ubat. kita hanya boleh berikhtiar sahaja.

Bagi orang2 Cina, batu ni dipercayai boleh membawa kepada kekayaan sbb jarum2 dalam batu boleh membiak sama seperti kekayaan yang merimpah ruah.. ehem. Tak kaya2 la pulak saya yang dah lama simpan batu ni malah tak bertambah pun jarumnya walaupun saya pernah tengok batu yang dibeli dari saya dah lebat jarumnya. Pernah satu hari tu orang melayu yang terikut2 dengan kepercayaan ni, nak kaya sangat atau pun dah susah sangat, datang bertanya pasal batu yang bawak rezeki.. ceh! Saya kata kat dia "belilah batu saya ni lepas jual balik dengan harga tinggi sikit tentu dapat rezeki" hahaha. Mana ada macam tu. Rezeki tu ketentuan Allah dengan usaha.

Bagi sesiapa yang nak guna batu ni, ianya sesuai untuk dipakai dalam semua bentuk perhiasan seperti cincin, gelang, loket atau subang. kalau dapat dalam bentuk hiasan seperti pokok atau kristal asli pun ok jugak. Bagi lelaki pulak yang sesuai cuma cincin saja kalau nak pakai loket atau subang memang tak boleh, manakala gelang pulak, fatwa kata kalau untuk khasiat, boleh tapi sbb tak nampak macho kerana warnanya yang cerah, jadi tak boleh jugak la gamaknya. Dan mengikut panduan bagi orang2 yang tak pasti batu apa nak guna, batu jarum mas sesuai untuk orang yang berbintang atau zodiak Gemini dan Leo. Ini pun sebenarnya gimik pemasaran je.. jgn taksub.

Oh ya sebagai ingatan bagi sapa2 yang minat batu ni, hati2 sebab saya dah tengok yang palsu. Dibuat dari acrylic iaitu bahan yang diguna untuk buat keychain yang biasa kita tengok ada rama2, ketam dan macam2 lagi lah. Untuk jarumnya diaorang guna dawai yang ada dalam wayar letrik tu.. hah! memang sebiji nampak macam batu jarum cuma cara nak kenal, rasanya macam plastik. chao.

Tuesday, February 3, 2009

Kayu Ghaharu

Semalam datang seorang pelanggan lama ke kedai saya di Kompleks PKNS untuk melihat2 batu. Setelah puas meninjau2 beliau tertarik dengan seutas tasbih yang tergantung di dinding kedai yang dibuat dari kayu ghaharu. Kayu ini adalah dari jenis yang berbau, wangi baunya. menurut kata orang yang menjual kepada saya dulu kayu ni kalau dijemur akan naik minyaknya. Maksudnya keluar minyak dipermukaan kayu tu. Ini akan menambahkan lagi bau harum kayu tu. Kalu di tempat sejuk pula, kayu ni akan menjadi kering namun bau tetap ada.

Tiba giliran pelanggan saya ni pula bercerita, katanya dia berasal dari Indonesia. Di sana kayu ghaharu ni agak banyak terdapatnya tetapi harganya mahal. Bau dari kayu ni memang asli malah di Indonesia ada dua jenis kayu ghaharu, satu yang wangi dan satu lagi yang berlawanan,... bau najis. Kalau dapat sebutir yang sebesar biji tasbih sahaja pun dah cukup untuk "menwangikan" satu rumah.

Menurut kata kawan ni lagi, kayu ni amat bagus disimpan. Baik untuk tujuan menghalau gangguan syaitan. Kalau ada yang kerasukan bawa saja sebutir kayu ghaharu ni memang cukup berkesan. Sebab itulah harganya menjadi bertambah mahal sebab boleh digunakan untuk merawat gangguan2 seperti tadi. Kalau nak lebih hebat lagi, gunakan kayu gharu yang bau najis, lagi cepat sembuh. Katanya lagi, sebab tu jangan pelik kalau tengok kanak2 kecil memakai kalung tali yang berikat dengan sebutir kayu ghaharu dileher untuk halau gangguan.... puh!

Saya hanya boleh terlopong saja sebab rupanya ada lagi kayu yang boleh menghalau gangguan2 mistik ni, selain dari kayu kokka. Terlalu mudah untuk orang percaya kepada benda2 untuk menjadi pendinding kepada gangguan syaitan dan jin sedangkan dalam masa yang sama bercakap tentang Kekuasaan Allah. Elakkan lah dari buat benda2 bercanggah ni sebab dikhuatiri aqidah kita akan tergelincir tanpa kita sedari. Tidak ada sebarang bentuk penangkal yang boleh melindungi kita dari iblis, syaitan dan jin
melainkan Allah semata2.

Sunday, July 13, 2008

Mandi Air Rendaman Kristal..



Alkisah maka datanglah dua orang anak muda pangkat adik adik yang saya panggil Malik dan seorang lagi Wan. Kedua dua ni adalah penuntut di MSU (nama lamanya KUTPM) dalam jurusan Perdagangan Antarabangsa.

Malik ni agak berpengetahuan sedikit pasal batu batu kristal, hasil dari tunjuk ajar salah seorang pakcik dia seorang pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pergubatan Akupuntur. Ikut cerita Malik lagi, pakcik dia ni seorang pengamal 'Feng Shui'. Hebat tak hebat pakcik Malik ni sebenarnya dia adalah seorang Jemaah Tabligh tetapi sedia menuntut serta mengkaji lagi tentang benda benda yang orang anggap menyalahi agama macam Feng Shui tadi tu lah.

Menurut pesanan pakciknya kata Malik lagi, batu kristal ni kalau direndam dalam air semalaman dan kemudian bawak mandi pagi esoknya... pergh!... sejuuuk dan nyaman sekali pak. Kata Malik lagi, boleh rasakan kesegarannya...waa cakap luuuu...kata dia. Saya lom cuba lagi la.

Malam tu saya bawak lah balik batu kristal terpilih sebab nak cuba bagai dikata. Garnet nama kristal tu dan warnanya merah hati, cantik lagi menawan. Menurut catitannya, batu ni bagus untuk orang lelaki..ehem. Saya tadah air satu besen penuh dan masukkan kristal Garnet tu dengan berhati hati...takut Aura dia hilang. Bila dah terendam kemas dalam air dan saya pun masuk tido. Malam tu hujan lebat pulak, wah! nyenyak betul dapat beradu. Esoknya bangkit pagi pagi terus nak cubalah mandi air rendaman kristal semalam. Cecah sikit air tu dulu dengan tangan..... argh... SEJOK GILER!.. Tang manalah pulak nyamannya air ni.... tak sempat saya nak rasa keseluruhan air sebesen tu, tangan saya dah pun bukak hot shower terlebih dahulu...he he.

Tuesday, July 1, 2008

Permata Kecubung (Amethyst)



Hari ni nak cerita sikit pasal permata atau batu Kecubung, nama omputih dia Amethyst. Batu ni warna dia ungu, kekadang pekat dan ada jugak yang agak cair. Kalau kita biasa gi kedai kistal kadang kadang kita boleh tengok ada sejenis batu yang bentuk dia macam gua dan berwarna ungu. Haa..itu lah dia kecubung. Ada kesan tu pada yang memakai atau paling tidak letak kat dalam rumah. Kadang tu ada jugak dalam bentuk pokok.

Permata kecubung atau amethyst berfungsi baik kalau ada pening pening, sakit kepala dan kalau ada migrain pun boleh jugak. Terapi warna batu permata kecubung ni, warna ungu lah, sesuai untuk bahagian kepala dan jugak saraf yang menghala ke otak. Ia bagus untuk kekuatan minda, tingkatkan daya ingatan dan jugak dapat redakan fikiran yang kerap aje celaru.

Permata amethyst ini dapat legakan tekanan darah dan yang ada tekanan darah rendah tu boleh la cuba. Jadi secara langsung dapat legakan stress dan ketegangan. Kalau ada rasa sengal sengal pada saraf tu pun baik jugak cuba. Permata amethyst jugak membantu menguatkan kelenjar, hormon dan mengalakkan proses metabolisma tubuh. Eh ada lagi,.. permata ini baik untuk pengidap sakit kencing manis jugak.

Kalau ikut pada yang lepas lepas, permata ini dapat jugak melegakan kepenatan . Selalunya penat penat ni bawak pada susah nak tidur atau kata omputih ’Insomnia’, pun boleh jugak. Permata ini jugak kita percaya dapat membantu beberapa penyakit yang ada kaitan dengan darah macam tekanan darah rendah dan anaemia.

Ada jugak penyakit lain yang boleh bertindak balas dengan baik ngan batu permata amethyst ni macam ketagihan; rokok ke, arak ke, radang kulit, ulcer, buta warna, eczema, dan halusinasi.

Ha..cam tu lah lebih kurang. kalau ada yang tau lebih lagi boleh tambah...