Wednesday, February 18, 2009

Batu Jarum Mas

Kelmarin saya berpeluang berkenalan dengan kawan2 'maya' gilfren saya. Seperti biasa saya bermula sebagai peneman untuk menghadiri majlis ringkas makan tengahari bersama Pak Payne, Pak Zabs dan Raden Galoh. Semua mereka ni semuanya blogger termasuk la gilfren saya tadi.

Sepanjang masa lunch tu kami puas (tak puas sebenarnya) bersembang, tapi kesian pada Pak Payne yang keletihan sebab panjang perjalanan dari Dubai ke KL. Banyak topik yang disembangkan dari politik hingga ke batu (hehe topik saya), best. Sambil2 sembang tu jugak la mata saya suka tengok kat batu2 yang member2 ni pakai. Salah satu batu yang saya nak cerita sikit kali ni ialah pasal batu jarum mas sbb Sis Raden Galoh pakai batu ni.



Batu jarum mas atau nama omputih dia ialah Rutilated Quartz atau pendek lagi Rutile. Ada orang panggil batu jejarum atau jarum je sbb nampak jarum yang lain2 warnanya. Jarum mas sbb kaler jarum tu emas, ada jarum tembaga, jarum perak, jarum hijau dan warna lain lagi. Orang Cina panggil batu ni sebagai batu rambut sbb selalunya jarum2 tu nampak lebat cam rambut. tengok gambar kat bawah ni.



Jarum yang kita nampak tu pun berbagai bentuk dia, ada yang berselirat, ada yang selari (ini cantik), ada yang lintang pukang tapi kebanyakan jarumnya bersifat lurus dan yang agak bengkuk atau melentur kureng sikit. kalau ada selalunya itulah yang cantik rupanya. Saya sendiri pernah dapat sebiji batu jarum mas ni yang saiznya sesuai untuk dibuat loket dengan rupa jarumnya sebelah seakan2 lalang tegak je manakala sebelah lagi melentur seakan2 padi yang berisi dan condong kebawah. itulah sekali tak sempat ambil gambar... dah jual.



Dari sudut khasiat pulak, kajian secara tidak formal sejak dari dulu lagi mendapati batu ni agak bagus untuk mempercepatkan pembentukan serta penyusunan sel. Bagi sel2 yang telah rosak, batu jarum mas bertindak sebagai pemangkin kepada pemulihan sel. Selain dari tu, batu ni sesuai untuk paru2, tekak serta sistem pernafasan. Kalau sapa2 yang ada batuk2 serta asthma (lelah) boleh la cuba guna batu ni. Untuk Sis Raden Galoh, memang sesuai sangat la batu ni, insyaallah. Sebagai makluman, batu bertindak sebagai satu kaedah terapi hasil dari tenaga, galian serta warna yang terkandung dalamnya dan bukan sebagai ubat. kita hanya boleh berikhtiar sahaja.

Bagi orang2 Cina, batu ni dipercayai boleh membawa kepada kekayaan sbb jarum2 dalam batu boleh membiak sama seperti kekayaan yang merimpah ruah.. ehem. Tak kaya2 la pulak saya yang dah lama simpan batu ni malah tak bertambah pun jarumnya walaupun saya pernah tengok batu yang dibeli dari saya dah lebat jarumnya. Pernah satu hari tu orang melayu yang terikut2 dengan kepercayaan ni, nak kaya sangat atau pun dah susah sangat, datang bertanya pasal batu yang bawak rezeki.. ceh! Saya kata kat dia "belilah batu saya ni lepas jual balik dengan harga tinggi sikit tentu dapat rezeki" hahaha. Mana ada macam tu. Rezeki tu ketentuan Allah dengan usaha.

Bagi sesiapa yang nak guna batu ni, ianya sesuai untuk dipakai dalam semua bentuk perhiasan seperti cincin, gelang, loket atau subang. kalau dapat dalam bentuk hiasan seperti pokok atau kristal asli pun ok jugak. Bagi lelaki pulak yang sesuai cuma cincin saja kalau nak pakai loket atau subang memang tak boleh, manakala gelang pulak, fatwa kata kalau untuk khasiat, boleh tapi sbb tak nampak macho kerana warnanya yang cerah, jadi tak boleh jugak la gamaknya. Dan mengikut panduan bagi orang2 yang tak pasti batu apa nak guna, batu jarum mas sesuai untuk orang yang berbintang atau zodiak Gemini dan Leo. Ini pun sebenarnya gimik pemasaran je.. jgn taksub.

Oh ya sebagai ingatan bagi sapa2 yang minat batu ni, hati2 sebab saya dah tengok yang palsu. Dibuat dari acrylic iaitu bahan yang diguna untuk buat keychain yang biasa kita tengok ada rama2, ketam dan macam2 lagi lah. Untuk jarumnya diaorang guna dawai yang ada dalam wayar letrik tu.. hah! memang sebiji nampak macam batu jarum cuma cara nak kenal, rasanya macam plastik. chao.

Sunday, February 8, 2009

Batu Serai (2)



Sambung lagi sikit pasal batu serai. Cantiknya batu serai ni sebab dia nampak berkilau2 bila kena cahaya samada lampu atau matahari. Segi2 batu tu buatkan pantulan cahaya memancar2.

Ada orang bertanya macam mana nak tau batu serai ni ori ke tidak. Entah la.. setakat yang saya tahu la batu serai ni dari jenis kaca, jernih dan bersih. Kalau kita guna teropong macam kat kedai emas pun, kita tak nampak kesan galian atau struktur pembentukan kristal dengan jelas. Bersih je batu ni.

Satu lagi kekerasan batu jenis kaca agak rendah, jadi kita boleh nampak kesan potongan pada segi2 batu ni yang agak tak tajam atau kemas, sebab kekerasan batu ni tak tinggi pada sekitar 3 ke 4 je, kalau ikut ukuran kekerasan batu kita boleh calarkan batu ni guna duit syilling. Kalau batu ni terjatuh atas lantai pun memang boleh pecah atau sempek sikit. Tapi takkan kita nak test batu ni dengan cara kikis pulak tentulah jadi tak cantik. Itu semua cara sains la. kalau nak canggih lagi kena la bawak ke Makmal batu baru la sah2 boleh tentukan batu serai dari jenis apa pula. Cumanya agak tak berbalui sebab batu serai tak ditawarkan harga yang tinggi.

Sesetengah orang kata untuk uji batu ni, kita boleh gesekkan permukaan dua butir batu serai bersama2. Bersihkan mula2 sekali pada muka atas batu serai tu pada bahagian muka yang paling luas. Lepas tu lekapkan dua permukaan batu tadi dan gesek perlahan2. Apa yang kita akan rasa ialah batu tadi seolah2 menarik antara satu sama lain dan kemudian melekat. Kita boleh jugak gesekkan permukaan batu serai tadi pada cermin yang rata, tapi jangan lupa untuk bersihkan dulu kedua2 permukaan. Batu serai ori tadi boleh lekat juga dan kalu batu tu masih belum diikat jadi cincin kita boleh tengok dia lekat kat cermin tu tanpa perlu dipegang.

Saya pernah lihat orang buat cara malah saya sendiri pernah cuba dan memang batu tadi melekat. Apa yang menariknya saya bukan saja buat pada batu serai yang "ori" iaitu saya pinjam kawan saya punya, tapi saya juga telah gunakan batu serai yang tak ori daaaaaan... lekat jugak. Saya gunakan batu lain yang agak rata jugak muka batu tu dan... lekat juge. he he he. Itu sains jugak la.. bila kita gosok permukaan dua batu perlahan2, dua permukaan tu jadi kosong atau hampagas jadi lekatkan kedua2 batu tu. saya tak pasti pulak tentang elektrik statik, mungkin ada sama untuk tambah kekuatan lekat tadi. Jadi kesimpulannya takde yang pelik. tengok batu tu cantik cukuplah.. nanti sambung lagi

Tuesday, February 3, 2009

Kayu Ghaharu

Semalam datang seorang pelanggan lama ke kedai saya di Kompleks PKNS untuk melihat2 batu. Setelah puas meninjau2 beliau tertarik dengan seutas tasbih yang tergantung di dinding kedai yang dibuat dari kayu ghaharu. Kayu ini adalah dari jenis yang berbau, wangi baunya. menurut kata orang yang menjual kepada saya dulu kayu ni kalau dijemur akan naik minyaknya. Maksudnya keluar minyak dipermukaan kayu tu. Ini akan menambahkan lagi bau harum kayu tu. Kalu di tempat sejuk pula, kayu ni akan menjadi kering namun bau tetap ada.

Tiba giliran pelanggan saya ni pula bercerita, katanya dia berasal dari Indonesia. Di sana kayu ghaharu ni agak banyak terdapatnya tetapi harganya mahal. Bau dari kayu ni memang asli malah di Indonesia ada dua jenis kayu ghaharu, satu yang wangi dan satu lagi yang berlawanan,... bau najis. Kalau dapat sebutir yang sebesar biji tasbih sahaja pun dah cukup untuk "menwangikan" satu rumah.

Menurut kata kawan ni lagi, kayu ni amat bagus disimpan. Baik untuk tujuan menghalau gangguan syaitan. Kalau ada yang kerasukan bawa saja sebutir kayu ghaharu ni memang cukup berkesan. Sebab itulah harganya menjadi bertambah mahal sebab boleh digunakan untuk merawat gangguan2 seperti tadi. Kalau nak lebih hebat lagi, gunakan kayu gharu yang bau najis, lagi cepat sembuh. Katanya lagi, sebab tu jangan pelik kalau tengok kanak2 kecil memakai kalung tali yang berikat dengan sebutir kayu ghaharu dileher untuk halau gangguan.... puh!

Saya hanya boleh terlopong saja sebab rupanya ada lagi kayu yang boleh menghalau gangguan2 mistik ni, selain dari kayu kokka. Terlalu mudah untuk orang percaya kepada benda2 untuk menjadi pendinding kepada gangguan syaitan dan jin sedangkan dalam masa yang sama bercakap tentang Kekuasaan Allah. Elakkan lah dari buat benda2 bercanggah ni sebab dikhuatiri aqidah kita akan tergelincir tanpa kita sedari. Tidak ada sebarang bentuk penangkal yang boleh melindungi kita dari iblis, syaitan dan jin
melainkan Allah semata2.