Monday, June 17, 2013

Cincin Citrawarna




Cincin Citrawarna

Cincin citrawarna ini dinamakan sedemikian kerana terdapat empat (4) jenis batu yang berbeza dalam bentuk potongan yang berbeza dan dengan warna yang pelbagai. Tujuannya adalah supaya pemakai nampak anggun serta ceria tetapi tetap santai dan sesuai dipakai pada bila bila masa. Dengan kata lain boleh dipakai untuk basahan juga dan tidak terhad kepada majlis sahaja.


Lakaran diatas adalah gambaran rupa cincin yang dicadangkan sewaktu mula mula tercetusnya idea citrawarna ini.

Antara batu yang disesuaikan dengan cincin ini adalah batu Delima Bintang yang berbentuk bujur-licin, batu permata Nilam berwarna biru, batu Nilam putih dan batu permata Tourmalin yang berwarna hijau serta kuning.


Tambah menarik mengenai batu batu permata yang telah dipilih untuk dijadikan cincin ini ialah bentuk batu batu yang telah dipilih adalah tidak sama dari segi saiz dan bentuk potongannya. Ada yang berpemukaan bujur-licin atau 'cabochon' dalam istilah potongan batu, ini adalah potongan yang paling digemari secara puratanya oleh masyarakat melayu.

Bentuk bentuk batu yang dijadikan sebagai cincin itu adalah batu berpotongan bujur-bulat iaitu permata Delima, batu Nilam biru yang datang dalam bentuk segi empat berpotong dan segi tiga berpotong. Bagi batu Tourmalin pula pelanggan telah memilih batu yang berpermukaan bulat.


Bagi tujuan mendapatkan perbezaan pada kemasan ikatan cincin, kami mengesyorkan supaya dipelbagaikan jenis ikatan supaya nampak meriah sesuai dengan warna ceria batu batu permata yang ada. Memandangkan terdadapt 2 butir permata Delima maka pelanggan bersetuju memilih ikatan jenis kuku dibuat ke atas batu Delima dengan pilihan kuku empat (4) bagi salah satu Batu Delima Bintangnya manakala sebutir lagi diikat dengan jenis kuku keliling.

Kami juga telah mencadangkan supaya di buat ikatan bungkus bagi batu permata lainnya iaitu bagi batu nilam segitiga dan batu Tourmalin muka-bulat. Bagi batu permata Nilam muka-bulat pula kami memilih untuk melekatkannya secara ber'meja' iaitu supaya sedikit tinggi dan kelihatan seolah olah sama rata dengan batu batu permata lainnya.. perhatikan batu ynag berwarna biru seperti dibawah ini..


InsyaaAllah kami di Krafdunia Design akan berusaha untuk merealisasikan impian tuan puan untuk memiliki cincin dengan citarasa pilihan sendiri dan apa yang penting ialah kekalkan angan tuan puan mengenai bentuk yang disukai dan kami sedia untuk menjadikannya.

Thursday, January 10, 2013

Saya sorang Pelajar




Buah Cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokan
Saya di AeU masih belajar
Kalau salah tolong ajarkan


Kopiah bersulam saiz sembilan
mahu menutup sidahi licin
Jika berhajat tingkatkan penampilan
mari ke kedai menempah cincin


idea berbeza jangan disanggah
ikutlah trend pelbagai fesyen
Di tingkat satu marilah singgah
Di PKNS di bawah Imigresen