Wednesday, January 28, 2009

Cari Batu Di Chennai

Dah dua hari berada di Chennai India, nama lama Madras. Kalu dulu2 nama Madras cuma terkenal kalau ke airport Subang, kini dah cecah kaki kat sini. Saya jadi peneman aka bodyguard kat girlfren saya disini. Sambil2 tu kira2nya honeymoon jugak lah kan, sebab anak2 semua tinggal.

Gilfren saya bekerja tapi saya ambil peluang untuk cari batu tak kiralah batu permata ke batu pelik ke. Kat sini yang menariknya batu2 yang cantik dibentuk untuk pemujaan jugak sebagai contoh batu di jadikan bentuk tuhan kaum yang beragama hindu. Bentuk2 gajah duduk, patung2 banyak ada kat sini. Batu yang saya cari masih belum jumpa lagi sebab setakat ni saya cuma berjalan ke tempat yang menjual secara retail.. mahal. Saya perlukan sesuatu yang menjual pada harga borong, barulah boleh ulang membeli lain kali.

Namun kalau ada peluang untuk beli, belilah sebab batu tu cantik dan murah berbanding harga kat tempat kita( bukan untuk saya) memang boleh. Kekadang tu, batu yang diorang pasang pada set yang tak cantik tu agak murah secara keseluruhan sekiranya diambil kira harga batunya sekali. Silver/perak memang murah, cuma takde taste orang kita, melayu Malaysia. Ok la nak gi jalan2 dulu lain kali cerita.

Monday, January 26, 2009

Break thru?

Sudah 10 tahun saya melepasi gawat 1998 yang amat memeritkan. Jatuh dalam bisness yang agak besar ketika itu sangat saya rasai hingga kini. Gawat sebenar berlaku tahun 1997, letusan belonnya berlaku setahun selepas itu. Saya meletup bersama2 dengan letupan ekonomi. Ada yang kata kejatuhan ekonomi tahun itu adalah jenis "V" iaitu tajam junamnya dan tajam juga naiknya. Entahlah... rasanya lama sungguh untuk dapat semula keyakinan anjakan dalam bisness yang hilang dulu tu, mungkin benar bagi sesetengah ushawan lain.

Kini ini putaran roda gawat datang lagi, tahun lepas 2008 adalah gawat sebenar dan letupan belon adalah tahun 2009 ni. Saya sudah rasa yang paling bawah dalam hidup berbisness ni dan tak mahulah jatuh lebih bawah lagi dari tu. Syukur kerana dah terbiasa dengan apa yang takde jadi perbelanjaan paling minima boleh saya atau senang kata kami sekeluarga dah pandai sesuaikan dengan keadaan. Jadi gawat kali ni dapat kami bertahan dengan budget terhad. Apa pun doa saya tentang bisness ni biarlah ia meletup lagi cuma dengan keadaan yang reverse. Kalau dulu letupan negatif kali ni saya berdoa dan terus berdoa agar letopnya positif...

Dan beberapa hari lepas saya diminta untuk melakarkan satu set barangan kemas berbatukan Nilam. Dalam kalut serta kerastangan, lukisan saya dapat diterima dengan sedikit ubahsuai, cadangan harga saya juga diterima dengan sedikit buffer sekiranya ada perubahan pada harga pasaran batu permata dan emas (harga emas semakin menaik nampaknya). Maka saya kenalah buktikan bahawa memang sepatutnya tahun ni sya kena meletop. Biarlah kali ini ia menjadi 7 tahun lembu gemuk bagi saya, setelah merasai 7 - 10 tahun lembu kurus. (Kisah Nabi Yusuf) Biarlah ia sesuai (la kot) dengan tahun Ox bagi orang2 cina.

Adakah yang tadi tu satu projek break thru? Insyaallah.. saya yakin dengan pemberian Allah. semoga berkat doa rakan dan kawan juga banyak memainkan peranan untuk terus menggapai impian dalam bisness.. Ameen.

Friday, January 16, 2009

Sihir Lagi?

Pada hari Rabu lepas saya boleh rasakan tiba2 sahaja saya menjadi seorang yang senyap, tidak bercakap dengan gilfren saya. Dalam kereta saya hanya diam saja. Mata pulak rasa berat dan asyik berair namun saya diamkan saja dan tidak memberitahu sesiapa.

Hari yang sama jugak perniagaan amatlah merosot dan bila ditolak semua kos maka jadi rugilah hari itu. Keesokan harinya pun nampak tidak memihak kepada saya. Jualan agak perlahan hinggakan pembantu saya menghantar SMS memberitahu bahawa dah sampai tengahhari masih belum dapat menjual apa2 pun walhal orang agak ramai dan pada sesatu masa yang melihat barang serta menawar hingga tak terlayan. Malah ada yang telah bersetuju harga dan pembantu saya hampir nak membungkus... tak jadi. Sebaik saya menerima berita tu maka saya pun bergegas ke gerai promosi dengan senjata saya. Selepas dibacakan surah2 petikan terutamanya Al-Mathurat barulah nampak ada perubahan sikit.

Sebelah malamnya barulah agak selesa sedikit jualannya itupun dah agak terlewat. Balik kerumah barulah saya terkeluar cerita mengenai rasa yang agak menggangu saya kepada gilfren saya. Melalui pengalaman, sebenarnya dia pun boleh mengagak jadi dia cuma berpesan supaya saya meningkatkan amalan2 biasa yang dah lama tertinggal tu. Katanya lagi dia sempat memicit tengkok saya sambil membaca ayat Kursi sewaktu saya tidur malam sebelum tu dan katanya lagi saya menggeliat semacam je serta cuba mengelak2 dalam tidur tu.

Hari Jumaatnya pulak, awal2 pagi saya ke gerai untuk buka sendiri. Selepas buka saya menyapu sikit membersihkan ruang dalam dan seterusnya membaca Al-Mathurat. Agaknya saya terlalu menumpu sampaikan orang sebelah gerai saya sempat menegur " Hai buat apa tu... baca kitab ke?" Saya tak menjawab tapi cepat2 cover sikit dengan suratkhabar. Selesai membaca, seolah2 dibuka ruang pulak, datang pelanggan membeli.. lega rasanya bila awal pagi dah pecah telur kata orang.

Tengahhari saya balik ke rumah untuk sembahyang Jumaat. Hanfon saya matikan nada deringnya supaya tak mengganggu. Tengah2 sembahyang terasa ada getaran hanfon tanda mesej baru dah masuk. Dalam hati saya merancang untuk membaca SMS di rumah saja nanti. Tiba di rumah terus tertidur tanpa sempat membaca SMS sampai pukul 3 petang. Dan bila saya buka pesanan yang saya terima, rupanya pembantu saya yang hantar tertulis.. 'Bang, abg ada bawa kemenyan ke? saya jumpa bawah meja'.

Apa lagi, terus saja saya ke Kompleks PKNS cepat2 untuk tengok kemenyan tadi tu. Wah! hebat, ada kemenyan pulak. Handalnya orang yang nak guna kemenyan ni, macam tak ada tuhan pulak bagi diri dia. Kemenyan yang diletak di bawah meja saya ni siap berbalut dengan kain batik serta siap berjahit. Pembantu saya dalam percaya tak percaya masih nak bertanya lagi kepada saya samada saya yang menggunakan kemenyan berbungkus tu.

Saya katakan pada dia mudah je, " saya ada kabel yang kuat, terus je pada Allah, apa la yang saya nak sangat pada bende macam kemenyan tu". Selepas tu bawak bende tu kepada seorang kawan untuk dapatkan sedikit gambaran. Wak ni memang alim orangnya, hafiz lagi, dia pesan kat saya supaya buang dalam lubang tandas dan pam. kata wak tu, kemenyan tru dari jenis kemenyan hitam dan bila dah siap berbungkus maknanya diguna perantara seperti Bomoh gila. Insyaalaah dibacakan ayat2 quran maka jadi sia2 lah pelaburan orang yang menggunakan khidmat bomoh tadi. Dalam pada keaddan bisnes yang agak merosot ni masih ada lagi orang gila yang nak perhabis duit membayar bomoh2 penghuni neraka. Lepas habis berpesan sempat jugak dia menghulur kepada saya 3 biji kurma ajwa untuk dimakan bagi membersih diri. Itulah dia mainan orang moden di sebuah Bandaraya.