Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Cincin Boleh di Tempah

Minggu lalu saya bertemu dengan seorang kenalan baru. Kami bersembang mengenai pelbagai perkara, dari satu topik ke beberapa topik yang berlainan sehinggalah sampai ke topik mengenai batu permata dan kristal. Topik kegemaran saya. Saya mengambil peluang bercerita sambil memberikan sedikit informasi mengenai kelebihan batu dan kecantikannya dan juga bagaimana menjaganya. Maksud saya, menjaga batu permata dan perhiasan lainnya supaya tidak mudah rosak.
Saya juga memberitahu rakan baru tadi bahawa, setiap batu permata yang dimiliki atau yang ingin dibeli boleh diikat dengan logam berharga seperti Emas, Perak, Keluli (tahan karat) atau mungkin bagi yang berminat serta mempunyai modal lebih boleh menggunakan Platinum. Malah, rekabentuk perhiasan yang kita idamkan juga boleh kita tempah mengikut citarasa kita sendiri. Pada ketika ini, rakan tadi agak tergamam kerana selama ini dia cuma terfikir bahawa seseorang itu hanya boleh membeli barangan yang telah sedia dijual sahaja. Ramai dikalangan rakan rakan beliau juga beranggapan begitu! Ketika itu baru saya sedar bahawa rupanya ramai orang diluar sana yang tidak mengetahui iaitu design atau rekabentuk boleh diilhamkan sendiri.
Jadi disini benarkanlah saya memberitahu bahawa saya telah banyak kali sebenarnya mengambil tempahan kawan kawan pelanggan saya membuat perhiasan yang mereka inginkan terutamanya cincin. Sudah banyak kali juga saya menyiapkan cincin bertunang untuk majlis pertunangan, cincin kahwin untuk majlis perkahwinan dan hadiah sempena harilahir atau harijadi dan sambutan ulangtahun. Kebanyakannya ialah design yang menurut citarasa pelanggan itu sendiri.. Saya cuma berusaha merealisasikan kemahuan mereka.. Alhamdulillah hampir kesemuanya telah terlaksana, insyaallah, yang belum siap itu masih dalam proses.
Oleh itu bagi yang berminat, jangan risau mengenai bentuk yang ingin dimiliki, kerana pada kebiasaannya saya akan "bersembang2" terlebih dahulu untuk mencungkil minat seseorang itu terlebih dahulu. Selepas mendapat sedikit gambaran barulah saya mula melorek lorek, mencoret coret lakaran kasar dan selepas mendapat gambaran mengenai minat seseorang itu barulah saya mula melukis secara penuh. Biasanya pilihan dibuat selepas mendapat gambaran keseluruhan.
Itulah serba sedikit mengenai lakaran iaitu maksud saya design boleh dibuat mengikut citarasa sendiri. Bagi sesiapa yang berminat untuk tahu lagi boleh hubungi saya melalui email: naha_mz@yahoo.com, hp: 013 274 8495. FB: Naha Mdz

Wednesday, January 18, 2012

Mutiara, Emas dan Sutera Disebut Di dalam Quran

سُوۡرَةُ الحَجّ
ڪُلَّمَآ أَرَادُوٓاْ أَن يَخۡرُجُواْ مِنۡہَا مِنۡ غَمٍّ أُعِيدُواْ فِيہَا وَذُوقُواْ عَذَابَ ٱلۡحَرِيقِ (٢٢) إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يُحَلَّوۡنَ فِيهَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ۬ وَلُؤۡلُؤً۬ا‌ۖ وَلِبَاسُهُمۡ فِيهَا حَرِيرٌ۬ (٢٣
Surah Al-Hajj
Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab seksa yang membakar! (22) Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera. (23) 
Mutiara sejenis permata yang berharga lagi bernilai telah beberapa kali disebut di dalam Quran. Hargailah mutiara yang kita ada kerana terdapat pelbagai rahsia yang boleh dikupas lagi. Insyaallah saya akan cuba menyelidik lagi tentang permata mutiara ini.

Monday, April 18, 2011

Cincin Delima - berminat?




Cincin Batu Delima untuk wanita

Cincin Batu Delima ini dibuat dengan menggunakan emas 20karat iaitu emas 835. Bersaiz 13 sangat sesuai untuk kebanyakan jari wanita. Batu Delima dengan berat lebih kurang 0.40ct dan disulam dengan berlian halus sebanyak 6 butir.

Batu Delima ini adalah dari Myanmar (Burma) iaitu sebuah Negara yang memang terkenal sebagai pengeluar batu delima berkualiti tinggi terbanyak di dunia.

Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada isteri atau bakal isteri atau teman wanita atau untuk dipakai sendiri (wanita shj). Lelaki juga boleh memakainya untuk sementara seperti mengacu saiz atau sebagai kejutan kepada pasangan. (Sekiranya dipakai berterusan, kurang menawan)

Bagi sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya.

Saturday, May 23, 2009

Dah..... bukan Batu Serai lagi ropanya..


Cincin Batu Serai (ikat Perak)

Saya berjumpa dengan seorang kawan baru dan kami bersembang pasal batu2 lah, apa lagi kan. Cerita punya cerita sampailah ke topik Batu Serai. Tetiba je dia berkata, "Yang orang dok crita pasa tarik batu kilat2 dari pokok serai tu semua PEMBOHONG!" Peeeergh.... berdesing telinga saya. Susah payah saya nak belajar dan cari cerita pasal batu serai ni dari kawan2, sedap2 mulut dia aje kata kawan2 saya pembohong.

Tanpa mahu menyinggung kawan baru ni sebab dalam hati berkata tentu ada alasan istimewa, saya bertanya "Wah! mesti ada kisah bagus ni, abang dah cabut pokok serai lepas tu dapat bende lain ke?" jeng jeng jeng kata hati saya sambil menunggu jawapan.

"Aku tak cabut puuuun... cantik aje dia diam kat tepi batang pokok tu. tak yah tunggu tengah2 malam panggil orang jampi2 aku ambik sendiri aje... senang, takde batu2 de." Puh! lagi hebat, semua sebat sendiri, kata hati saya lagi. "Habis tu, abang dapat apa?" tanya saya, dah mula tak sabar.

"Aku dapat EMAS". jawab brader tu.

contoh gambar Syilling emas (Gold coin)

"Haaaaah!, biar betul, berapa biji?" tanya saya lagi. "Eh! silap berapa ketul". saya cuba membetulkan pertanyaan, sebab biasanya kalau orang cerita batu serai semuanya biji2 atau butir2, ini kali lain pulak.

"Berapa ketul?.... jongkong! 6 semua sekali" pantas sahaja dia jawab balik. "Aaaaaah!...." saya jerit, "takde lagi ke, bagi la saya satu", secara spontan saya bertindakbalas bila dengar apa yang dia cakap.


contoh gambar Jongkong Emas (Certified gold bar)

"Bagi kat engkau,... buat hapa, baik bagi bini aku, lagi baik". Tambah dia lagi, "Aku ada 2 bini tau tak, satu kat sini, satu lagi kat Siam, orang Siam sana, berguna jugak dapat jongkong emas tu".

Termalu jugak saya, tapi nak tau banyak lagi, terus tanya sebab macam percaya tak percaya la pulak. "Emas betul ke ataupun emas tipu2 bang, mana ada benda macam tu, rupa dia macam jongkong yang kita tengok dalam televisyen tu ke."


"Engkau tak percaya tu kau punya pasal la, yang penting emas tu betul, rupa dia tak la cantik kilat macam dalam TV tu, tapi macam jongkong yang orang dah guna, aku dah jual pun satu, dapat la puluh ribu sebatang tu, 5 lagi bini aku kat Siam simpan, bini sini tak tau".

contoh gambar jongkong emas tanpa piawaian (gold bar)

"Ishh ishh, percaya abang yang jauh tu, yang ada kat sini abang tak bagi, nanti dia jual habis baru tau." Saya mengusik brader tu.

"Apa pulak, duit tu aku bagi bini yang kat sini la untuk dia buat belanja, yang kat Siam tu simpan je, lagi pun emas tu aku dapat kat Siam jugak. Belanja kat Siam tak banyak, tapi kat sini tinggi, cukup la belanja buat masa ni."

"Itu pasal la aku kata orang yang cabut tengah2 malam tu pembohong, dapat batu kecik2, jual kat orang mahal2, kaca pulak tu." Abang tadi menambah. "Pasal apa nak buat tengah2 malam... kalau betul ada, cabut la siang2 hari buta, biar orang tengok betul ke tak betul" tambah abang tu lagi seolah2 melepas geram nampaknya manakala saya cuba nak jadi pendengar yang baik kononnya, sambil menyampuk, "Eh .. itu lain, dapat batu, cantik2"

"Takde de lain de, kalau betul, takyah jampi2, terus je cabut, macam aku ni, korek tepi pokok je, itu pun siang2 hari lepas Asar, apa kau nak cakap?" dia sergah saya.

"Ya lah bang, apa2 lah, lain orang lain cara, lain orang lain anugerah dia kan? (konon2, nak cuba berlindung), takde ke lagi serpih2 yang nak bagi kat saya buat bukti ke apa2 ke,.. hehehe.." Saya cuba melawak.

"Kau dengar sudah, kalau ada rezeki kau, tunggu je lah nanti ya hahaha..." kata brader bertuah tu sambil terus berlalu.

Macam mana saya nak menafikan kalau memang dia dah dapat, dan dah tukar ke matawang. Ianya menjadi sebahagian dari pengalaman saya mendengar cerita2 pelik lagi menarik ini. Wallahualam.

contoh gambar Naget emas (gold nugget)

contoh gambar wafer emas (Gold wafer)

Friday, July 11, 2008

Orang Melayu vs Orang Melayu


Saya berpeluang menghadiri satu program dimana moderator menekankan banyak aspek penting dalam cubaan untuk mengenalpasti, merancang, mendidik, menjalankan aktiviti yang seterusnya diusahakan sehingga dapat mengubah orang melayu khasnya Islam ke arah yang lebih positif.

Yang membuatkan saya terharu ialah masih ada juga segolongan orang yang prihatin sehingga sanggup berkorban untuk memegang amanah Allah dan Rasul untuk memperkuatkan lagi keimanan orang melayu dan seterusnya membawa kepada kejayaan. Mereka ini berharap agar setiap yang hadir dapat bersama sama menjadi agen perubah kepada golongan golongan yang akan di kenal pasti itu nanti. Saya pulak dah perasan dan merasakan seolah olah saya antara yang terpilih atau the chosen one .

Anyway, yang ingin saya kongsikan bersama ialah apabila saya menerima satu email yang menceritakan tentang Hobi orang Melayu. Saya sertakan dibawah:

Subject: Apa Hobi Orang Melayu

Sajak Melayu : Malays Would Rather Have Pleasure Than Pressure

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan Sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu

RENUNG2 KAN & FIKIRLAH ,
di mana tahta org2 Melayu yg disanjung selama ini
atau Melayu akan terus meLAYU


Saya merasa sedikit geram apabila memikirkan kerana sedang golongan yang pertama berusaha untuk mencari jalan yang terbaik kebanyakan dari kita hanya mahu bersajak maka saya terjawablah begini :

Benarlah gitu gayanya orang melayu,
Melukut di tepi gantang mengharapkan sesuatu,
Tapi sedihnya lagi pilu,
Dikutuk dicemuh memang selalu,
Oleh sahabat saudara sekutu,
Tiada cadangan boleh disetuju,
Hanya kiasan story dan buku,
Sekadar renungan fikiran yang buntu,
Lagilah malang disebar melulu,
Seolah melayu sebegitu sedari dulu,
Oleh itu rakan rakan ku,
Carilah kaedah untuk di paku,
Disemat di hati jasad dan kalbu,
Bersama sama kita berbantu,
Supayu melayu menjadi maju,
Bersama juga kita menuju,
Kearah agama bangsa dan negara yang direstu.


yang suka Emas..
he.. he..

Monday, July 7, 2008

Masa Itu Emas?



Kelmarin saya baru balik dari menghadiri satu kursus selama 3 hari 2 malam. Dah lama tak ikuti kursus, selalunya saya yang bawa ini kali ikut pulak. Seronok jugak dapat jumpa kenalan baru serta berkongsi benda baru.

Yang menarik sebagai catitan ialah apabila moderator meminta semua peserta menulis di atas kertas mengenai JTM masing masing. Apa bendanya tu? JTM tu maksudnya Jangka Tarikh Mati. Wah! complicated ni, mana ada orang yang tahu bila nak mati...mungkin ada la, macam orang yang kena hukuman gantung sampai mati ke, orang sakit yang doktor kata tinggal beberapa hari lagi ke. Itu pun tak tentu lagi sebab boleh jadi dapat pengampunan Agung dan yang sakit pun boleh sembuh, semuanya dengan izin Allah.

Anyway, dalam ramai ramai tu lebih kurang 80 peratus termasuklah yang nampak macam ustaz ustaz pun menulis tarikh JTM masing masing dengan tak confident nya. Mungkin akibat didesak sangat sangat oleh moderator manakala yang selebih tu tulis macam macam seperti; bila sampai ajal, tak tau, hanya Allah yang mengetahui..dan macam macam lah. Ana pun thulis juga la , bukan angka tapi perkataan yang hampir hampir sewaktu dengannya. Semuanya tadi dikumpul dan kemudian dibacakan satu persatu oleh moderator tadi.

Akhir sekali selepas habis semua dibacakan, moderator tadi pun mengulas...katanya, tujuan beliau menanyakan tarikh ni bukan sebab apa cuma untuk kita sedar bahawasanya tarikh sebenar JTM kita ialah DNM iaitu singkatan kepada Dah Nak Mati. Bila bila masa boleh mati. So...kalau macam tu tanyalah diri kita samada kita dah buat the best sebelum betul betul mati dan sebab itu bagi beliau lagi ungkapan 'masa itu emas' dah patut kena tukar kepada 'Masa itu nyawa'. Dah tak ada masa dah.....

Wednesday, June 25, 2008

Emas

Hari pertama di alam maya. Testing...