Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Delima Merah dengan warna Pelangi

Delima lagi.. minggu lalu saya dapat certa dari seorang kenalan yang baru jadi sedara dan sangat baik layanan dia kepada saya. Beliau menceritakan mengenai delima yang memancarkan cahaya ni yang terdapt di Indonesia.

Seperti batu delima merah yang biasa diceritakan orang iaitu bila dicelup ke dalam segelas air, warna air tu akan jadi kemerah merahan, tapi yang ini jauh lebih baik lagi. Batu ni bukan sahaja dapat merahkan air dalam gelas tadi tetapi dapat memerahkan lapan biji gelas air kosong yang lain kalau diletakkan bersebelahan gelas yang ada batu delima tadi.

Lebih menarik lagi ajaib lagi, warna air dalam gelas yang kesembilan itu akan mengeluarkan warna pelangi pulak.

Bila saya tanya samada yg dimaksudkan warna pelangi tu nampak macam warna merah yang semakin pudar sebab banyak sangat gelas.. dengan selamba je dia mengenakan saya, katanya "warna pelangi.. kalau tak pernah tengok pelangi memang la tak tahu macam mana warna belang dia.. kan ada semua warna".. Haa.. begitulah.

Saya harap sangatlah untuk melihat sendiri batu ajaib ni.

Wednesday, December 2, 2009

Batu Delima dari Mulut


(gambar diambil dgn hp..tak berapa terang)

Minggu lepas saya berkenalan dengan sorang brader ni, nama dia saya panggil Wan saja. Dia tunjukkan kat saya sebiji batu warna merah agak cantik jugak warnanya. Sekali tengok je sebenarnya dah tahu itu ialah batu Delima. Saya keluarkan lampu picit dan suluh kat batu tu, terus nampak silang bercahaya.. batu Delima bintang... ori.

Brader Wan ni kata, dia dapat sebagai hadiah dari sorang pak haji di Muar. Dia berjumpa dengan pak haji ni atas urusan tertentu lah, lepas dari tu yang pak haji tadi offer kat dia samada dia suka batu untuk di buat cincin. Brader wan ni kata dia tak kesah sangatla.. takde pun takpe, kata dia.

Apa yang pak haji ni buat ialah dia suruh Brader Wan ni tadi tadah tangan, lepas tu dia luahkan dari mulut dia batu Delima tadi. Senang je.. kalau la saya ada keupayaan utk keluarkan batu cam dah tentu banyak koleksi batu saya agaknya.

Sunday, November 15, 2009

Batu Baiduri Bulan yg Bercahaya


Semalam sewaktu bersarapan di Pasar Klang dgn anak bongsu saya, saya didatangi seorang kawan baru. kami terus bersarapan bersama sambil berbual2 dari satu topik ketopik yg lain sehinggalah sampai ke topik kesukaan saya.. apa lagi kalau bukan batu.

Kawan saya ni memakai sebentuk cincin batu Baiduri Bulan yg berwarna putih, tak berapa jernih tapi menarik. Specialnya batu ni datangnya terus dari langit. Langit atau awang awangan saya tak tanya la pulak, tapi katanya batu tu jatuh betul2 didepan dia.. siap berikat dalam bentuk cincin. Kalau dilihat pada bentuknya, saya katakan itu cincin wanita... tapi tak kisahlah.

Selepas pakai batu Bulan ni beberapa lama, kawan saya ni dapat rasakan yang ada perubahan pada sistem pernafasan dia, bertambah baik. Kawan saya ni perokok tegar, katanya sebelum ni nak bernafas pun agak ketat je rasanya tapi kini dah agak lega.

Seperkara lagi yg menarik tentang batu Baiduri Bulan kawan ni, dia kerap membasuh batu tu dengan air hujan dan air embun. Itu adalah mengikut petua seorang guru yg dirujuknya sebaik dapat batu special dia tu. Ikut kata guru kawan saya ni, membasuh batu tadi akan memulihkan tenaga dalaman batu dan dapat meningkatkan khasiat batu. Batu itu akan diketahui keberkesanannya bila ia mula mengeluarkan cahaya waktu bulan mengambang, tambah guru tadi tu, kata kawan saya lah.

Jadi.. apa yang kawan saya ni buat ialah bila tiba waktu bulan mengambang penuh, dia akan masukkan batu baiduri tadi dalam gelas berisi air hujan yg ditadah, ditapis serta simpan dan kemudian letak atas bumbung kereta dia. Lepas tu mula perhatikan dan tengok perubahan batu dia tu. Sah! kata kawan saya tadi, air jenih dalam gelas tu mula bercahaya dan semakin terang cahaya dalam air tu. Dia tak dapat nak ungkap apa2 sebab kagum dan kalau dikeluarkan batu Baiduri Bulan tu dari gelas berair tadi, cahaya dalam air tu akan hilang dan air dalam gelas nampak macam air bisa saja... SPECIAL.

Monday, June 15, 2009

Batu Tahi Bintang



Ada sorang brader ni datang dari Subang, singgah ke kedai. Dia mancari kedai lain sebenarnya, sembang punya sembang sehinggalah di tunjukkan 2 bentuk cincin yang dipakainya. Satu cincin tu dia kata batu petir satu lagi macam gambar kat atas ni pulak 'batu tahi bintang'
.

Brader ni beritahu bahawa yang jumpa batu ni asalnya ialah abang kandung dia sendiri. Abang dia ternampak ada benda memancar jatuh dari langit jatuh ke tanah. Dia dengan anak dia pun cepat2 berlari ke tempat jatuh batu tu. cari punya cari dapatlah batu yang dah berkecai, tujuh biji semuanya. Specialnya batu ni ialah dianya bermagnet. Saya gunakan magnet saya untuk test dan memang melekat.

Saya ambil peluang untuk snap gambar dan apa yang menarik bila di tengok lebih dekat, macam nampak ada Khalimah Allah kat permukaan batu tu. Cubalah perhatikan. Itu saya kira satu anugerah buat brader tu yang dia sendiri pun tak perasan. Kerana tu dia terbeli satu barang dari kedai saya, hehehe.

Saturday, May 23, 2009

Dah..... bukan Batu Serai lagi ropanya..


Cincin Batu Serai (ikat Perak)

Saya berjumpa dengan seorang kawan baru dan kami bersembang pasal batu2 lah, apa lagi kan. Cerita punya cerita sampailah ke topik Batu Serai. Tetiba je dia berkata, "Yang orang dok crita pasa tarik batu kilat2 dari pokok serai tu semua PEMBOHONG!" Peeeergh.... berdesing telinga saya. Susah payah saya nak belajar dan cari cerita pasal batu serai ni dari kawan2, sedap2 mulut dia aje kata kawan2 saya pembohong.

Tanpa mahu menyinggung kawan baru ni sebab dalam hati berkata tentu ada alasan istimewa, saya bertanya "Wah! mesti ada kisah bagus ni, abang dah cabut pokok serai lepas tu dapat bende lain ke?" jeng jeng jeng kata hati saya sambil menunggu jawapan.

"Aku tak cabut puuuun... cantik aje dia diam kat tepi batang pokok tu. tak yah tunggu tengah2 malam panggil orang jampi2 aku ambik sendiri aje... senang, takde batu2 de." Puh! lagi hebat, semua sebat sendiri, kata hati saya lagi. "Habis tu, abang dapat apa?" tanya saya, dah mula tak sabar.

"Aku dapat EMAS". jawab brader tu.

contoh gambar Syilling emas (Gold coin)

"Haaaaah!, biar betul, berapa biji?" tanya saya lagi. "Eh! silap berapa ketul". saya cuba membetulkan pertanyaan, sebab biasanya kalau orang cerita batu serai semuanya biji2 atau butir2, ini kali lain pulak.

"Berapa ketul?.... jongkong! 6 semua sekali" pantas sahaja dia jawab balik. "Aaaaaah!...." saya jerit, "takde lagi ke, bagi la saya satu", secara spontan saya bertindakbalas bila dengar apa yang dia cakap.


contoh gambar Jongkong Emas (Certified gold bar)

"Bagi kat engkau,... buat hapa, baik bagi bini aku, lagi baik". Tambah dia lagi, "Aku ada 2 bini tau tak, satu kat sini, satu lagi kat Siam, orang Siam sana, berguna jugak dapat jongkong emas tu".

Termalu jugak saya, tapi nak tau banyak lagi, terus tanya sebab macam percaya tak percaya la pulak. "Emas betul ke ataupun emas tipu2 bang, mana ada benda macam tu, rupa dia macam jongkong yang kita tengok dalam televisyen tu ke."


"Engkau tak percaya tu kau punya pasal la, yang penting emas tu betul, rupa dia tak la cantik kilat macam dalam TV tu, tapi macam jongkong yang orang dah guna, aku dah jual pun satu, dapat la puluh ribu sebatang tu, 5 lagi bini aku kat Siam simpan, bini sini tak tau".

contoh gambar jongkong emas tanpa piawaian (gold bar)

"Ishh ishh, percaya abang yang jauh tu, yang ada kat sini abang tak bagi, nanti dia jual habis baru tau." Saya mengusik brader tu.

"Apa pulak, duit tu aku bagi bini yang kat sini la untuk dia buat belanja, yang kat Siam tu simpan je, lagi pun emas tu aku dapat kat Siam jugak. Belanja kat Siam tak banyak, tapi kat sini tinggi, cukup la belanja buat masa ni."

"Itu pasal la aku kata orang yang cabut tengah2 malam tu pembohong, dapat batu kecik2, jual kat orang mahal2, kaca pulak tu." Abang tadi menambah. "Pasal apa nak buat tengah2 malam... kalau betul ada, cabut la siang2 hari buta, biar orang tengok betul ke tak betul" tambah abang tu lagi seolah2 melepas geram nampaknya manakala saya cuba nak jadi pendengar yang baik kononnya, sambil menyampuk, "Eh .. itu lain, dapat batu, cantik2"

"Takde de lain de, kalau betul, takyah jampi2, terus je cabut, macam aku ni, korek tepi pokok je, itu pun siang2 hari lepas Asar, apa kau nak cakap?" dia sergah saya.

"Ya lah bang, apa2 lah, lain orang lain cara, lain orang lain anugerah dia kan? (konon2, nak cuba berlindung), takde ke lagi serpih2 yang nak bagi kat saya buat bukti ke apa2 ke,.. hehehe.." Saya cuba melawak.

"Kau dengar sudah, kalau ada rezeki kau, tunggu je lah nanti ya hahaha..." kata brader bertuah tu sambil terus berlalu.

Macam mana saya nak menafikan kalau memang dia dah dapat, dan dah tukar ke matawang. Ianya menjadi sebahagian dari pengalaman saya mendengar cerita2 pelik lagi menarik ini. Wallahualam.

contoh gambar Naget emas (gold nugget)

contoh gambar wafer emas (Gold wafer)

Saturday, May 9, 2009

Delima Yang Merah Airnya



baru teringat nak tulih... ada sorang kwn ni dia kata batu delima jenis yg boleh jadikan airnya merah memang wujud. macamana pun cuma orang tertentu yg terpilih dari kategori alim lagi ikhlas je yg mampu dapat.

Katanya lagi, batu ni bukan lah batu yg kita dapat dari bumi tapi datang dari langit. Kat mana nak dapat?... dari negeri yang berpadang pasir sahaja iaitu dari negara2 Arab la. Tambah dia lagi, walaupun berpasir macam gurun tetapi... mestilah ada itu binatang "Hunta" la. Pasal apa pulak unta? sebab.... batu ni akan muncul dari celah kuku unta sahaja dan bukan dari tempat2 lain.

Turunnya batu ni pun bukan selalu cuma (yang ni saya terlupala pulak) beberapa kali je dalam setahun. entah sekali setahun ke 2 kali setahun tak ingat la pulak. Jadi nasib nasib la orang yang dapat pun. Itu pasal lah kata dia lagi orang yang rajin ke Mekah la yg paling ramai dapat. Pun begitu, syaratnya ada, kalau dah dapat tak leh cerita2 kat orang yg kita ada batu delima ni, cerita secara am je sudah, nanti ditarik balik itu batu lah.

itulah versi baru yang saya dengar, sja nak kongsi. Apa pun tidak mustahil boleh berlaku, macam yg sya pernah kata itu bahagian2 ghaib dan mistik dan ia bukan la bidang saya, tapi suka nak kongsi info. Kalau ada yang nak tahu lebih banyak tentang dunia mistik ni boleh la jugak layari laman blog kawan blogger baru saya ni di sini. wallahualam.

Friday, April 17, 2009

Delima Merah (airnya)- Benar kah Benar?


Saya dikunjungi oleh seorang bekas pensyarah yang agak berusia, seorang Doktor PhD. Beliau bertanya kepada saya mengenai batu delima yang kalau dicelup kedalam air boleh memerahkan airnya dan kalau diangkat batu tersebut maka air merah tadi akan manjadi jernih semula.

Sebagaimana yang saya pernah kata bahawa kalau mengikut kajian batu secara ilmiah atau kalau ikut standard la senang cerita, tak ada la pulak batu delima yang macam tu. Tetapi itu bukan lah bermakna mustahil ada, sebab, dalam dunia mistik atau dari alam ghaib benda2 cam ni barangkali wujud. mengapa barangkali? sebab saya belum pernah tengok. Yang ada pun setakat ini hanyalah cakap2 saja.. kata orang tu, orang ni. Pun begitu, yang pernah saya tengok ala ala batu delima semacam ini berakhir dengan penipuan, makanya susah sikit la nak yakin wujudnya ia dalam dunia batu yang digali secara fizikal ni.

Berbalik kepada pensyarah tadi, yang membuatkan saya akgak teruja ialah kerana menurut Dr. ni tadi, arwah ayah beliau ada sebiji batu delima merah yang ajaib ini. Katanya batu tu diperolehi di Makkah sewaktu ayah beliau mengerjakan haji pada tahun 1950han. wah lama sungguh tu. Batu tu dibelinya dari seorang penjual arab yang beria ia tak boleh tidak suruh ayah dia beli, maka dibelinya lah. Dari apa yang pernah dilihat mengikut kata dr ni, memang batu ni menjadikan airnya merah dan jernih semula bila diangkat. Dan saya dipelawa untuk melihat sendiri batu ni bila ada kesempatan nanti. batu tu sekarang ni telah diwariskan kepada adik beliau dan insyaallah bila ada peluang tu nanti dapatla kot saya tengok... nantikan la.

Saturday, March 7, 2009

Batu Ikan

Saya berkesempatan berkenalan dengan Abg Zamri, seorang yang nampak simple tapi saya rasa warak dan baik hati orangnya. Special abg ni ialah dia selalu diberi orang atau terjumpa secara tak sengaja batu2 yang jarang kita dapat dikebanyakan kedai atau orang2 yang jual ditepi jalan. Antara yang pernah dia perolehi ialah ‘batu ikan’. Batu ini bukan lah berbentuk ikan tetapi diperolehi dari perut ikan.

Ceritanya ialah satu hari tu abg Zamri teringin nak makan ikan , jadi dia pergi ke pasar untuk beli ikan. Ikan apa saya dah tak ingat. Dia pun ambik la sekor dan timbang. Katanya. Berat sekor ikan tu aje dah lebih satu kilo jadi dia tak jadi la nak tambah ikan lagi cukup la sekor tu je.

Sampai rumah lepas tu baru dia terfikir kenapa la pulak sekor ikan yang kecik biasa2 berat dalam 300 gram boleh jadi berat cam tu. Masa di apilih tu otak dia ke lain agaknya, kalau tidak dah tentu dia tak ambik ikan tu. Bila dia rasa ada bende yang pelik maka cepat2 dia belah ikan tu untuk tengok apa yang dah ditelan dek sang ikan. Rupanya dalam perut ikan tu ada pundi kelongsong yang berisi batu. Besar juga saiz dia untuk sekor ikan sederhana.



Batu ikan ni sekarang ni dah di potong atau canai jadi sebesar batu cincin. Kata abg Zamri dia dapat 7 biji semuanya dan dah dibagi2 kepada beberapa orang kawan. ada sebiji lagi disimpan dan belum lagi diikat macam dalam gambar kat bawah ni.



Apa khasiatnya?... saya tak tau, tapi saya cadangkan pada abg tu cuba2 la rendam dalam umpan u ntuk pancing ikan... kalau2 mujarab, kot la dapat banyak ikan nanti. Alasan saya ialah mungkin la batu tu sedap untuk ikan sebab itulah ikan yang dibeli tu sanggup telan, wallahualam.

Monday, September 15, 2008

Batu Madu

Batu Madu, kisahnya pernah saya ceritakan satu ketika dulu dalam tajuk 'Batu pun nak makan – lapar agaknya'. Batu Madu ni milik kawan saya bernama En.M, mengikut cerita tambahannya, batu ni asal usulnya didapati dalam madu lebah yang diambil melalui seseorang. Sebab dapatnya pun dari madu maka mula mula lagi dah diagak agak bahawa batu ni tentu manis dan En M pernah jilat batu ni untuk mengesahkannya dan ikut kata En M memang betul rasanya manis. Tapi tak beranilah pulak kawan saya ni nak jilat selalu selalu sebab dia takut batu tu mengecut macam gula gula pulak.

Saya selalu dengar cerita cerita menarik pasal batu batu ni dan cara mana benda ni diperolehi. Ada kalanya cara batu ni didapati agak pelik dan berbagai bagai, yang macam tak masuk akal pun ada. Tapi sebagai peminat batu saya akan terus mencungkil lagi kisah kisah menarik ni untuk rekod dan ilmu pengetahuan. Walau cara mana sekalipun batu batu ni orang dapat saya akan cuba mengenal pasti jenis batu batu tersebut dari sudut pengetahuan saya yang kebanyakannya saya pelajari secara berguru dan pembacaan.

Berbalik kepada En M ni semula, pada kali pertama dia datang berjumpa saya dulu, batu tu diikat dengan besi putih biasa, kemudian En M bertcadang untuk menukar rumah cincin Batu Madu tersebut kepada rumah cincin yang lebih baik lagi dari jenis perak (silver) pulak. Alhamdulillah, cincin baru tu dah pun siap dan dah pun dia ambil minggu lalu. Gambar cincin baru ni ada dibawah.



Tuesday, July 22, 2008

Tanduk Kambing Gurun...kot boleh buat batu cincin

Seorang sahabat datang bertanya samada saya berminat dengan kepala kambing gurun. Katanya mengikut kata orang yang mahir dengan ilmu pengubatan melayu, kepala kambing ni banyak khasiatnya. Selain dari daging yang ada di bahagian kepala tu boleh dimakan, lidah kambing gurun ni berguna sebagai penawar racun. Saya cuma ternganga mendengar penerangan kawan ni tadi.

Dalam tidak kepastian, ikut kata member ni, kulit serta tulang kambing gurun boleh diproses dan boleh dijadikan minyak urut juga sebab pernah ada orang cerita yang kambing ni kalau dicedeakan atau patah patah dia boleh mengubat diri dia sendiri dengan cara menjilat bahagian yang sakit tu. Itu la pasalnya lidah kambing dengan organ yang lain tu tinggi khasiatnya. Ini mengingatkan saya pada cerita burung 'Butbut'(betul ke ejaan dia) pulak.

Walau macamanapun sahabat saya ni tadi agak sependapat dengan saya bahawa ada banyak bahagian yang perlu dikaji dengan lebih teliti mengenai pengunaan organ kambing gurun sebagai bahan pengubatan sebab apa yang kami dengar cuma dari mulut orang sedangkan kajian sebenar lom lagi dibuat atau kalau dah dibuat lom lagi jumpa. Bila dah jumpa baru boleh cerita banyak banyak.

Sahabat saya ni masih lagi simpan 2 kepala kambing gurun dalam peti aisnya. Saya pulak cuma minat kat tanduk kambing gurun..kot boleh dibuat batu cincin.

Monday, July 14, 2008

Batu pun nak makan...lapar agaknya...




Kawan lama saya datang menziarah di gerai promosi saya semalam. En M nama dia, orangnya saya lihat makin bertambah hansome dan menurutnya dia memakai sejenis rantai batu buatan yang dipanggil fir. Kebelakangan ini terlalu banyak batu batu buatan keluaran baru yang didakwa mempunyai kesan positif pada kesihatan ada di pasaran sampai tak tau mana satu yang terbaik. Yang pastinya sipemakai akan mengatakan yang jenis lain tu kurang baik dari yang dia ada. Apapun saya mohon maaflah dulu sebab saya lebih ke arah batu yang asli yang saya tengok sebagai satu seni.

Menariknya, En M ada sebentuk cincin bermatakan batu yang agak unik sebab ada lubang ditengah tengahnya. Batu ni berwarna kuning keperang perangan yang kata En M batu tu diberi oleh seseorang dan diperolehi dari dalam madu lebah. Amacam?..tak caya. Banyak dah saya dengar; batu dari dalam buluh, dalam kelapa, dalam buah delima dan macam macam adaaa... Batu En M ni cantik kaler dia, nampak lembut dan kawan saya ni percaya yang batu tu bawak rezeki.

Bab batu bawak rezeki ni saya terpaksa tolaklah dan saya cakap terang terang kat dia bahawa batu tu saya tengok cantik saja dengan khasiat yang dia ada oleh sebab getaran, warna dan mineral..itu saja. Bab bab rezeki ni adalah ketentuan Allah, pun ada setengah ulama kata, makanan yang masuk perut aje yang rezeki yang lain idak jadi kena sedekah banyak banyak. Kekadang dah masuk mulut pun boleh lompat keluar....ha ha ha, mana rezekinya!

Ramai juga dikalangan orang melayu kita yang agak ekstrim sampai percaya yang batu boleh jadi pelindung dan pendinding sampai percaya yang batu jenis berlubang ni kena dibagi makan. Orang orang yang taksub ni, dimasukkan beras kat lubang tu sebab batu tu hidup katanya. Pelik.. tapi benar sampai saya tanya orang yang bagi tau saya pasal kepercayaan ni " batu pun nak makan, ya bang..lapar agaknya" Astghafirullah... Saya tak boleh nak komen banyak pasal saya bukan ahli dalam bidang cam ni tapi saya faham sungguh la yang akidah kena jaga betul betul.

Apa pun saya sudi mendengar sebab seronok memerhati dan belajar dari orang orang yang banyak pengalaman pasal benda benda mistik ni sekadar pengetahuan. Asalkan tak menyalahi sudah la..yang terlajak tu undurlah semula.

Saturday, July 12, 2008

Gading Gajah dan Tanduk Kucing?......emm



Saya didatangi seorang gentleman berbadan sasa sewaktu di tapak promosi Kompleks PKNS Shah Alam baru sekejap ni. Biar saya namakan lelaki ni Bob lah. Biasa le..orang yang badan besar ni semua orang panggil bob, otomatik je. BOB singkatan kepada Badan Orang Besar kata Awie penyanyi kumpulan Wings dulu tu.

Anyway, specialnya Bob ni, dia ada dua barang unik iaitu rantai berbatu Akek yang diikat bersama dengan gading gajah berbentuk taring, kecik comel je. Satu lagi barang tu ialah tanduk kucing... TANDUK KUCING?. Ya, betul tanduk kucing, kucing hutan lagi. Sempat saya mintak kebenaran untuk ambil gambar, tu yang saya tunjukkan kat atas tu.

Hah..apa pulak keistimewaan benda ni. Ikut kata Bob gading gajah tu bagus untuk tingkatkan keberanian dan kekuatan dalaman. Dalam keadaan realiti memang dia dah jadi beranilah,.. dia kata. Dia suka berburu binatang jadi sure tak takut punya. Cuma...kalau kawasan tu ada gajah, gading tu tak boleh dibawak sama. Nanti teruk kawan yang bawak tu kena lanyak. Apa yang selalu Bob buat ialah dia tanam gading tu awal awal sebelum masuk ke hutan.

Kata Bob, gajah memang boleh hidu bau gading dari jauh. Pernah satu kejadian tu, dia gi memancing dan terlupa nak tanam gading tu dan apa yang jadi ialah dia diserang gajah. Mujur dia selamat tapi helmet yang dia pakai penyek kena pijak gajah sebab bau gading yang dia bawak dan bau badan dia ada kat topi tu. Tambah Bob lagi benda ni saintifik! kalau tak caya tengoklah Discovery atau Animal Planet pasal cerita gajah. Gajah akan ambik masa lama menghidu bau tulang tulang gajah yang dah mati kat tengah padang di Afrika tu. Macam logik jugak kan.

Tanduk kuching pulak untuk jadi kebal. Untuk barang yang sekecik tu pun katanya dah orang tawar nak beli, dan mintak Bob jual ngan harga RM8000 tapi Bob cuma katakan 'taknak'. Susah nak dapat pasal apa nak jual. Bob ni dah pernah tetak tangan dia dengan parang dan tak lut, katanya la. Saya tengok tangan yang ditakek tu tapi tak nampak apa apa bekas la pulak. Bila saya tanya siapa yang tetak, kata Bob dia tetak sendiri..... sindiri pikiaqlah. Kalau la saya diberikan tanduk kucing tu dan ditawarkan duit supaya cuba jadi stuntman untuk buktikan kekebalan saya.......SORI.