Friday, January 16, 2009

Sihir Lagi?

Pada hari Rabu lepas saya boleh rasakan tiba2 sahaja saya menjadi seorang yang senyap, tidak bercakap dengan gilfren saya. Dalam kereta saya hanya diam saja. Mata pulak rasa berat dan asyik berair namun saya diamkan saja dan tidak memberitahu sesiapa.

Hari yang sama jugak perniagaan amatlah merosot dan bila ditolak semua kos maka jadi rugilah hari itu. Keesokan harinya pun nampak tidak memihak kepada saya. Jualan agak perlahan hinggakan pembantu saya menghantar SMS memberitahu bahawa dah sampai tengahhari masih belum dapat menjual apa2 pun walhal orang agak ramai dan pada sesatu masa yang melihat barang serta menawar hingga tak terlayan. Malah ada yang telah bersetuju harga dan pembantu saya hampir nak membungkus... tak jadi. Sebaik saya menerima berita tu maka saya pun bergegas ke gerai promosi dengan senjata saya. Selepas dibacakan surah2 petikan terutamanya Al-Mathurat barulah nampak ada perubahan sikit.

Sebelah malamnya barulah agak selesa sedikit jualannya itupun dah agak terlewat. Balik kerumah barulah saya terkeluar cerita mengenai rasa yang agak menggangu saya kepada gilfren saya. Melalui pengalaman, sebenarnya dia pun boleh mengagak jadi dia cuma berpesan supaya saya meningkatkan amalan2 biasa yang dah lama tertinggal tu. Katanya lagi dia sempat memicit tengkok saya sambil membaca ayat Kursi sewaktu saya tidur malam sebelum tu dan katanya lagi saya menggeliat semacam je serta cuba mengelak2 dalam tidur tu.

Hari Jumaatnya pulak, awal2 pagi saya ke gerai untuk buka sendiri. Selepas buka saya menyapu sikit membersihkan ruang dalam dan seterusnya membaca Al-Mathurat. Agaknya saya terlalu menumpu sampaikan orang sebelah gerai saya sempat menegur " Hai buat apa tu... baca kitab ke?" Saya tak menjawab tapi cepat2 cover sikit dengan suratkhabar. Selesai membaca, seolah2 dibuka ruang pulak, datang pelanggan membeli.. lega rasanya bila awal pagi dah pecah telur kata orang.

Tengahhari saya balik ke rumah untuk sembahyang Jumaat. Hanfon saya matikan nada deringnya supaya tak mengganggu. Tengah2 sembahyang terasa ada getaran hanfon tanda mesej baru dah masuk. Dalam hati saya merancang untuk membaca SMS di rumah saja nanti. Tiba di rumah terus tertidur tanpa sempat membaca SMS sampai pukul 3 petang. Dan bila saya buka pesanan yang saya terima, rupanya pembantu saya yang hantar tertulis.. 'Bang, abg ada bawa kemenyan ke? saya jumpa bawah meja'.

Apa lagi, terus saja saya ke Kompleks PKNS cepat2 untuk tengok kemenyan tadi tu. Wah! hebat, ada kemenyan pulak. Handalnya orang yang nak guna kemenyan ni, macam tak ada tuhan pulak bagi diri dia. Kemenyan yang diletak di bawah meja saya ni siap berbalut dengan kain batik serta siap berjahit. Pembantu saya dalam percaya tak percaya masih nak bertanya lagi kepada saya samada saya yang menggunakan kemenyan berbungkus tu.

Saya katakan pada dia mudah je, " saya ada kabel yang kuat, terus je pada Allah, apa la yang saya nak sangat pada bende macam kemenyan tu". Selepas tu bawak bende tu kepada seorang kawan untuk dapatkan sedikit gambaran. Wak ni memang alim orangnya, hafiz lagi, dia pesan kat saya supaya buang dalam lubang tandas dan pam. kata wak tu, kemenyan tru dari jenis kemenyan hitam dan bila dah siap berbungkus maknanya diguna perantara seperti Bomoh gila. Insyaalaah dibacakan ayat2 quran maka jadi sia2 lah pelaburan orang yang menggunakan khidmat bomoh tadi. Dalam pada keaddan bisnes yang agak merosot ni masih ada lagi orang gila yang nak perhabis duit membayar bomoh2 penghuni neraka. Lepas habis berpesan sempat jugak dia menghulur kepada saya 3 biji kurma ajwa untuk dimakan bagi membersih diri. Itulah dia mainan orang moden di sebuah Bandaraya.

No comments: