Saya menulis kerana minat dan kagum dengan Batu Permata dan Kristal ciptaan Allah swt ini. Batu permata ini amat cantik untuk dijadikan perhiasan, penuh dengan misteri metafizik sebagai satu kaedah rawatan penyakit serta unik untuk dijadikan koleksi. Saya gembira untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dan amat sudi menimba ilmu dan tunjuk ajar dari pembaca. Bagi yang berminat boleh menghubungi saya atau berkunjung ke kedai di Kompleks PKNS Shah Alam.
Wednesday, December 2, 2009
Batu Delima dari Mulut
(gambar diambil dgn hp..tak berapa terang)
Minggu lepas saya berkenalan dengan sorang brader ni, nama dia saya panggil Wan saja. Dia tunjukkan kat saya sebiji batu warna merah agak cantik jugak warnanya. Sekali tengok je sebenarnya dah tahu itu ialah batu Delima. Saya keluarkan lampu picit dan suluh kat batu tu, terus nampak silang bercahaya.. batu Delima bintang... ori.
Brader Wan ni kata, dia dapat sebagai hadiah dari sorang pak haji di Muar. Dia berjumpa dengan pak haji ni atas urusan tertentu lah, lepas dari tu yang pak haji tadi offer kat dia samada dia suka batu untuk di buat cincin. Brader wan ni kata dia tak kesah sangatla.. takde pun takpe, kata dia.
Apa yang pak haji ni buat ialah dia suruh Brader Wan ni tadi tadah tangan, lepas tu dia luahkan dari mulut dia batu Delima tadi. Senang je.. kalau la saya ada keupayaan utk keluarkan batu cam dah tentu banyak koleksi batu saya agaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Macam-macam kebolehan manusia ni. Pak Man kadang-kadang selok poket, keluarkan 'batu' pengasah parang....hahaha.
Naha dekat India sekarang ni ya?.
Bertugas ke bercuti?.
Salam Pak Man,
jadi peneman. sy dapat batu akek pulamk dari pak sheikh yg bagi cincin hari tu.
Alhamdulillah...bertambah lah lagi koleksi batu-batu.
Semoga semua nya selamat.
alhamdulillah Pak Man, koleksi batu gunung pun dah mula ditambah.. kalau ke Shah Alam nnt boleh singgah ya..
Post a Comment