Saturday, November 21, 2009

Potong?

Potong Batu? taaak. kali ni cerita potong lain pulak.

Semalam saya pergi menziarah kakak ipar saya di masjid Pekan Meru sekitar waktu Isyak gitu sebab ada majlis. Majlis meraikan anak2 seramai 100 orang untuk pesta berkhatan esoknya.

Majlis bermula dengan berarak keliling masjid kemudian diikuti dengan khatam alquran, lepas tu jamuan ringan, ringkas je majlis tu. Tapi apa yg menarik perhatian ialah kanak yg berumur dari 6thn sampai 9thn yg berarak tu. segak2 semuanya dengan baju melayu siap bersampin lagi. Happy je semuanya malam tadi sebab diarak dengan kompang, "mcm pengantin" kata anak anak ni. Esok... entah le, mungkin ada yg terjun katil agaknya.. YB Dr.Rani yg hadir sempat berseloroh, katanya budak2 ni memang la takut tapi yg lebih takut sebenarnya bapak dia org.. itu pengalaman beliau sebagai doktor.

Bayangkan macam mana takutnya ramai orang lain diluar sana yg cuba mambayangkan kerjaya doktor ni tadi pada waktu2 cuti sekolah ni.. patut la jadi kontrovesi sangat iklan satu syarikat broadband ni.. SUDAH POTONG?

8 comments:

Anonymous said...

Yang... dolu2 you tak takut ke???? hehehe

Krafdunia Design said...

haha.. tak!

dulu takde iklan POTONG nih.

TQ.

Tepi Sungai Batu said...

Salam ziarah dari Pak Man,
Naha , Pak Man mimpi Naha dapat hadiah sebentuk cincin dari India. Betul ke?.

Krafdunia Design said...

Subhanallah.. Salam Pak Man, memang betul tu. cincin batu oren, saya dah pun gi hantar untuk diikat dengan perak. siap nanti saya post gambar.

naha

Suria Klang said...

Pak Man,

Naha dapat sebentuk cincin pemberian seorang ahli sufi yang dititipkan melalui saya bulan lepas. Katanya bagus untuk Naha (padahal saya yang dok depan dia!).
Macammana pulak Pak Man boleh mimpikan kisah Naha ni ye? Agaknya ada telepati tak? Hehehe

Tepi Sungai Batu said...

Cuma satu kebetulan saja tu....mimpi kan mainan tidur.

Anonymous said...

Salam Naha.

Say kenal YB DR. Rani tu. Pernah melawat ke Afrika Selatan bersama dia satu masa dahulu..hehe.

Krafdunia Design said...

Kiat dah sembang pasal Dr. Rani ni kan Pak Zabs, tapi saya baru nak jawab kat ruangan komen ni.. hehe