Tuesday, September 1, 2009

Batu Jalan Sendiri



Wah! lama sungguh rasanya tak menulis, sibuk lagi menyibuk konon2nya. Anyway dapat jugak dengar2 cerita menarik dari tuan2 punya batu sepanjang masa tu.

Yang terbaru, dua tiga hari lalu, datang dua anak bujang ke gerai promosi raya saya di Kompleks PKNS(C44). Dia datang bawak 2 biji batu siput yg agak cantik loreknya. Kecik je batu ni, lebih kurang setengah saiz syilling 5 sen. Warna keseluruhan putih dan ada bintik hijau... cantik. Bahagian bawah batu ni nampak gelung2 putaran siput.

Kata adik2 ni, batu dia tu boleh gerak sendiri kalau dititik dengan air perahan limau. Dia pernah buat banyak kali katanya lagi. Cara yang dia buat ialah letak batu dia ni atas permukaan rata dengan bahagian bawah batu yg agak leper dilekapkan ke atas permukaan tadi. Lepas tu ambik limau sebiji, limau kasturi pun boleh.. dan perah atas batu tu, kemudian tunggu.

Bila saya tanya berapa lama agaknya nak tengok batu tu gerak, katanya lebih kurang 2 jam. Alamak... lama sangat kalau nak tunggu pun, tapi menarik jugak. Saya tak sempat la pulak nak tunggu lama2 untuk tengok dia buat demo.. cuma tertanya tanya macam mana boleh gerak. Dalam hati saya cuma berkata bahawa batu tu gerak sebab permukaan tdi dah jadi licin, itu saja... entahlah.

(gambar dipinjam dari kayudanteras.blogspot.com)

2 comments:

en_me said...

hari ini dah 2 oktober bang.. ehehe, salam aidilfitri maaf zahir bathin

Krafdunia Design said...

saya dah jawab yang ini dengan satu post.. tapi takpe nak komen jugak kat sini..

cuma sayang en_me dah stop blog dia sendiri..