Saturday, October 3, 2009

Ini Pun Batu Jugak



Lama betul tak bukak blog ni sampai kena tegur ngan kawan cyber la, haha..TK en-me dan Selamat Hari Raya kembali kawan ku itu.

Hari ni tadi saya sempat jugak ikut seorang kawan lama beraya di rumah matan boss dia di klang. Lama dia tak jumpa kawan tu jadi sempat la tengok dia sembang panjang, saya mendengar saja sambil sekali sekala menyampuk.

Habis satu cerita satu cerita lain dia orang bersembang dan saya masih melangut jugak sebab tak keluar langsung cerita batu.

Last sekali semasa kami nak pulang, tuan rumah ni tadi pelawa untuk tengok kedai comel dia dan kawan saya ni pun ok saja. Sampai saja di kedai tersebut baru la boleh cerita pasal batu... macam yang kat bawah ni.



Kawan ini memang berniaga barangan ini.



Dalam kedai comel dia penuh dengan sampel untuk kita pilih.. oppps.. orang lain pilihkan untuk kita.... seram!


(gambar batu nesan dari jubiwarisan.blogspot.com)

4 comments:

en_me said...

mengingati yg disayangi.. ehehe

buaya said...

salam ziarah..

dijemput jd follower k

http://www.buaya-merah.blogspot.com

Pak Man laksam said...

Salam Naha,
Sori kerana dah agak lama dah Pak Man tak tinggal jejak di sini.
Batu yang dalam gambar tu ok jugak.....hehehe.

naha said...

sama lama kita Pak Man, semakin berumur smakin dekat nak pakai batu kat atas ni.. eeeii.