Semalam masa tengah duduk bersembang2 dengan Abg Husin (biras saya) dikerusi tempat duduk Darul Ehsan Medical Centre datanglah sorang penjaja ni bawak beg sandang yang nampak sarat dengan barang2 jualan dia tersangkut disebelah bahu kiri manakala tangan kanan memegang sekotak cincin laki2 macam2 bentuk. Hebat orang ni, dengan penuh sopan dia menyapa mohon maaf sebab mengganggu kami dan mintak kebenaran nak tunjuk barang yang dia ada.
Semua bende yang dia ada dalam beg sandang dia tu dikeluarkan dan ditunjuk pada kami. lepas tu beria2 dia memujuk kami suruh beli cincin yang dia jual. Dikatalah yang cincin dia murah, tak mahal; lagi pun susah nak dapat; datang dari jauh nun dari Kalimantan; tolak rejekilah kalau tak beli barang dia; batu cincin dia tu special boleh ngubat penyakit dan boleh halang perbuatan sihir! HaH! ayat cepumas dah keluar. Saya sebenarnya agak pantang kalau dengar perkataan2 atau ayat2 yang berbunyi 'barang' dia boleh ngubat sihir atau dengan menyimpan bende yang dia jual boleh memudahkan sebarang urusan. Mulalah saya nak cari bahan untuk bercerita dan kalau sampai masa kena dakwah/tarbiah sikit.
Bukan apa, semenjak dua menjak ni semakin ramai sangat orang jadi syirik secara tak sedar. Otak menolak untuk percaya dan bergantung harapan kat bende2 ni, mulut sebut je "kita faham dan tak boleh pecaya sangat...." hah dengarkan? SANGAT... sebab tulah hati nak juga cari barang2 tertentu ni sebab masih ada pecaya SIKIT bahawa kalau ada bende mistik ni sekurang2 nya boleh halang maksud2 jahat orang lain dan dapat ringankan halangan yang mendatang, semuanya dengan alasan 'ikhtiar'. Itulah yang iblis nak. Nak suruh kita ada sikiiiit pengharapan kat makhluk atau barang selain Allah.
Berbalik kat penjaja tadi, yang dia kata special tu tentang geliga ular. Dia kata geliga dia asli dan boleh ngubat perbuatan sihir. caranya mudah saja, rendam geliga tu dalam air dan diminum airnya akan terhindarlah kerja2 sihir tadi. Kemudian tambah dia lagi, kalau nak tengok samada geliga ular ni asli atau tidak, tengok batu tu dalam gelap pasti nampak bercahaya katanya. Saya pun terus tekup cincin berbatu geliga tu dengan tapak dua tangan dan intai melalui celah2 jari. "Tak nampak apa pun" saya kata. "Oooo nanti dulu" kata si Mamat tadi, saya terlupa pulak nak tanya nama dia. Dikeluarkan lampu picit dari kocek dia dan terus disuluh kat batu tu. "Ha sekarang tengok" katanya.
Sememangnyalah selepas disuluh batu tu nampaklah bercahaya sikit tapi kejap je lepas hilanglah cahaya dia jadi biasa balik. Itulah yang dinamakan 'photoluminescen', ada saya cerita sikit dalam kisah batu siput sebelum ini. Nampak macam batu yang di buat je la pulak. Saya memang tidak ada ilmu pasal batu geliga tapi dari cerita yang saya pernah dengar sebelum sebelum ni, batu geliga, baik geliga ular atau geliga tikus, ianya bercahaya terang macam lampu mentol didalam keadaan gelap tak payah suluh2. Kegunaan geliga ni pulak adalah untuk mengubat bisa sengat atau dipatuk ular, itu pun sekadar menawarkan racun tu untuk sementara waktu je, lepas tu cepat2 la bawak gi hospital. Hah, kan dan bercanggah cerita dia.
Bila dah mula rasa lain macam je batu special tu saya pun mulalah cari ayat untuk menolak dari membeli cincin yang ditunjukan tu, saya katalah belum minat lagi. Lagi pun saya kata saya tak percaya pada barang yang boleh memudahkan urusan. Pemuda tadi tu cepat2 memujuk saya dengan cara lain pulak. Dia mengelak dari terus bercakap pasal batu dia boleh mengubat dan lain2 tapi mula bercakap pasal harga pulak. Dia kata, “tak mahal pak cuma 350 ringgit saja. Ambil lah, wang boleh dicari.” Dengarkan harga dia, saya terus je kata “ maaf ye bang, saya takde duit banyak tu, jadi tak dapatlah saya beli lagipun saya tak rasalah duit sesenang cakap je untuk dapat, memanglah boleh dicari tapi bukanlah dengan menggali kat atas tanah terus je dapat kan? Saya doakan abg berjaya menjualnya nanti”. Penjaja tu tersenyum sambil menepuk bahu saya dan berkata, “Ya lah, maaf lah sebab saya mengganggu tadi” sambil berlalu.
3 comments:
assalammualaikum abg, nak bagi tau apa yg saya tau, saya hanya insan biasa... saya pohon maaf sebelom saya nak huraikan apa yg saya tahu... geliga ular memang ada, yang saya tengok geliga ular tedong selar, dia bkan batu ataupon bkan plastik, bila malam ia bercahaya warna hijau, KUASA ALLAH S.W.T. bila cerah ia macam biasa, x payah disuluh lampu, klau kita kaji habitat dia balik, mata ular terang di waktu malam... betol apa yg abg cakap, jangan kita jatuh syirik, klau diizinkan ALLAH, maka baik larr dia, klau x diizinkan ALLAH, maka kita kna percaya pada qador dan qodar, mungkin sampai ajal nyawa kita, klau nak kata ubat, ambil air segelas, baca bismillah, pohon kepada ALLAH TAALA agar di sembohkan penyakit hambamu ini, dengan seikhlas hati, INSYAALAH, klau diizinkan ALLAH S.W.T, sembohlah penyakit tu, macam 2 larr ngan ubat doktor, kita makan ubat baca bismillah, ya ALLAH ya TUHANku, sembohkanlah penyakit ku.... macam 2 larr geliga tersebot, kita hanya mampu berikhtiar, semboh ke x semboh kuasa ALLAH... setiap penyakit ada ubatnya, ALLAH suruh kita berikhtiar mencarinya... nak dengar satu cerita x, betol x betol hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI, terserahlah kepada yg mendengarnya, di indonesia ada skolah pondok ataupon pondok untuk org yg nak mendalami AGAMA ISLAM, orang cerita, betol ke tak betul, bkan kuasa saya, jadi di situ ada ular tedong selar bergaduh, dengar kata ular tedung tu besar,jadi ular tadi berebut geliga, hamba ALLAH yg berada di pondok tu nak mengambil geliga tersebot, ia hanya manusia biasa mcm kita, x termampu nak ambil geliga tersebot, jadi ia pon minta dengan ALLAH, dia nak geliga tersebot, dia berzikir, memuji ALLAH, segala pujian untukNYA... mungkin beribu, mungkin puluh ribu, mungkin ratus ribu, mungkin juta, dengan hati yang ikhlas... geliga itu sampai di tangan hamba ALLAH tersebot, bertapa susahnya nak dapat, dengar cerita, geliga itu sampai di malaysia, ada seorang hamba ALLAH menjual kepada hamba ALLAH yg berada di KEDAH, xpayah larr saya nak gtau nama, ia menjadi satu rahsia dihati saya, hamba ALLAH nie pon bg larr duit tersebot, nak tau apa yg hamba ALLAH nie buat dengan duit tersebot, dia sedekah kepada masjid dan terus hilang tanpa dikesan, hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI, jadi hamba ALLAH nie memang jalan kewajipan dia sebagai umat islam, sembahyang lima waktu, wat baik, suka bersedekah, berubat org dengan izin ALLAH taala... NABI pernah berkata barangsiapa x sembahyang, ia bukan umatku... klau kita nak tau hati kita nie islam ke x, dari sembahyang larr..... dulu hamba ALLAH nie susah, sekarang alhamdulillah ia senang dan pandai berubat dengan izin ALLAH S.W.T. xda sen2, 12 ringgit suku larr, mengarut!!! nak sedekah ke xnak ke, dia tetap syukur alhamdulillah, macam nie larr kita nak cari.... untuk dijadikan guru atau teladan hidup beliau.... jadi kita jangan lah sangka buruk kepada org, walaupon ia buruk mcm mana sekali pon, terus terang saya cakap, iman saya mcm air acar... tapi saya bersyukur kepada ALLAH kerna tidak masuk ajaran sesat, nyaris2 saya nak masuk, hamba ALLAH nie larr selamatkan saya dengan izin ALLAH... ALLAH masih sayangkan saya, betol cakap abg, jgn kita percaya pada batu, apa yg baik datang dari ALLAH, yg jahat dari kita sendiri, kerana percaya pada batu larr saya jatuh syirik, dan saya hanya manusia biasa yg jahil dan x sempurna, saya hanya mampu berdoa dan minta ampun kepada ALLAH S.W.T, ya ALLAH ya TUHANku, aku merayu kepada MU agar engkau mengamponkan dosaku samada sedar ataupon tidak sedar... di sini saya nak bagitau, apa2 pon datang dariNYA... sesiapa yg baca artikel ini, saya memohon ampun dan maaf sekiranya saya terkasar bahasa dan sebaliknya samada darjatnya yg tinggi pada saya ataupon rendah pada saya ataupon sama mcm saya, yg baik datang dari ALLAH, dan yg bruk datang dari saya.... maafkan saya, sekian, assalammualaikum.... saya doakan kepada ALLAH semoga kalian sihat dan berjalan diatas landasan yg benar.....
Askum dan salam hurmat semua terutama buat saudara Naha.
Benarlah, apa2 pun iktikad kena dijaga. Takut terpesong akidah dan lari dari pegangan Iman kita kpd Allah taala.
merujuk dari penceritaan Saudara Naha mengenai Geliga ular yang dimaksudkan memang TIDAK BENAR semata-mata. penjual @ pedagang dari negara jiran memang selalu buat Hal. memutar belit cerita untuk melariskan barang. Mana ada spesis geliga ular yang cantik dan mengeluarkan cahaya dpt yang saudara Naha ceritakan. Baguslah saudara Naya tidak percaya akan kisah dongeng si penjual td. mereka hanya mencari wang utk tampung hidup.
jika ditanya pada saya, saya akan cakap dan kata batu tsbut adalah "seri bulan" @ "mata dewa". sila ke link ini utk lanjutan : http://duniamistik.blogmas.com/?p=441
berkenaan dengan geliga ular, sila ke link ini: http://duniamistik.blogmas.com/?p=185
salam perkenalan buat semua.
sekian.
Dari: www.duniamistik.com
www.duniamistik.blogmas.com
Anas Penang.
hamba allah: terharu juga saya membaca nota saudara. alhamdulillah, kita doa bersama sama agar dijauhi dari perbuatan syirik.
Duniamistik: terima kasih atas maklumat berguna. Baru tahu nama dia.. Seri Bulan @ Mata Dewa.. ya.
Post a Comment