Tuesday, September 16, 2008

Batu Serai (1)



Batu Serai adalah satu nama yang selalu disebut orang ramai bagi satu jenis batu permata kaca hiasan yang jernih berwarna cantik, kadang2 putih, berpotongan penuh dengan segi seginya cukup indah untuk pantulkan cahayanya. Asal nama Batu Serai ni sempena nama pokok serai, samalah macam Negeri Melaka dapat nama dia sempena pokok melaka dan Bandaraya Ipoh dapat nama sempena pokok ipoh.




Cara nak dapat batu ni agak menarik sebab kena buat beberapa aktiviti dan amalan tertentu atau ‘ritual’ dulu dan akhir sekali ialah mencabut pokok serai sambil melurut akar pokok tu serta menggoncang2 pokok tadi untuk menjatuhkan batu2 jernih lagi cantik tu. Itu pun bukan semua pokok serai boleh dicabut untuk dapatkan batu ni, hanya pokok serai berbunga aje yang layak untuk mengeluarkan batu. Ketat jugak syarat dia ni, kalau senang rasa2 nya penanam serai dah lama tukar kerjaya jadi penjual batu pulak. Takpun, kalaulah senang sangat nak dapat batu ni dalam batang serai yang biasa, agaknya dah ramai orang yang tertelan batu masa makan tomyam.




Ikut kata orang2 yang pernah cabut batu serai ni, kalau nak rasa lebih sensasi lagi paling bagus tadah dulu batu2 yang nak jatuh tu dengan mangkuk ayan sebelum dia jatuh ke tanah …puuuih!.. dengar batu tu jatuh ..kelentung! kelentung! Kelentung! ….BEST.. dia orang kata. Kalau dah jatuh atas tanah jenuh pulak nak mencari sambil menyuluh dalam gelap sebab proses mencabut ni dibuat waktu malam. Ya! MALAM, sebab itu sebahagian dari syarat.



Saya sendiri sebenarnya belum pernah la pulak buat mahupun ikut orang cabut batu serai jadi tak tahu keadaan sebenarnya walaupun saya ada juga menjual batu serai dalam bentuk cincin dan batu loose sebiji sebiji. Batu serai saya dari jenis ‘Batu Serai Tunjuk’ sebab saya cuma perlu tunjuk ngan jari je kat orang jual batu tu dan pilih mana mana batu yang saya suka ikut saiz dan warna minat saya.. ha.. ha.. Orang yang ikut mencabut batu serai tak boleh pilih pilih, kena redha je dengan apa yang dia dapat dan kekadang tu tak dapat langsung.





Antara ‘ritual’ yang biasa di buat sebelum proses nak cabut batu ialah yang pertama kena buat malam2 biasanya dalam sekitar 12 tengah malam keatas. Bukan boleh saja saja cabut pokok serai yang dah berbunga tu tapi ada proses lain yang dibuat lebih awal iaitu kenalah lepas sembahyang Isyak dulu. Lepas tu buat sembahyang sunat, macam macam sembahyang sunat yang pernah diceritakan kepada saya sampai saya pun tak ingat, (nanti bila dapat maklumat baru saya catitkan semula) diiringi pulak dengan bacaan zikir zikir tertentu. Selalunya jugak, yang nak mencabut batu ni kenalah orang yang arif lagi ‘warak’ dan jarang lah saya dengar dibuat sendiri. Orang yang ‘warak’ ni pulak yang menjadi tukang cabut dan jugak yang mengajarkan proses2 serta amalan2 sebelum upacara mencabut dilakukan. Dan….kebanyakan masanya tukang cabut tadi dibayar upah untuk menjalankan upacara mencabut batu serai ni. Tak free pun walaupun pokok serai sendiri punya. Sebab itu jugak banyak upacara mencabut melibatkan beberapa orang supaya upah tadi dapat dikongsi bersama…kasi kurang kos haaa.

Akhir sekali batu2 yang diperolehi bolehlah dibahagi2 sesama peserta yang terlibat dan ikutlah nasib masing masing, kekadang tu selepas dibahagi2 pun boleh dapat berpuluh biji, kekadang tu dapat sebiji je,… jadilah, kalau takde nasib bayar upah saje saje la nampaknya. Itupun mengikut cerita orang yang pernah tak dapat batu walaupun dah laksanakan semua ‘ritual’, puncanya sebab langgar syarat terutamanya semasa memasang niat, ikut tafsiran tukang yang ‘warak’ tu lah.

Batu yang dah dapat ni pulak kena ikat atau set kepada barang perhiasan untuk dipakai samada cincin, loket atau gelang atau apa apa saja (tang ni saya suka sebab saya boleh terima tempahan) dan tak boleh disimpan kosong untuk satu tempoh lama. Kalau tak dimunafaatkan batu tu boleh hilang begitu saje. Itu pun kata tok ‘warak’ tadi sebab tak rasi.. apa boleh buat cabut lah lagi. Lain kali panggil semula ‘ahlul cabut’ bila pokok serai dah berbunga.

Saya yang tidak arif tentang ilmu cabut mencabut batu serai ini tidaklah layak untuk komen banyak namun nak ambil kesempatan mengajak kita berfikir ngapalah perlu dibuat segala macam amalan sunat untuk tujuan lain selain kerana Allah sebab amalan2 sunat yang dilakukan dan diajar oleh Rasulullah itu sebenarnya dah cukup kukuh berdiri sendiri sebagai ibadat dan bukan dengan tujuan tertentu sebagai satu upacara dan ‘ritual’.

15 comments:

langau said...

Assalammualaikum..
bro, ade jual x batu serai siap dengan ikat kat cincin perak. kalau ade brapa harga dier.. saya lama cari batu serai yg ori. tringin nak pakai xde niat lain just tringin nak pakai sbb warnanya yg lembut. kalau ada nak jual kasi contact num. bro

naha said...

Waalaikumsalam Langau,
no saya 012-640 6094

salam

ibuamin said...

Assalamualaikum. akak ni dari JB. akak ada lah batu serai ni beberapa biji. Masalahnya tak tau kat mana nak pegi ikat. Tau tak sapa2 kat sini yang boleh akak buat tempahan cincin ke loket ke. Tak tau kat sapa boleh kita pecaya nak tinggalkan batu2 tu sebulan dua. Tolong ye bagi tau kalau ada member2 yang buat kat sini.

naha said...

Waalaikumsalam ibuamin,

Kat JB tu tentu ada banyak kedai emas. Untuk keselamatan, cari kedai yang ada reputasi, mungkin mahal sikit tapi insyaallah terjamin, sebab kedai2 ni lebih pentingkan untuk jaga nama dari sesuka hati diaorang nak ambil batu kita.

Satu cara yang agak selamat lagi ialah carikan batu yang sama saiz, minta tukang tu buat bentuk yang kita hendak tapi jangan matikan ikatan nya. kemudian bila dah siap tukarkan semula kepada batu sebenar dan barulah minta diikat mati depan mata kita sendiri.

Duniamistik said...

Jika tuan/puan berminat dengan permata batu serai dari sumber mistik. sila layari link ini: http://duniamistik.blogmas.com/?p=1198

Layari www.duniamistik.com

salam hormat.

Sharil Azri said...

Salam,

Betullah seperti apa yang dikhabarkan oleh tuan punya blog mengenai proses pengambilan Batu Serai ni sbb saya sendiri pernah mengikuti upacara mengambil batu ni. Sewaktu proses dijalankan jika bernasib baik boleh mendapat batu serai yang sudah tersiap diikat sama ada dlm bentuk gelang atau rantai. Bagi batu sesudah ditebus, perlu diikat agar batu x lenyap begitu shj. Saya sendiri pernah mengalami kehilangan batu walaupun memang sentiasa diletakkan di dalam almari. Keaslian batu ni boleh dinilai apabila ia mampu melekap ke atas permukaan cermin dan mampu utk menoreh permukaan kaca krn batu ini tidaklah sekeras intan yang mampu memotong kaca. Sekian..

naha said...

Waalaikumsalam Sharil Azri,

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu & pengalaman semoga berguna untuk peminat batu serai.

Anonymous said...

salam semua...apa yang saya dapat tahu,memang batu serai melekat dicermin tetapi hanya 60% sahaja keasliannya. bagaimana untuk mengathui keasliannya selain ianya melekat dicermin?untuk ikat batu d jb...sila ke plaza seni...saya selalu ikat di kedai abg bidi..org klate...

Enot said...

Assalamu alaikum

Saya ingin tahu berapa harga sebiji
batu serai yg saiz kecil untk cincin

Aida

Anonymous said...

kat blkg umah saya ada org tanam serai besar2an. ptg2 saya sllu tgk dia dtg cabut nak jual kat pasar tp tiap2 kali cabut xde pn batu keluo.. mlm2 pn xde plak org mai datang carik batu serai walhal banyak je serai yg b'bunga

anie said...

saya nak tanye...suami saya ade beli batu serai kat pasar(RM 10-warna kuning)..batu tu memang melekat..tapi betul ke batu tu origional...

Anonymous said...

bab batu melekat pada cermin tu susah nak tentukan asli ke x...kerna jika mengikut ilmu fizik sesuatu yang mempunyai permukaan licin/rata dan di gabungkan dengan permukaan rata/licin akan menghasilkan satu daya tarikan/lekapan....kalau x caya beli je mana2 batu yang rata permukaanya pastu g lekatkan kat cermin...goyang2 sket kat permukan tu insyallah melekat...saya pernah cuba....

Anonymous said...

Sy nak tnye..sy da jmpe sbiji batu..kaler merah..bila tnye kt akak ofis dia kata tu batu serai..xdak masalah ke law sy guna batu tu sedangkan batu tu sy terjumpe..

naha said...

insyaallah tak de masalah. Masalah akan timbul jika kita tau sape tuan punya batu yang kita jumpa tadi.. kena pulangkan..

Acazt Idriz said...

Tgok kt kedai cina btimbun jual cincin batu nih...sbijik rupanye...warna, cutting dia...dlm internet pun bnyk...rasa nya dari cina...xsangka kt negara dorg pun ada batu serai...