Monday, December 19, 2016

Cincin Batu Akek Ustaz



Cincin atas komputer ini datang jauh dari Semarang. Pemilik asalnya seorang ustaz yang juga imam kampung di situ. Sangat baik serta sangat berhemah orangnya. Bacaan ayat sewaktu solat diiringi pula dengan doa selepas solat amatlah syahdu serta lunak menjadikan perasaan kita ingin sentiasa berada dalam masjid kampung di Semarang ini.

Mengenai cincin ini, saya hanya dapat beberapa bentuk sahaja dari beliau. Itupun simpanannya yang terakhir. Kalau dilihat pada rupa batu ini, ianya kelihatan  biasa biasa sahaja, namum saya tetap berminat. Mengapakah agaknya? Saya tiada jawaban yang tetap tetapi cinta pandang pertama terhadap batu kerap memainkan peranan dan bagi kebanyakan orang lain biasanya ini petanda bahawa ia adalah batu yang sesuai dengan jiwa seseorang. Pemilihan batu permata ini juga banyak melibatkan latarbelakang, penghayatan warna, tahap kesihatan serta beberapa ciri lain.

Saya pula lebih banyak memilih batu berdasarkan warna. Bukan warna asas tetapi lebih kepada 'warna dalam warna'. keindahan itu yang saya perhatikan.

Kalau berminat bolehlah calling2..

Oh ya. Batunya jenis Batu Akek. Kalau pakai cincin ini, ia tidaklah akan menjadikan tuan2 sama seperti ustaz Semarang itu namun memadailah dengan berniat inginkan sunnah memakai cincin... dan saya kata tuan hansem! 😉

#krafdunia
#kedaibatu&co
#tempahcincin

No comments: