Saturday, January 8, 2011

Batu Kuning/Oren


Saya ingin berkongsi maklumat lagi lanjutan dari satu pertanyaan yang dimajukan oleh seorang pambaca yang tidak saya dedahkan di sini sebagai menghormati privasi beliau. Oleh kerana itu juga ingin Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah 'mengetuk' saya supaya rajin mentelaah semula dan terus berkongsi maklumat lagi.

Pertanyaan :

Assalammualaikum

Saya ingin bertanya kepada tuan mengenai NAMA & KHASIAT batu yang telah saya ikatkan menjadi cincin sepertimana yang lampirkan di sini.

Warnanya kuning kehijauan dan terdapat lingkaran bulat yang lebih jernih di bahagian tengahnya (seperti mata kepada batu tersebut).

Batu cincin tersebut dihadiahkan oleh seorang teman rapat saya dari Thailand. Menurutnya batu tersebut diperolehinya sendiri di dalam seketul batu di pergunungan.

Harap tuan dapat membantu dan memberi serba sedikit nasihat mengenai ilmu, amalan, dan penjagaan batu tersebut.

Sekian. Wallahualam...
Wassalam.

Balasan Saya:

Waalaikumsalam,

En/Cik xxxxx

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kerana sudi nak bertanya.

Cantik batu yang dipakai itu. Benarkan saya memberi ulasan secara kasar sahaja berdasarkan kepada gambar yang disertakan.

Mengikut pada warna batu tersebut ada 2 kemungkinan jenis batunya; i. Batu Nilam Kuning atau Yellow Sapphire, ii. Batu Cempaka atau Citrine. Saya cuma mengambil kira nama batu yang biasa dan dan agak popular dipakai oleh kebanyakan orang. Ini adalah kerana terdapat banyak lagi batu permata jenis lain yang hampir sama warnanya.

Saya tidak boleh mengatakan dengan tepat kerana untuk menentukan nama dan jenis batu dengan betul ada banyak ujian yang perlu dilakukan dan biasanya melibatkan banyak peralatan. Namun secara kasar juga kita boleh mengenali batu sekiranya melihat sendiri fizikal batu tersebut, urat uratnya serta warna bayangannya. Kita juga boleh memgenali batu melalui rupa bentuk asal kerana proses kejadian batu2 adalah berbeza dan selalunya berbentuk secara hukum kristal, maksudnya ada beberapa segi/bucu tertentu. Sekiranya teman rapat saudara/saudari dapat menceritakan rupa bentuk batu asal sewaktu dijumpai mungkin itu dapat membantu. Walaubagaimanapun saya kira itu tidak berapa penting pada ketika ini kerana bagi saya, Batu Itu cantik!

Mengenai khasiat batu pula, batu permata saudara/saudari adalah dalam kelumpuk warna kuning/oren. warna ini baik untuk sistem pertahanan tubuh badan secara keseluruhan. Ia membantu melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan gemuruh dan kemurungan. Memandangkan warna ini juga mewakili warna matahari yang menghangat maka ianya berfungsi baik untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Khasiat mengikut batu pula, andaikata batu tersebut adalah Cempaka (Citrine), ianya bertindak dengan menguatkan usus pemakai, meningkatkan kadar metabolisma dan baik juga untuk organ limpa dan buah pinggang.

Sekiranya batu Saudara/saudari adalah batu Nilam Kuning pula, khasiat tambahannya adalah membaikpulih sel tubuh. Oleh itu ianya baik untuk rambut, kulit serta kuku. Merendam batu Nilam Kuning ke dalam air dan digunakan air tersebut buat mencuci muka dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat. Insyaallah. Walaubagaimanapun, adalah disarankan Saudara/saudari tetap merujuk doktor perubatan secara terus sekiranya terdapat tanda tanda penyakit sebagaimana yang dicatitkan terlebih dahulu. Penggunaan batu batu permata hanyalah sebagai satu kaedah terapi sahaja.

Mengenai penjagaan batu permata pula, ianya agak mudah. saudara saudari cuma perlu membersihkan permata tersebut dengan air bersih sahaja. Boleh dicampur dengan sabun basuh pinggan atau sebarang sabun. Apa yang paling utama untuk diperhatikan ialah bahagian bawah permata tersebut iaitu bahagian yang berhampiran dengan kulit. Pastikan bahagian ini tetap jernih supaya cahaya batu sentiasa cerah, ini akan mengekalkan kecantikan cincin tersebut secara keseluruhan.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan bersama. diharapkan dapat memberi munafaat kepada Saudara/saudari.

Salam
naha

No comments: