Thursday, August 26, 2010

Terharu Kerana Batu

(Gerai C41 Kompleks PKNS Shah Alam)

Tahun ini saya mengambil bahagian dalam Bazaar Ramadhan di Kompleks PKNS Shah Alam sekali lagi. Seperti tahun lalu, saya menjual butang Baju Melayu, Kerongsang dan tudung wanita. Gerai saya kali ini bernombor C41.

Saingan kali ini tidak sebanyak tahun lalu kerana beberapa peniaga yang menjual aksessori seperti saya memilih untuk menjual baju pula. Secara teori sepatutnye jualan saya menjadi bertambah baik namun, semakin ramai pula peniaga baju yang lain mula menempel sama menjual butang baju melayu sebagai tambahan kepada jualan baju mereka kononnya 'one stop' service.

(Butang Baju Melayu dalam kotak hitam)


Ini bukan lah satu masalah besar sebenarnye kerana saya merasakan bahawa dengan bertahan kepada barangan yang sama, insyaallah kita berupaya untuk menjadi lebih mahir dengan kehendak pelanggan terhadap barangan kita tadi.

Berbalik kepada tajuk tulisan saya kali ini, saya merasa agak terharu kerana beberapa hari lepas, gerai saya dikunjungi oleh seorang pelanggan yang datang terus dari Melaka. Ya Melaka, semata mata untuk mencari Butang Baju Melayu dari jenis batu. Beliau sudah jemu dengan butang yang bermata biasa seperti plastik, kaca mahupun kristal. "Dah biasa sangat" katanya.

Apabila ditunjukkan butang baju Melayu 'Batu' sebagaimana yang diinginkan, pelanggan tadi berasa sangat gembira dan terus membeli satu set dari gerai saya. Saya pun sebenarnya dua kali lebih gembira dari pelanggan tadi kerana butang baju Melayu Batu saya semakin laris.




Tetapi yang lebih menggembirakan saya lagi adalah apabila pelanggan tadi berkata, "susah nak cari butang jenis batu ni, dengar cerita dari kawan kawan, kalau nak cari butang baju Melayu batu cari lah di Shah Alam, cuma ada satu kedai saja yang jual di Kompleks PKNS Shah Alam tu". Terharu saya kerana memang saya sahaja yang menjual butang seperti itu, peniaga lain mungkin menggunakan kotak yang sama tetapi bukan batu tatapi kristal atau kaca. dalam hatisaya berkata "dah sampai Melaka rupanya pakcik", hihihi. Alhamdulillah.

Butang batu yang dimaksudkan adalah dari batu 'Cubic Zirconia' atau nama singkatan nya CZ. Ada orang menyebutnyasebagai 'Swiss Diamond' ada yang panggil 'American Diamond' dan ada juga yang sebut 'Russian Diamond'. Macam macam nama.

Sedikit maklumat tentang batu CZ ni ianya adalah jenis sintetik kepada batu Zirconia. Sintetik bermakna kekerasan, komposisi serta galian2 batu ini adalah sama seperti batu asal yang dikeluarkan dari perut bumi dan masih dikategori sebagai batu permata.

Memandangkan batu ini cukup kerasnya, ini membolehkan kerja memotong dapat dibuat dengan lebih halus seperti memotong batu berlian. Hasilnya, kilauan batu ini lebih terang dan warnanya lebih putih dari jenis2 plastik, kaca dan sebagainya. Ini membuatkan butang yang dipakai nampak sangat manyerlah berbanding dengan butang yang biasa biasa.

Sedikit promosi, bagi mereka yang berminat boleh la datang sendiri untuk melihat kecantikan butang baju melayu ni. Koleksi butang saya ada dalam beberapa bentuk yang terpilih. Bagi yang berminat untuk melihat gambar, sila klik di sini Kami juga boleh mengaturkan penghantaran secara pos sekiranya ada yang sudi.

4 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Semoga bisnes Naha akan bertambah maju dan terus maju.....amin.

Krafdunia Design said...

Salam Pak Man,

ameeen.. bila nak turun Shah Alam ya?

Anonymous said...

salam

saya mmg nk mencari butang baju melayu ni. masih di PKNS Shah Alam ke? harganya berapa ya utk butang jenis batu ni?

Krafdunia Design said...

Kedai saya di Kompleks PKNS Shah Alam. Butang yg jenis batu tu ada beberapa design dan berlainan harga.

Kalau ada kesempatan datang lah, atau kalau berminat dengan butang yg ada dlm gambar tu, bagitau yg mana satu boleh saya semak stoknya.

naha