Cerita lain sikit kali ni, pasal burung gagak Kelang (ejaan lama).
Kelmarin bibik di rumah saya bercerita, katanya kalau di kampung dia kat Medan, bila dengar je bunyi gagak ni itu tandanya ada orang yg akan meninggal. Saya gelak kat dia. Sebabnya, kalau la betul cam tu makanya di Klang dah takde manusia lg la sebab Klang terkenal sebagai bandar gagak, kecuali kalau gagak Klang bisu. Dia pun gelak sama.
Sebenarnya sewaktu saya masih bersekolah dulu pun saya memang pernah dengar org2 tua bercerita kononnye bunyi burung gagak ni petanda org nak mati, kalau tak caya cuba tengok hospital Klang, banyak gagak hinggap dan berlawan2 bunyi kat pokok sekitar bangunan hospital tu, pasal tu la ramai org mati kat opistal tu. Macam macam.
Tadi sewaktu melawat ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, saya masih boleh melihat masih dan semakin banyak kumpulan gagak hitam di hospital yg dah mula berkumpul di atas pokok2 di sekitar bangunan hospital. Bunyi yang agak bising dah mula kedengaran lalu saya teringat pulak kata2 org tua di tempat tinggal lama saya. Kata diaorg ni "Kau jangan coba2 tiru bunyi burung gagak ni.. kalau tak nanti telinga kau 'rghabit'". Rghabit tu maknanya koyak di bahagian bawah cuping telinga kita.
Ini pun dah kira satu lagi cerita2 misteri dari org2 lama dolu2 yang sebenarnya saya memang tak mahu percaya. Tapi menariknya dalam pada tak percaya ni, perkara rghabit telinga ni sebenarnya benar benar terjadi!.
Saya suka2 je nak tengok betul ke ckp diaorg ni jadi saya pun mulalah mungulang2 bunyi "ahrk ahrk ahrk" tiap2 hari dalam percubaan selama satu minggu. Apa yg anehnya belum pun sampai satu minggu, bawah cuping telinga saya jadi luka yg kita sendiri tak perasan. Mula2 tu rasa macam gatal2, lepas tu jadi macam berkerak2 minyak gitu dan lepas tu koyak sikit. Hah! amacam?
Rupa2 nya bukan saya sorang je yg alami bende ni, ramai lagi kengkawan sekampung yg dah kena macam saya jugak. Apalah kebendenya kami pun tak pasti. Kata org tua2 zaman tu, itu tandanya burung gagak ni tak suka manusia meniru2 cara gagak berckp. Gagak bila tak suka maka dia akan hantar hantu dia untuk rghabitkan telinga sang peniru tadi... hahaha. Wallahualam.
2 comments:
haaa...cerita rghabit telinga ni mmg mengerikan...zaman saya kecik2 dulu pun takut sbb berlaku kat diri sendiri..nak percaya ke tidak ttu sendiri cuba la..
Nak gelak pun ada juga En. admin tapi itulah yang terjadi.. maaflah lambat komen di blog, asanya dah jawab melalui email..
Post a Comment