Monday, June 15, 2009

Batu Tahi Bintang



Ada sorang brader ni datang dari Subang, singgah ke kedai. Dia mancari kedai lain sebenarnya, sembang punya sembang sehinggalah di tunjukkan 2 bentuk cincin yang dipakainya. Satu cincin tu dia kata batu petir satu lagi macam gambar kat atas ni pulak 'batu tahi bintang'
.

Brader ni beritahu bahawa yang jumpa batu ni asalnya ialah abang kandung dia sendiri. Abang dia ternampak ada benda memancar jatuh dari langit jatuh ke tanah. Dia dengan anak dia pun cepat2 berlari ke tempat jatuh batu tu. cari punya cari dapatlah batu yang dah berkecai, tujuh biji semuanya. Specialnya batu ni ialah dianya bermagnet. Saya gunakan magnet saya untuk test dan memang melekat.

Saya ambil peluang untuk snap gambar dan apa yang menarik bila di tengok lebih dekat, macam nampak ada Khalimah Allah kat permukaan batu tu. Cubalah perhatikan. Itu saya kira satu anugerah buat brader tu yang dia sendiri pun tak perasan. Kerana tu dia terbeli satu barang dari kedai saya, hehehe.

5 comments:

yasminyazid said...

Alhamdulillah,

klu ada batu berKhalimah Allah...
tapi nape pemiliknya sendiri taktau?

naha said...

Sebenarnya dia tak pernah tau adanya khalimah sampai la hari dia datang ke kedai. itu pun selepas diambik gambar baru nampak.

P.U.R.B.A said...

salam..dah rezeki dia bro heee..rezeki kita mungkin di lain waktu..ye x bro naha ;)

en_me said...

leh anto tv3 nih.. ihihi

Anonymous said...

saya pernah berdepan dengan situasi begini. tahi bintang bewarna hijau jatuh di kawasan kepala sawit semasa saya dalam perjalanan dari k.l ke johor. semasa dia jatuh dari langit tenampak ia terbelah dua. yang satu jatuh yang satu lagi masih begerak kedepan. tetapi condong. alangkah bagusnya kalau ia jatuh ditepi highway. hahah