Semalam datang seorang pelanggan lama ke kedai saya di Kompleks PKNS untuk melihat2 batu. Setelah puas meninjau2 beliau tertarik dengan seutas tasbih yang tergantung di dinding kedai yang dibuat dari kayu ghaharu. Kayu ini adalah dari jenis yang berbau, wangi baunya. menurut kata orang yang menjual kepada saya dulu kayu ni kalau dijemur akan naik minyaknya. Maksudnya keluar minyak dipermukaan kayu tu. Ini akan menambahkan lagi bau harum kayu tu. Kalu di tempat sejuk pula, kayu ni akan menjadi kering namun bau tetap ada.
Tiba giliran pelanggan saya ni pula bercerita, katanya dia berasal dari Indonesia. Di sana kayu ghaharu ni agak banyak terdapatnya tetapi harganya mahal. Bau dari kayu ni memang asli malah di Indonesia ada dua jenis kayu ghaharu, satu yang wangi dan satu lagi yang berlawanan,... bau najis. Kalau dapat sebutir yang sebesar biji tasbih sahaja pun dah cukup untuk "menwangikan" satu rumah.
Menurut kata kawan ni lagi, kayu ni amat bagus disimpan. Baik untuk tujuan menghalau gangguan syaitan. Kalau ada yang kerasukan bawa saja sebutir kayu ghaharu ni memang cukup berkesan. Sebab itulah harganya menjadi bertambah mahal sebab boleh digunakan untuk merawat gangguan2 seperti tadi. Kalau nak lebih hebat lagi, gunakan kayu gharu yang bau najis, lagi cepat sembuh. Katanya lagi, sebab tu jangan pelik kalau tengok kanak2 kecil memakai kalung tali yang berikat dengan sebutir kayu ghaharu dileher untuk halau gangguan.... puh!
Saya hanya boleh terlopong saja sebab rupanya ada lagi kayu yang boleh menghalau gangguan2 mistik ni, selain dari kayu kokka. Terlalu mudah untuk orang percaya kepada benda2 untuk menjadi pendinding kepada gangguan syaitan dan jin sedangkan dalam masa yang sama bercakap tentang Kekuasaan Allah. Elakkan lah dari buat benda2 bercanggah ni sebab dikhuatiri aqidah kita akan tergelincir tanpa kita sedari. Tidak ada sebarang bentuk penangkal yang boleh melindungi kita dari iblis, syaitan dan jin
melainkan Allah semata2.
No comments:
Post a Comment