Sunday, February 8, 2009

Batu Serai (2)



Sambung lagi sikit pasal batu serai. Cantiknya batu serai ni sebab dia nampak berkilau2 bila kena cahaya samada lampu atau matahari. Segi2 batu tu buatkan pantulan cahaya memancar2.

Ada orang bertanya macam mana nak tau batu serai ni ori ke tidak. Entah la.. setakat yang saya tahu la batu serai ni dari jenis kaca, jernih dan bersih. Kalau kita guna teropong macam kat kedai emas pun, kita tak nampak kesan galian atau struktur pembentukan kristal dengan jelas. Bersih je batu ni.

Satu lagi kekerasan batu jenis kaca agak rendah, jadi kita boleh nampak kesan potongan pada segi2 batu ni yang agak tak tajam atau kemas, sebab kekerasan batu ni tak tinggi pada sekitar 3 ke 4 je, kalau ikut ukuran kekerasan batu kita boleh calarkan batu ni guna duit syilling. Kalau batu ni terjatuh atas lantai pun memang boleh pecah atau sempek sikit. Tapi takkan kita nak test batu ni dengan cara kikis pulak tentulah jadi tak cantik. Itu semua cara sains la. kalau nak canggih lagi kena la bawak ke Makmal batu baru la sah2 boleh tentukan batu serai dari jenis apa pula. Cumanya agak tak berbalui sebab batu serai tak ditawarkan harga yang tinggi.

Sesetengah orang kata untuk uji batu ni, kita boleh gesekkan permukaan dua butir batu serai bersama2. Bersihkan mula2 sekali pada muka atas batu serai tu pada bahagian muka yang paling luas. Lepas tu lekapkan dua permukaan batu tadi dan gesek perlahan2. Apa yang kita akan rasa ialah batu tadi seolah2 menarik antara satu sama lain dan kemudian melekat. Kita boleh jugak gesekkan permukaan batu serai tadi pada cermin yang rata, tapi jangan lupa untuk bersihkan dulu kedua2 permukaan. Batu serai ori tadi boleh lekat juga dan kalu batu tu masih belum diikat jadi cincin kita boleh tengok dia lekat kat cermin tu tanpa perlu dipegang.

Saya pernah lihat orang buat cara malah saya sendiri pernah cuba dan memang batu tadi melekat. Apa yang menariknya saya bukan saja buat pada batu serai yang "ori" iaitu saya pinjam kawan saya punya, tapi saya juga telah gunakan batu serai yang tak ori daaaaaan... lekat jugak. Saya gunakan batu lain yang agak rata jugak muka batu tu dan... lekat juge. he he he. Itu sains jugak la.. bila kita gosok permukaan dua batu perlahan2, dua permukaan tu jadi kosong atau hampagas jadi lekatkan kedua2 batu tu. saya tak pasti pulak tentang elektrik statik, mungkin ada sama untuk tambah kekuatan lekat tadi. Jadi kesimpulannya takde yang pelik. tengok batu tu cantik cukuplah.. nanti sambung lagi

13 comments:

ZABS said...

Salam Naha,
Anda satu contoh terbaik, orang yang melakukan sesuatu yang diminati dan dibayar untuknya...
Patutlsh boleh cerita panjang lebar tentang batu-batu berharga tu..
Satu hari akan pergi melawat ke Shah Alam tu.. InsyaAllah.

Krafdunia Design said...

Waalaikumsalam Pak Zabs.

Terima kasih sebab berminat mendengar pasal batu2 di daratan. Saya sebenarnya pun minat sangat2 nak tau lagi pasal perhiasan2 dari lautan yang banyak diceritakan dalam AlQuran.

Mungkin pengalaman2 Pak Zabs sendiri dapat membantu, insyaallah.

Unknown said...

Salam Naha...
baru semlam cerita dgn adik tentang batu serai wangi... wah hari ni baca pula about it dari blog you...menarik...menarik sgt...

saya amat suka batu tourmaline tu... tapi harganya Ya Allah mahal bukan main... bila baca blog ni sy begitu teringin nak ke show room you... MH sy juga suka batu... InsyaAllah nnti sy sms you bila nak ke sana...

Kira sy dah jumpa siapa saya nak refer bab batu ni la....

en_me said...

ada gambar batu serai itu takks..

Krafdunia Design said...

Waalaikumsalam Raden Galoh,

TK sbb menyinggah, memang betul batu Tourmaline ada harga, kalu dapat yang lagi jernih memang kaw kaw lagi harga dia tapi berbaloi. org2 yg kenal kalau lalu sebelah kita jeling dia pun semacam je.. boleh kembang kuncup la lubang hidung sbb perasan.

nak datang nanti bagi tau sbb kekadang stok tak cukup hehehe.


Assalamualaikum en_me,

batu serai memang cantik warna dia sebab kaler tu artificial boleh buat2 punya. gambar ada kat topik batu serai (1). sori tak reti nak link. nanti sy masukkan semula kat batu serai (3)..hehe.

naha

Duniamistik said...

Jika tuan/puan berminat dengan permata batu serai dari sumber mistik. sila layari link ini: http://duniamistik.blogmas.com/?p=1198

Layari www.duniamistik.com

salam hormat.

Taufiq said...

Orang tua2 dulu ada kata yg batu serai asli, kalau direndam ke dalam santan, santan itu tidak akan basi. Ini yg saya dengar dari pakcik2 saya.

Anonymous said...

Salam...shah alam kat mana? PKNS ke..kat Uptown 24 ada banyak batu serai cantik2..harga pun boleh tahan RM30 je..saya memang minat batu serai dan sapphire biru..

ghani said...

salam en naha, banyak juga ilmu dan maklumat batu permata dalam batu permata dalam blog en naha ya.. memang menarik.

saya ada koleksi zamrud colombia dan delima untuk dikongsi besama..
www.koleksizamrud.blogspot.com

Krafdunia Design said...

sama2 lah kita kongsi maklumat ya..

Unknown said...

Kalaau tak melekat pada cermin macam mana ye?

Krafdunia Design said...

Adam Zulhayat:
Tidak menjadi masalah, yang penting batu ini masih cantik dan tidak pecah.

Yasmin Secret said...

Salam....
Saya ada koleksi batu serai,delima,batu melur dll.batu2 dalam simpanan keluarga yang didapati secara mistik oleh salah seorg ahli keluarga kami.sesiapa yang berminat untuk meminag. Boleh whatsapp saya di 011-3909 1458. Batu2 ini tentunya asli kerana dapat secara tidak sengaja. Bukan di beli di kedai2.😊