Wednesday, February 18, 2009

Batu Jarum Mas

Kelmarin saya berpeluang berkenalan dengan kawan2 'maya' gilfren saya. Seperti biasa saya bermula sebagai peneman untuk menghadiri majlis ringkas makan tengahari bersama Pak Payne, Pak Zabs dan Raden Galoh. Semua mereka ni semuanya blogger termasuk la gilfren saya tadi.

Sepanjang masa lunch tu kami puas (tak puas sebenarnya) bersembang, tapi kesian pada Pak Payne yang keletihan sebab panjang perjalanan dari Dubai ke KL. Banyak topik yang disembangkan dari politik hingga ke batu (hehe topik saya), best. Sambil2 sembang tu jugak la mata saya suka tengok kat batu2 yang member2 ni pakai. Salah satu batu yang saya nak cerita sikit kali ni ialah pasal batu jarum mas sbb Sis Raden Galoh pakai batu ni.



Batu jarum mas atau nama omputih dia ialah Rutilated Quartz atau pendek lagi Rutile. Ada orang panggil batu jejarum atau jarum je sbb nampak jarum yang lain2 warnanya. Jarum mas sbb kaler jarum tu emas, ada jarum tembaga, jarum perak, jarum hijau dan warna lain lagi. Orang Cina panggil batu ni sebagai batu rambut sbb selalunya jarum2 tu nampak lebat cam rambut. tengok gambar kat bawah ni.



Jarum yang kita nampak tu pun berbagai bentuk dia, ada yang berselirat, ada yang selari (ini cantik), ada yang lintang pukang tapi kebanyakan jarumnya bersifat lurus dan yang agak bengkuk atau melentur kureng sikit. kalau ada selalunya itulah yang cantik rupanya. Saya sendiri pernah dapat sebiji batu jarum mas ni yang saiznya sesuai untuk dibuat loket dengan rupa jarumnya sebelah seakan2 lalang tegak je manakala sebelah lagi melentur seakan2 padi yang berisi dan condong kebawah. itulah sekali tak sempat ambil gambar... dah jual.



Dari sudut khasiat pulak, kajian secara tidak formal sejak dari dulu lagi mendapati batu ni agak bagus untuk mempercepatkan pembentukan serta penyusunan sel. Bagi sel2 yang telah rosak, batu jarum mas bertindak sebagai pemangkin kepada pemulihan sel. Selain dari tu, batu ni sesuai untuk paru2, tekak serta sistem pernafasan. Kalau sapa2 yang ada batuk2 serta asthma (lelah) boleh la cuba guna batu ni. Untuk Sis Raden Galoh, memang sesuai sangat la batu ni, insyaallah. Sebagai makluman, batu bertindak sebagai satu kaedah terapi hasil dari tenaga, galian serta warna yang terkandung dalamnya dan bukan sebagai ubat. kita hanya boleh berikhtiar sahaja.

Bagi orang2 Cina, batu ni dipercayai boleh membawa kepada kekayaan sbb jarum2 dalam batu boleh membiak sama seperti kekayaan yang merimpah ruah.. ehem. Tak kaya2 la pulak saya yang dah lama simpan batu ni malah tak bertambah pun jarumnya walaupun saya pernah tengok batu yang dibeli dari saya dah lebat jarumnya. Pernah satu hari tu orang melayu yang terikut2 dengan kepercayaan ni, nak kaya sangat atau pun dah susah sangat, datang bertanya pasal batu yang bawak rezeki.. ceh! Saya kata kat dia "belilah batu saya ni lepas jual balik dengan harga tinggi sikit tentu dapat rezeki" hahaha. Mana ada macam tu. Rezeki tu ketentuan Allah dengan usaha.

Bagi sesiapa yang nak guna batu ni, ianya sesuai untuk dipakai dalam semua bentuk perhiasan seperti cincin, gelang, loket atau subang. kalau dapat dalam bentuk hiasan seperti pokok atau kristal asli pun ok jugak. Bagi lelaki pulak yang sesuai cuma cincin saja kalau nak pakai loket atau subang memang tak boleh, manakala gelang pulak, fatwa kata kalau untuk khasiat, boleh tapi sbb tak nampak macho kerana warnanya yang cerah, jadi tak boleh jugak la gamaknya. Dan mengikut panduan bagi orang2 yang tak pasti batu apa nak guna, batu jarum mas sesuai untuk orang yang berbintang atau zodiak Gemini dan Leo. Ini pun sebenarnya gimik pemasaran je.. jgn taksub.

Oh ya sebagai ingatan bagi sapa2 yang minat batu ni, hati2 sebab saya dah tengok yang palsu. Dibuat dari acrylic iaitu bahan yang diguna untuk buat keychain yang biasa kita tengok ada rama2, ketam dan macam2 lagi lah. Untuk jarumnya diaorang guna dawai yang ada dalam wayar letrik tu.. hah! memang sebiji nampak macam batu jarum cuma cara nak kenal, rasanya macam plastik. chao.

16 comments:

Unknown said...

Salam Naha...
Sukanya sy baca entri you kali ni... sbb ia about batu yg saya suka... dalam betul pengetahuan you about batu ni ye...

ZABS said...

Salam Naha,
N3 menarik. Bertambah sedikit lagi ilmu tentang batu. Batu yang Raden suka pulak tu. TQ for sharing.

Krafdunia Design said...

Thanx for menyinggah. nanti cerita batu lain lak

dianafly's said...

saye baru beli loket batu jarum emas ney hari ney..
harge ley tahan rm288..
fuh..
bile dah bace info pasal batu ney tetibe rase cam tak nyesal je beli..
n yg paling besh sebab sy memang berbintang leo.
kebetulan saje..
tapi..tadela sampai taksub sgt ngn batu ney..
org kate klu dah minat..sume pun sanggup..
heheeee...

Anonymous said...

apa hubungan bintang leo dgn batu jarum mas ni..saya pun ada sebentuk cincin jarum mas dan berbintang leo..and kadang2 tu pernah la bermimpi pasal batu ni..biasa la mimpi ada org berbaju putih datang nak ambik khasiat batu ni..sejarah jumpa batu ni pun unik sikit...saya tak beli dari sesiapa..

Anonymous said...

salam...sy baru bli batu ni.sy dpt murah(harga rahsia) sbb knal dgn abg yg jual ni.alhamdulillah,lme sy cari akhirnya dpt jgk jumpe.harga pun x mcm slalu org jual.mgkn sbb dh rezki sy abg tu nk bg kt sy.

. said...

Baru nak rasa pakai. OK.

Krafdunia Design said...

Sori lambat nak jawab, baru sedar ada komen rupanya..

dianafly's: pakai la Batu Jarum Mas tu lama sikit, mudah mudahan bertambah lagi jarumnya siapa tahu kan..

Anonymous: pendapat saya hubungan bintang dengan batu hanyalah gimik, mimpi pula mainan tidur manakala cara dapat batu pula.. hanya orang terpilih sahaja yang akan mendapatnya dengan cara yang unik..

aboy luv nana: dapat harga yang murah? alhamdulillah .. rezeki besar tu..

Laman Pahang: selamat mencuba.. dan cuba perhatikan jika ada sebarang perubahan pada batu tu..

Rizwan said...

Baru ni ada nampak kawan yg pakai cncn jarum mas ..dia kata ada kelebhn mcm yg tuan terangkan....huhu..sya mulanya tak minat cincin...tapi lama kelamaan perasaan ingin pakai cincn timbul atas faktor keje...kwan rekemen surh sy pakai untk besrkn aura kita.tp cncn yg kita pilih tu atas pilihan kita dr segi luaran...bukannya kelebihn yg ada...takut2 jatuh syirik.:)..sy pn pilihlah satu cincin ni..namanya amethist dan amethrine cantik...colour ungu...harga ribuan jugaklah bila dicmpur kedua cncin ni.untk pengetahuan saya ada mslh tido mlm.hri prtama pkia cncn ni masalh tido sy dh ok....mmg agak ajaib jugk lah.dn keyakinn brtmbh...x tau lah kan ni secra kebtln...sy pn sja lah bca2 dlm intrnt info cncn ametrne n amethist ni...apa yg di dikatakan mmg betullh....tp kita sbgi org islam niat cuma paki sbgi perhiasan je lah.kelbhn apa ka tu sme ats kekuasaan Allah...wallahualan.-
azmuhar.blogspot.com-

Krafdunia Design said...

Saudara Azmuhar Ishak: sila baca artikel ini pula, mudah mudahan membantu : http://towkeyemas.blogspot.com/2008/07/permata-kecubung-amethyst.html?m=1

Apapa hal pun bersyukur kpd Allah yg menganugerahkan permata yg banyak khasiat dan kelebihan dr sudut metafiziknya.. tiada pergantungan pd batu

Unknown said...

Salam saya ada sebuah loket jarum emas yang sudah diikat dengan perak 925 asli dan 6 biji batu jarum emas yang sudah diikat dengan perak 925 asli menjadi gelang tangan ...untuk gambar dan Sao sila hubungi saya...0173413630 along....

Muhammad Sidik said...

Assalamualaikum saudara naha.... untuk pngthuan saudra sy ad memakai cincin jarum emas....dh bnyak psal jarum emas sy dh bca tp sy kurang fham....sy tdak beli cncin trsebut dn tidak mncuri tp cra sy dpt cincin ni pun pelik....sy ad mrjuk ustaz dn brtnyakn mngenainya tp jwapn yg sy dpt hnyalah "ad la tu"... bnyak prkra yg sy alami smasa mmakai cncin trsbut...klau x keberatan sy ingin mennyakn hal mengnai cncin ini lbih mndlam....harap saudara sudi... Assalamualaikum...

Yus'z Shark said...

Sy ada batu ni...dah lebih 5thn sy pakai buat buah rantai bertali hitam...masa mula2 dpt jarum dia ade la dlm 3-4 camtu...tp skrg da byk dan membentuk huruf lam lam ha...djj...pastu jarum tu x tumbuh dah.... n tali hitam tu pun da x bley nk bkk mcm sllu...kecuali gunting jer..syg la plak nk wat camtu,jd sy terus je pakai....klw tye sy ade kejadian pelik or x masa sy guna batu ni..jwpn nya x...cuma masa keje kt klcc ade 1 fmly dr indonesia sggup tggu smpai 11 mlm wlw pun pukul 2ptg sy da bgtaw yg sy x jual batu ni ... >_<

haikal said...

Bagaimana hendak menjaga batu ni? Saya ada jumpa batu ni..sesaipa boleh membantu sila hubungi saya 0196588840

raden said...

Geliga lipan tua. Whatsapp 0145042878 utuk pemaharan

Unknown said...

Saya sangat berminat dgn crystal dan saya salah satu penjual crystal di sarawak .jarum mas saya sangat menyukainya