Friday, November 21, 2008

Geliga Ular Ori?

Hari ini saya dikunjungi sepasang suami isteri yang berasal dari Tanah Seberang. Manis pasangan ini kerana percakapan mereka sangat sopan. Istimewanya gentleman tadi sebab dia memakai sebentuk cincin yang menurut katanya battu geliga ular. Hah! geliga ular lagi.

Belum sempat saya bertanya lanjut, kawan tadi terus menutup cincinnya sambil membuat sedikit lubang untuk saya intai... batu tu menyala! tanpa perlu disuluh suluh macam kejadian sebelum ni. Memang special. Adakah yang ni batu geliga ular yang ori? saya pun tak pasti, malah tak tau pun,.. senang cerita.

Apa pun saya tak lepas peluang untuk mencari maklumat dan terus bertanya bagaimana dia mendapatkan batu ajaib ni. Kata brader tu "kena beramal bang, ada ayat2 dia yang kena baca dan lagi pun kena berguru. bukan sebarang guru" Wah, dalam hati saya berkata2.. sulit jugak cara nak dapat ni, kita ni amalan wajib pun tonggang tebalik camana la nak dapat bende pelik2 pulak.

Lelaki tadi memberitahu lagi bahawa amalannya pun kena telus tak boleh ada hasad dengki dan tidak mudah untuk memanggil ular yang sanggup mewariskan geliga ni. Dan bagi sesiapa yang dah dapat geliga ni, memang ada tugas tertentu menanti namun dia tak pulak bagitau apa tugas dia bila dah dapat geliga dia cuma dia kata kalau ada kesempatan jumpa lagi dia akan bercerita dengan lebih lanjut. Nak cerita lagi tapi dah lupa pulak....aparaaa. sori. Oh ya ada gambar kat bawah ni.

23 comments:

grafixtone said...

aper tugas yang dikata kan itu.. sebab saya pun mempunyai cincin geliga ular.colour hampir sama dengan pic tue..waktu malam dia menyala warna hijau.. tetapi sy cuma sekadar memakai sahaja tidak tahu pantang larang palk.. kegunaa pon tak tahu..email sy menyon_scout@hotmail.com cuma mahu tunjuk ajar dari saudara sahaja..thank. semekon..

Krafdunia Design said...

Walaikumsalam Grafixtone.
Setakat yang saya sempat bertanya2 pada beberapa orang yang ada batu yang sama, kata diorang batu geliga ular boleh dibuat penawar bisa patukan ular. Ada yang kata batu tu melekat kat tempat dipatuk lalu menyedut bisa ular tadi. ada yang kata sapu2 je, ada jugak yang kata bagi minum air rendaman batu geliga tu. Itu pun ada syarat tertentu, maksudnya bukanlah sengaja2 bagi ular patuk kemudian coba2. Apa2 pun bila saya dapat maklumat lanjut mengenai tugasan tu kan saya sampaikan insyaallah. TK

Anonymous said...

Salam sejahtera..

untuk makluman semua saya juga ada mempunyai satu cincin batu yang sama. Bila malam akan mengeluarkan cahaya tanpa disuluh. Pada pendapat saya ianya bukan geliga ular tetapi batu gunung yang banyak kat indonesia. Orang sana gelarkan sebagai batu mata dewa atau pun cahaya bulan. Pengamal perubatan tradisional pernah menyarankan saya untuk sapukan madu lebah dan di rendam dalam air embun atau hujan turun pada malam jumaat. Airnya banyak khasiat

Anonymous said...

hm....batu yg menyala dlm gelap tu sbnrnya bkn batu ssal tp batu sintetik yg di suntik bahan kimia immunoflourescent/photoluminescent yg apabila dlm gelap akan nmpk cahaya brgntung kpd dye yg digunakan hujau,merah,kuning dsb.sy pernah tngk sorang penjual batu warga indon kt depan balai bomba chow kitt ada bnyk stok batu menyala tu bila ditnya apa batu ni, tp sy lupa apa dia dh.tp ktanya berasal drp dalam laut kalimantan..huhu.sy tnya dia ni mcm marjan ke?indon tu jwb mcm marjan jugak la, tp marjan tk tkde cahaya mcm btu laut indon tu, ktanya.terus sy letak batu menyala tu dn tawar utk batu kecubung kerana tertarik dgn air n gewannya.so, terpulanglh kpd sesapa yg mahu mbelinya.yg pasti ia bukan btu asli ttp sintetik.oh ye kt mamat indon chw kitt tu bleh dpt rm35 siap ikat lg...kenalah thu menilai mne intan dn mana kaca,mcm mane ye...dgn ilmu.itu shj.bru tdk tertipu/taksub.asasnya adlh ilmu,

Krafdunia Design said...

anonymous dan peminat batu,

terima kasih atas info yng sangat berharga. saya percaya setiap batu memang terdapat khasiat yang tersendiri kerana adanya getaran, frekuensi warna serta galian dalam batu2 tersebut.

manakala info mengenai photoluminescent itu sangatlah tepat kerana batu proses ni banyak dikeluarkan dinegara China. sesetengah batu memang mengeluarkan cahaya yang berbeza dan ini boleh dilihat dengan menggunakan lampu lampau ungu(ultra violet)

Duniamistik said...

skum dan salam hurmat semua terutama buat saudara Naha.

Benarlah, apa2 pun iktikad kena dijaga. Takut terpesong akidah dan lari dari pegangan Iman kita kpd Allah taala.

merujuk dari penceritaan Saudara Naha mengenai Geliga ular yang dimaksudkan memang TIDAK BENAR semata-mata. penjual @ pedagang dari negara jiran memang selalu buat Hal. memutar belit cerita untuk melariskan barang. Mana ada spesis geliga ular yang cantik dan mengeluarkan cahaya dpt yang saudara Naha ceritakan. Baguslah saudara Naya tidak percaya akan kisah dongeng si penjual td. mereka hanya mencari wang utk tampung hidup.

jika ditanya pada saya, saya akan cakap dan kata batu tsbut adalah "seri bulan" @ "mata dewa". sila ke link ini utk lanjutan : http://duniamistik.blogmas.com/?p=441

berkenaan dengan geliga ular, sila ke link ini: http://duniamistik.blogmas.com/?p=185

salam perkenalan buat semua.
sekian.

Dari: www.duniamistik.com
www.duniamistik.blogmas.com

Papa Ely said...

Assalamualaikum..
Saya pernah memakai cincin geliga ular ni milik kawan saya. Dia dapat dari seorang pakcik yg di tumpangkannya dari perjalanan nak pegi penang sampai lah ke penang.Then pakcik tu bagi 2 bentuk cincin tu kat dia.Mmg btul batu kat cincin tu menyala bila dalam gelap.lagi satu,bila saya bakar dengan lighter cincin tu akan menjdai lebih hijau terang.
Sya berminat sangat nak mencari batu geliga ular nih.tapi tak jumpe2 lagi.
kalau ada sape tau nak dapt macamaner please e-mail to me at
jawers88@gmail.com
TQ wassalam:-)

ayienzx said...

salam, sy juga mmpunyai permata glow in the dark ni..
tp mcm mna nk tahu kesahihan nye??

hamba Allah said...

Geliga tu menyerap cahaya..
Cuba letak lama2 kt tempat gelap, nanti cahaya tu xkluar dh
lepas tu try suluh atau letak geliga tu kt tempat cahaya lama skit
nanti keluar balek cahaya
nak bg terang
ambiik torchlight LED, letak kt geliga tu lama2
then pegi tempat gelap.
konfem terang.


http://rkurl.com/kt8xs

Anonymous said...

salam,,sy ada sebentuk cincin batu yg ada kalimah allah,nk di jual..kalo minat email sy izzwandy@yahoo.com

PAKLANG said...

salam kalau berminat hendak miliki geliga ular hubungi paklang... 0195479661

Krafdunia Design said...

Duniamistik:
Terima kasih atas maklumat. kepada pembaca yang berminat boleh la melawat blog saudara duniamistik seperti yg tercatat.

kalabul m@lami:
insyaallah kalau memang ada geliga ular yang ori ni saya cuba hubungi saudara...cuma ramai sgt yang berminat, siapa dulu ya?

Ayienzx:
Kalau dia glow hanya selepas disuluh maknanya itu jenis 'photoluminescent'. tetap cantik untuk dipakai.

Hamba Allah:
Itulah yang dikatakan photoluminescent tadi.. kita memang biasa jumpa jenis ni macam permainan kanak yang menyala dlm gelap (selepas disuluh) contohnya.. bintang2, planet, dinosour, tengkorak keychain dll.

Paklang Antik:
Salam Paklang, saya berminat nak lihat sendiri, nanti saya hubungi ya..

TK

Anonymous said...

Salam semua..sy sndr ada menyimpan batu ini dah 4 thn..dpt semasa ke Palembang,indonesia..seorang lelaki tua bg pada sy..sy rasa ori kot sebab bercahaya sepanjang mlm.. wallahhuaalam

ayie_30191 said...

gelige ular yg ori mmpunyai beberape petunjuk..contoh..bile didekatkan..ular tunduk...ke2...bile berjlan..trase ular keliaran ditepi2 semak..wallahualam

Anonymous said...

a'kum,mohon bantuan klu ada sapa2 yg tau geliga ular cinta mani?? lepas tue nk tny gambar rajah naga ular cinta mani??klu ada sapa2 yg tau psl benda nie....

geliga ular yg ada kat kepala tue biasa je bg sy....ular cinta mani x penah ada satu sumber pun yg ada gambar real yg ada pun ular itek yg kononnya mirip ular cinta mani...so kpd pakcik yg jual geliga ular yg biasa tue....sy nk tny la ckit...pakcik penah dpt ke geliga ular cinta mani ni???klu ada tolg post gambar ye...

ada sorg wanita telah melahirkan bayi bersama-sama seekor ular( ular cinta mani).Lalu...ular tersebut memuntahkan dua biji geliga ular cinta mani.dgn izin Allah,insyallah saya akan cuba post kan geliga ular cinta mani untuk mendapatkan kepastian pada sesiapa yg lebih arif... apapun Allah maha besar lg maha mengetahui....assalamualaikum.....

Krafdunia Design said...

terima kasih anonymous

Paklang said...

assalamualaikum.. ok la geliga ular saya pernah nampak dan masih ada pada rakan saya seorang pakcik tua di kampung saya ..kawan saya ini banyak membantu orang kampung saya yang terkena patukan ular.. selama saya tgk banyak geliga ular semua penipu.. sebab kenapa tak banti orang dengan geiga itu.. yup betul letak pada tempat patuk .. batu itu akan melekat dan bisa keluar.. kalau minum tipu lah.. mana boleh minum itukan bisa ular nam mati ker??? hehhe ok la pada pembaca yang nak tgk geliga tu leh call saya 0195479661 sekadar tgk sahaja.. jgn minta beli dha

Anonymous said...

saya ada dua.. jntn betin .yg jntn kaler putih mcm yg diceritakan..tp yg betina..kaler coklat seakan kayu..tp mnyala bila dlm glap.. any comment...

A.M.M said...

Semalam saya membeli 2 biji batu geliga jantan dan betina... Pada awalnya, saya melihat penjual batu cincin di bersebelahan meja makan saya... Saya tegur cantik cicin ini semua... Ada x yg bqerkhasiat....penjual pun menguji batu ini kepada saya....jarum sepanjang 2 inchi dicucuk pada lengan saya dan sebelah tangan saya gengam batu g.jantan.. Niat bismillah didalam hati... Saya terkejut... Jarum tu x masuk dan bengkok...saya mengadu sakit tempat cucukan tersebut.... Dan dia sapu g.jantan pada lengan saya....

A.M.M said...

Saya uji pula g. Betina... Dengan jarum juga... Saya lagi terkejut... Jarum tu masuk dalam lengan atas... X bengkok.... Tarik keluar jarum tersebut... X sakit apa2.... X keluar darah....kemudian sapu g.betina pada tempak cucuk tersebut...semuanya kuasa ALLAH... Saya percaya.....namun saya dah serah g.betina kepada sahabat saya.... Jantan ada pada saya.

Anonymous said...

As’salam saya baru sahaja membeli sebentuk cincin yg dinyatakan adalah geliga ular,batu itu seakan akan berwarna sedikit kehijauan,kata penjualnya itu geliga yg sudah tua,manakala dia memakai geliga muda berwarna putih bila di tempat gelap ia bercahaya,caranya sama juga seperti saudara A.M.M di uji dengan gengaman dan di cucuk jarum dgn lafaz bismillah 3kali mmg 2jarum di cucuk tidak tembus dan jarum yg ke3 tembus tapi tiada rasa,dan selepas di keluarkan jarumnya hanya tinggal kesan...tetapi semasa membeli saya diminta untuk akad menerima penbelian,boleh tak saya tahu adakah apa2 tanda atau keburukan jika ianya adalah geliga ular yg asli,dan bagai mana saya nak tau kalau itu hanya la batu biasa..maaf saya pertama kali membeli batu seperti ini..

Krafdunia Design said...

assalamualaikum semua dan terima kasih kepada yang sudi berkongsi cerita serta pengalaman masing masing. semua info yang dikongsi sangat bagus serta baik. semoga ada manfaat buat pembaca lainnya.

Menjawab soalan Anonynous mengenai cara mengenal samada batu geliga yang dibeli itu asli atau tidak, terus terang saya katakan bahawa saya tidak tahu. Kebanyakan dari cerita yang didengar, cara mendapat batu geliga yang asli tidak sama seperti proses biasa iaitu menggali serta mencanai batu permata. dan sekiranya tuan puan dapat membelinya, itu merupakan satu rahmat kerana tidak perlu lagi bersusah payah hendak melalui proses proses yang ada kalanya agak unik dan luarbiasa.

Apapun bagi saya yang lebih banyak terlibat dalam bidang kecantikan, tuan puan boleh sahaja mengikat batu istimewa ini menjadi cincin atau perhiasan lain dan dipakai sebagai perhiasan.

Insyaa Allah jika berminat boleh hubungi saya untuk proses pembuatan barang kemas nanti.

nota:
Terima kasih A.M.M. kerana berkongsi cerita dan pengalaman yang sangat menarik. Bagaimana agaknya kalaulah geliga tu bukan asli.. tak mahu bayangkan sakitnya macam mana

Alia Natasha said...

Assalamualaikum tuan, sy ada pelbagai barang untuk dimaharkan.Tuan boleh test sendiri keasliannya.Berikut adalah brg yg ada dgn sy :
-geliga sisik naga
-geliga cenderawasih
-mustika permata embun
-besi kuning kalimah Allah dan Muhammad
-Minyak akar bulu perindu
-Duit sukarno anti rasa
-Batu kewibawaan
#mahar boleh dirunding
#apa2 brg boleh request.Smua sy ada.
whatsapp sy 0194427271