Friday, June 27, 2008

Satu permulaan yang baik

Satu permulaan hari yang baik buat saya kerana dikunjungi oleh YB Ir. Khalid Samad. Berbaju ala punjabi warna hijau datang ke Kompleks PKNS untuk mencari ketayap.. hari ini kan hari Jumaat. Segak YB ni, tinggi dan tegap orangnya. Saya yang berdiri disebelah YB tu nampak kecik aje.

Sebelum pulang sempat YB singgah di tempat saya untuk membelek cincin gurka berbatu hijau. Beliau membelek, mengacu, menawar dan terus bayar. "Eh, eh... senangnya orang ni", kata saya dalam hati, tak padan dengan kedudukan. Selalunya saya terpaksa berdepan dengan karenah panjang kalau jumpa orang orang yang setaraf dan sewaktu dengannya. Seronok rasanya. Kami sempat bersembang sikit pasal keadaan di Parlimen sebelum YB beredar meninggalkan tempat saya. Terima kasih YB, didoakan semoga sokongan dan perjuangan YB kepada rakyat dapat dilaksana dengan jayanya.

3 comments:

Suria Klang said...

Wah...dah pandai menulis rupanya....!!!

Kassim Selamat said...

wah...dah buka blog...tahniah!

tahniah sekali lagi sbb YB datang ke kedai, bukan senang nak dapat YB datang ke kedai..hehehe.

naha...buat online bisnes dari blog ok gak.

Krafdunia Design said...

TK Su dan J.

Ni la yang nak belajar ngan orang yang pandai pandai. Dari zero dah dapat mula sebab orang2 terdahulu kan.

Tk lagi sekali.