Sunday, November 15, 2009

Batu Baiduri Bulan yg Bercahaya


Semalam sewaktu bersarapan di Pasar Klang dgn anak bongsu saya, saya didatangi seorang kawan baru. kami terus bersarapan bersama sambil berbual2 dari satu topik ketopik yg lain sehinggalah sampai ke topik kesukaan saya.. apa lagi kalau bukan batu.

Kawan saya ni memakai sebentuk cincin batu Baiduri Bulan yg berwarna putih, tak berapa jernih tapi menarik. Specialnya batu ni datangnya terus dari langit. Langit atau awang awangan saya tak tanya la pulak, tapi katanya batu tu jatuh betul2 didepan dia.. siap berikat dalam bentuk cincin. Kalau dilihat pada bentuknya, saya katakan itu cincin wanita... tapi tak kisahlah.

Selepas pakai batu Bulan ni beberapa lama, kawan saya ni dapat rasakan yang ada perubahan pada sistem pernafasan dia, bertambah baik. Kawan saya ni perokok tegar, katanya sebelum ni nak bernafas pun agak ketat je rasanya tapi kini dah agak lega.

Seperkara lagi yg menarik tentang batu Baiduri Bulan kawan ni, dia kerap membasuh batu tu dengan air hujan dan air embun. Itu adalah mengikut petua seorang guru yg dirujuknya sebaik dapat batu special dia tu. Ikut kata guru kawan saya ni, membasuh batu tadi akan memulihkan tenaga dalaman batu dan dapat meningkatkan khasiat batu. Batu itu akan diketahui keberkesanannya bila ia mula mengeluarkan cahaya waktu bulan mengambang, tambah guru tadi tu, kata kawan saya lah.

Jadi.. apa yang kawan saya ni buat ialah bila tiba waktu bulan mengambang penuh, dia akan masukkan batu baiduri tadi dalam gelas berisi air hujan yg ditadah, ditapis serta simpan dan kemudian letak atas bumbung kereta dia. Lepas tu mula perhatikan dan tengok perubahan batu dia tu. Sah! kata kawan saya tadi, air jenih dalam gelas tu mula bercahaya dan semakin terang cahaya dalam air tu. Dia tak dapat nak ungkap apa2 sebab kagum dan kalau dikeluarkan batu Baiduri Bulan tu dari gelas berair tadi, cahaya dalam air tu akan hilang dan air dalam gelas nampak macam air bisa saja... SPECIAL.

Saturday, October 3, 2009

Ini Pun Batu Jugak



Lama betul tak bukak blog ni sampai kena tegur ngan kawan cyber la, haha..TK en-me dan Selamat Hari Raya kembali kawan ku itu.

Hari ni tadi saya sempat jugak ikut seorang kawan lama beraya di rumah matan boss dia di klang. Lama dia tak jumpa kawan tu jadi sempat la tengok dia sembang panjang, saya mendengar saja sambil sekali sekala menyampuk.

Habis satu cerita satu cerita lain dia orang bersembang dan saya masih melangut jugak sebab tak keluar langsung cerita batu.

Last sekali semasa kami nak pulang, tuan rumah ni tadi pelawa untuk tengok kedai comel dia dan kawan saya ni pun ok saja. Sampai saja di kedai tersebut baru la boleh cerita pasal batu... macam yang kat bawah ni.



Kawan ini memang berniaga barangan ini.



Dalam kedai comel dia penuh dengan sampel untuk kita pilih.. oppps.. orang lain pilihkan untuk kita.... seram!


(gambar batu nesan dari jubiwarisan.blogspot.com)

Tuesday, September 1, 2009

Batu Jalan Sendiri



Wah! lama sungguh rasanya tak menulis, sibuk lagi menyibuk konon2nya. Anyway dapat jugak dengar2 cerita menarik dari tuan2 punya batu sepanjang masa tu.

Yang terbaru, dua tiga hari lalu, datang dua anak bujang ke gerai promosi raya saya di Kompleks PKNS(C44). Dia datang bawak 2 biji batu siput yg agak cantik loreknya. Kecik je batu ni, lebih kurang setengah saiz syilling 5 sen. Warna keseluruhan putih dan ada bintik hijau... cantik. Bahagian bawah batu ni nampak gelung2 putaran siput.

Kata adik2 ni, batu dia tu boleh gerak sendiri kalau dititik dengan air perahan limau. Dia pernah buat banyak kali katanya lagi. Cara yang dia buat ialah letak batu dia ni atas permukaan rata dengan bahagian bawah batu yg agak leper dilekapkan ke atas permukaan tadi. Lepas tu ambik limau sebiji, limau kasturi pun boleh.. dan perah atas batu tu, kemudian tunggu.

Bila saya tanya berapa lama agaknya nak tengok batu tu gerak, katanya lebih kurang 2 jam. Alamak... lama sangat kalau nak tunggu pun, tapi menarik jugak. Saya tak sempat la pulak nak tunggu lama2 untuk tengok dia buat demo.. cuma tertanya tanya macam mana boleh gerak. Dalam hati saya cuma berkata bahawa batu tu gerak sebab permukaan tdi dah jadi licin, itu saja... entahlah.

(gambar dipinjam dari kayudanteras.blogspot.com)