Saya menulis kerana minat dan kagum dengan Batu Permata dan Kristal ciptaan Allah swt ini. Batu permata ini amat cantik untuk dijadikan perhiasan, penuh dengan misteri metafizik sebagai satu kaedah rawatan penyakit serta unik untuk dijadikan koleksi. Saya gembira untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dan amat sudi menimba ilmu dan tunjuk ajar dari pembaca. Bagi yang berminat boleh menghubungi saya atau berkunjung ke kedai di Kompleks PKNS Shah Alam.
Tuesday, April 24, 2012
Cincin 3 Rasa
Delima Pink, Merah dan Nilam biru
Saya panggil cincin ini dengan nama Cincin 3 Rasa kerana ada 3 batu yang berlainan warna.
Batu yang berwarna Pink adalah dari jenis Delima. Sangat menarik kerana warnanya pink atau merah jambu dan bukannya merah. Kalau dilihat di bawah panah matahari, kita akan dapat melihat pantulan cahaya yang berupa pecahan bintang berjalur enam(6).
Batu yang berwarna merah itu pula adalah dari jenis Delima juga tetapi dengan warna yang biasa dilihat iaitu merah. Disini, batu delima ini diikat secara ikat kuku bagi menampakkan bentuk keseluruhannya yang sebenarnya agak kecil.
Batu berwarna biru ini pula adalah batu nilam biru. Warnanya yang agak terang itu sangat sesuai digandingkan dengan merah dan juga pink tadi.
Keseluruhan cincin ini pula adalah diperbuat dari perak dengan ukuran 925.
Labels:
cincin perak,
delima merah.,
delima pink,
nilam biru,
tempahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment