Saya menulis kerana minat dan kagum dengan Batu Permata dan Kristal ciptaan Allah swt ini. Batu permata ini amat cantik untuk dijadikan perhiasan, penuh dengan misteri metafizik sebagai satu kaedah rawatan penyakit serta unik untuk dijadikan koleksi. Saya gembira untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dan amat sudi menimba ilmu dan tunjuk ajar dari pembaca. Bagi yang berminat boleh menghubungi saya atau berkunjung ke kedai di Kompleks PKNS Shah Alam.
Tuesday, April 12, 2011
Carta Batu Delima
Saya paparkan carta Batu Delima seperti di atas iaitu mengikut piawaian antarabangsa yang diterima pakai oleh kebanyakan kedai emas dan permata seluruh dunia.
Carta salinan saya ini bagaimanapun tidak mengikut skel sebenar seperti saiz mengikut berat batu (karat) sebagaimana yang dipaparkan. Namun maklumat bagi potongan (cut), warna (color) dan kejernihan (clarity) agak berguna sebagai panduan. Seperkara lagi, mungkin terdapat sedikit perbezaan warna bergantung kepada skrin komputer masing masing.
Carta ini dipetik dari link berikut :http://www.cibjo.org/ sila klik di Ruby Guide untuk dapatkan carta dalam format 'pdf'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment