Tuesday, April 19, 2011

Blue Sapphire (Nilam Biru) vs Kyanite


Batu Nilam biru atau Safir Biru di sebelah kiri manakala Kyanite di sebelah kanan.

Saya sering ditanya orang akan batu cincin berwarna biru yang dipakainya. Pada kebanyakan masa, saya menjadi teramat serba salah untuk menjawab sekiranya orang itu memberitahu bahawa 'batu nilam'nya itu dibeli dikedai emas sekian sekian dengan harga sekian sekian sedangkan pada hakikat sebenarnya batu biru itu adalah batu Kyanite.

Oh ya, untuk nama Kyanite ni, maafkan saya kerana saya masih lagi mencari cari nama batu ni dalam bahasa melayunya, mungkin kalau ada sesiapa yang tahu dapat agaknya membantu saya nanti.. terima kasih...

Sambung lagi..Sekiranya harga yang dibayar untuk sebentuk cincin itu terlalu tinggi, itu akan menambahkan lagi rasa gusar saya untuk menjelaskan lagi perihal batu Kyanite tadi. Walaubagaimanapun biasanya saya akan cuba sebaik mungkin menceritakan mengenai kebaikan batu birunya dari kecantikannya dan dari sudut terapi dan kurang menyentuh mengenai harga kerana isu tersebut amat subjektif serta sensitif bagi sesetengah orang.

Umumnya orang akan menganggap bahawa kedua dua batu Nilan dan Kyanite adalah serupa sedangkan pada hakikatnya kedua dua batu ini adalah berbeza walaupun warnanya nampak sama iaitu biru. cuba lihat gambar kristal (hablur) kedua dua batu dalam bentuk aslinya.


Kristal Batu Nilam adalah berbentuk 2 piramid(enam segi) yang bercantum pada bahagian dasarnya



Kristal Kyanite pula berbentuk 'triclinic' yang bermaksud, asas kepada paksi kristal ini tidak tepat atau tidak simetri. Tidak mengapa kalau tak faham pun, cuma perhatikan bentuknya pun dah cukup. Nampak beza kan?

Dari segi kekerasan batu juga, kedua dua batu ini amat berbeza sekali, Batu Safir mempunyai kekerasan 9 pada skala 'Mohs' iaitu kedua selepas Berlian sedangkan Kyanite hanyalah 5 dan kadangkala 7.

Kerana itulah selalunya orang yang memakai cincin batu Kyanite akan mendapati batu cincinnya cepat pudar manakala cincin Nilam pula kelihatan sama sahaja permukaannya. Ini kerana batu Nilam adalah keras dan batu Kyanite pula lembut.

Gambar bawah ini pula adalah bentuk kristal Nilam yang dicipta dalam makmal. Ia dinamakan 'Nilam Sintetik'. Galian yang digunakan untuk membentuk kristal ini adalah sama dengan yang asli cuma proses pembentukannya dipercepatkan. Batu ini mempunyai kekerasan yang sama dan jenis inilah yang biasa digunakan sebagai cermin pada jam tangan berjenama. sebab itulah kita akan dapati jam tangan mahal jarang yang senang calar permukaannya.



Dibawah ini pula bentuk cincin pertunangan Kate Middleton berupa Nilam Biru bertahtahkan berlian dikelilingnya.



Saya pernah menerima tempahan cincin design ini seperti dibawah dan kalau ada sesiapa yang teringin boleh la menghubungi saya..hehe.

8 comments:

Fardahila Binti Omar said...

salam. tumpang tanya, dekat kedai En ada jual tak cincin ni? berapa harganya. kalau kena tempah berapa pula harganya? terima kasih.

naha said...

WaalaikumSalam Pn Fardahila,

Cincin yang model begitu cuma tinggal satu sahaja dengan batu permata warna Pink, ikat perak (silver). untuk dapatkan sebentuk dengan batu yang sama seperti cincin Kate banyak bergantung pada batu permata itu sendiri. Kami boleh anggarkan harganya berdasar kepada saiz cincin, permata biru itu sendiri dan bahan guna seperti emas atau perak.

Permata yang baik dari segi kualiti saiz dan warna banyak mempengaruhi harga sesebentuk cincin. itu belum termasuk batu tepi samada berlian atau cubic zirconia. Walau bagaimana pun, biasanya bila sudah siap bentuk cincin seperti ini tetap menawan.

ghani said...

salam en naha, saya nak bagi respon sikit pasal kyanite..nama lainnya adalah nilam chanburi atau nilam nepal.betul tu kyanite sebenarnya bukan dari kumpulan nilam..2 benda yang berbeza..oleh kerana warna birunya menyerupai nilam..kebanyakan orng panggil nilam.ia sangay lembut.
hatganya pun jauh lebih rendah dari nilam asli.sekadar berkongsi maklumat.
www.koleksizamrud.blogspot.com

long said...

en naha.. kalau boleh display laaa contoh2 cincin yg sama dgn diana ring ni...senang nak tgk dan klu suka boleh tempah satu....

•♥ Myra ♥• said...

salam en naha. saya tertarik dgn blog ni. banyak info dpt psal batu permata ni :)

en naha ada kedai kat pkns kan? apa nama kedai tu yer?

naha said...

Waalaikumsalam MYRA, lanjutan dari jawapan melali email, saya jawab sekali lagi. Nama kedai saya ialah KRAFDUNIA, berada ditingkat 1, Kompleks PKNS Shah Alam, (atas KFC/bwh imigresen)

Galih jati said...

Kyanite dan Blue Safir secara kasat mata ada yang sangat mirip sekali, tapi kilaunya pasti beda! Mantap artikelnya

naha said...

Galih Jati

Terima kasih kerana sudi membaca dan komplimen..