Tuesday, March 30, 2010

Prasangka


(Gambar ini hiasan sahaja)


Pagi tadi sewaktu saya memandu di Lebuhraya Persekutuan ternampak sebuah kereta peronda polis berhenti di tepi jalan (bukan seperti gambar) menahan sebuah lori kecil yg boleh jadi dah buat kesalahan.



(Gambar dipetik dari blog ini)

Disebabkan pada masa tu jalan agak sesak jadi jelas nampak sorang anggota polis berunifom berdiri kat tepi jalan sambil mengarahkan drebar lori tadi bergerak pergi ke sebelah kiri kereta peronda tadi. Lepas tu nampak drebar lori tadi membongkokkan badan dia dan memasukkan separuh badan dia ke dalam kereta peronda tadi ikut tingkap kiri yang terbukak.



(Gambar dipetik dari blog ini)


Yang menjadi persoalan ialah kenapa nak buat macam tu. Apa aja yg dibincangkan sampai terpaksa masukkan kepala ikut tingkap. Kalau salah dan patut kena saman, tak payah lah mengintai intai kalau pun untuk memintak maaf. Tidak ke ada satu cara yg standard yg boleh elak orang dari bagi tanggapan buruk pada pasukan unifom kita.



Sekarang ni dah ada pulak lencana "integriti", sepatutnya gerak geri curiga ni patut dielakkan langsung. Bukan ke baik sekali kalau ada satu cara yg 'standard' yg langkah2 menahan kereta ni sama je cara dia biar pun dibuat kat mana2 pun jalanraya kat Malaysia ni.

Proses proses menahan kereta pulak patut lah ada 'step' yg sangat selamat bagi kedua2 pihak yg ditahan dan menahan. Jadinye kalau org ramai nampak ada yg tak kena samada pada yg kena tahan atau polis sendiri boleh la kita dtg membantu atau paling tidak pun boleh terus buat aduan melalui talipon.

2 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man setuju dan sokong 100%.
Maaf kerana dah lama tak tinggal komen di blog ini.
Naha sihat ke?.

Krafdunia Design said...

Alhamdulillah sihat, harap Pak Man juga begitu. lama sungguh saya tak jengok bahagian komen rupanya..