Friday, April 17, 2009

Delima Merah (airnya)- Benar kah Benar?


Saya dikunjungi oleh seorang bekas pensyarah yang agak berusia, seorang Doktor PhD. Beliau bertanya kepada saya mengenai batu delima yang kalau dicelup kedalam air boleh memerahkan airnya dan kalau diangkat batu tersebut maka air merah tadi akan manjadi jernih semula.

Sebagaimana yang saya pernah kata bahawa kalau mengikut kajian batu secara ilmiah atau kalau ikut standard la senang cerita, tak ada la pulak batu delima yang macam tu. Tetapi itu bukan lah bermakna mustahil ada, sebab, dalam dunia mistik atau dari alam ghaib benda2 cam ni barangkali wujud. mengapa barangkali? sebab saya belum pernah tengok. Yang ada pun setakat ini hanyalah cakap2 saja.. kata orang tu, orang ni. Pun begitu, yang pernah saya tengok ala ala batu delima semacam ini berakhir dengan penipuan, makanya susah sikit la nak yakin wujudnya ia dalam dunia batu yang digali secara fizikal ni.

Berbalik kepada pensyarah tadi, yang membuatkan saya akgak teruja ialah kerana menurut Dr. ni tadi, arwah ayah beliau ada sebiji batu delima merah yang ajaib ini. Katanya batu tu diperolehi di Makkah sewaktu ayah beliau mengerjakan haji pada tahun 1950han. wah lama sungguh tu. Batu tu dibelinya dari seorang penjual arab yang beria ia tak boleh tidak suruh ayah dia beli, maka dibelinya lah. Dari apa yang pernah dilihat mengikut kata dr ni, memang batu ni menjadikan airnya merah dan jernih semula bila diangkat. Dan saya dipelawa untuk melihat sendiri batu ni bila ada kesempatan nanti. batu tu sekarang ni telah diwariskan kepada adik beliau dan insyaallah bila ada peluang tu nanti dapatla kot saya tengok... nantikan la.

11 comments:

ZABS said...

Salam Naha,
Dicadangkan anda ambil gambar video dan masuk you tube sebagai bukti bila ada peluang nanti... boleh?

Krafdunia Design said...

insyaallah & tentu sekali Pak Zabs

en_me said...

salamm bro, thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

umi_e said...

baca tentang 'batu' teringat dulu saya pernah ditawarkan 'batu' yang mana bila dimasukkan ke dalam air akan bertukar menjadi hitam - katanya ada kaitan dgn kesihatan sebab kalau org yg mempunyai sakit pegang warnanya akan bertukar. Orang yang menawarkan 'batu' itu minta saya bayar beberapa ribu. Saya hanya beristifar sepanjang sesi 'pertunjukan' itu dan alhamdulillah saya berjaya 'tidak terpengaruh' dengan pujukan orang itu...

Krafdunia Design said...

Alhamdulillah umi_e tidak terbeli. Ini pun sebahagian dr benda mistik yg boleh menjurus kearah "percaya" pd batu. Perkara sebegini memang wujud cuma perantara2 tu sj yang sy kurang minat.

Duniamistik said...

selalu benda ini hanya dari cerita, cerita dan cerita dari orang ke orang. Percayalah, jika ada sekalipun ia bersifat begini. Takkan ada yang mahu menjual@ maharkan-nya. kerana ia Anugerah dari Allah pada si-pemilik bukan untuk di jual-beli. Menurut pengajian dan perkhabaran dari guru saya, sifat delima yg saudara Admin maksudkan ada 2 unsur yang boleh mengerakkan warna dan isian didalam-nya.

Jika saudara=saudari faham akan hal mistik @ paranormal, mungkin tidak mustahil boleh berlaku dengan Izin Allah Taala. Cumanya, jangan kita berserah bulat2 pada medium(batu delima), ia hanyalah pakaian @ hiasan keindahan yang Allah beri pada seseorang yang dianugerahkan.

jika batu delima dari buah delima memang ada dengan saya. sila layari link ini:- http://duniamistik.blogmas.com/?p=1025

2 biji buah delima telah saya buka di dpn mata saya. memang ada batu delima dari buah (saya tebus dengan guru, sumber alam ghaib).
batu dan geliga ini akan saya update nanti.

salam hurmat buat saudara/saudari sekelian.

Krafdunia Design said...

Assalamualaikum Duniamistik,

Terima kasih saudara/i Duniamistik, Saya setuju dengan apa yg disampaikan serta sangat2 menghargai info yg dikongsi.

Duniamistik said...

Wsalam saudara Admin,
salam perkenalan buat saudara Naha. dari masa ke semasa kita boleh berkongsi lagi.
Dari saya : Anas Penang. www.duniamistik.com

Anonymous said...

Saya cari Batu Merah Delima keampuhanya memerahi air beberapa gelas, anti Cukur, dan barang antik lain yg peting AC. Kami Siap bayer. Yang mau jual call 08124131747 (0411 551359) 081354852307 Email unusparingga77@gmail.com

NoraHash said...

Maaf kalau tak basi lagi saya nak komenpasal batu delima yg saya tak tahu keasliannya tapi mcm sedara di atas tulis ,saya pun dapat batu delima dari mekah yg memang di dalamnya ada air bagi saya itu bukan satu fenomena dan lagi satu pasal batu yg di simpan dalam air kemudian mengeluarkan warna merah ,suami pernah jumpa tetapi apabila di letak semalaman warna itu akan pudar ,saya yakin ada seperti lampu atau tenaga yg apabila trkena air ia boleh mengeluarkan cahaya dan kemudian boleh melemah setelah lama bernyala.Batu itu banyak di jual di pontianak,Indonesia.

Krafdunia Design said...

penipuan biasa berlaku, orang pun semakin pandai meniru batu permata ni..