Tuesday, March 31, 2009

Geliga Ular - cerita tambahan

Seorang pelanggan datang ke gerai saya bercerita pasal geliga ular yang berada di dlm simpanannya. Kwn ni bercadang nak ikat batu tu untuk dijadikan cincin. Jadi saya kena tunggulah untuk lihat batu yang dikatakan ori jugak ni.

Menurut ceritanya, batu ni abah dia yang punya dan diturunkan kepada dia. Cara mana pulak dia dapat batu ni? hah! lagi special, betul betul dari ular dan dapatnya pun secara kebetulan je takde mimpi2, guna jampi2 atau mentera dan sebagainya.

Abah mamat ni dapat geliga ular ni bila secara kebetulan dia nampak dua ekor ular tengah berlaga/berlawan. Masa tu apalagi cepat2 dia hamparkan kain untuk tutup dua2 ekor ular tu. Apa jadi?, sebab dek terperanjat dua2 ekor ular tu terus je berpecah tak jadi gaduh lagi. So masa ni lah yang istimewanya, abah kwn saya ni pun bukalah hamparan tadi tu dan VOILA! dapat lah dia batu geliga berwarna putih.

Saya tanyakan lah samada batu ni bercahaya dalam gelap. kwn saya ni kata tidaklah pulak. Ni mana satu batu geliga yang betul ori ni, yang bercahaya ke yang tak... entahla.

Khasiatnya pulak, kata kwn saya ni, batu ni berupaya untuk menyerap bisa patukan ular atau pun bisa sengatan serangga atau binatang. Caranya ialah dengan menekap batu geliga ni pada bekas sengatan tadi dan batu tu akan melekap dengan sendirinya lalu terus menyerap bisa2 hingga habis. bila dah habis batu geliga ni akan jatuh sendiri. Gitulah katanya. Wallahualam

4 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Pak man pernah dengar juga cerita macam tu, tapi belum pernah nampak dengan mata sendiri lagi......buat masa ni antara percaya dengan tidak 50/50.

Duniamistik said...

Untuk melihat gambaran sebenar geliga ular. Hasil dari Ritual Alam Ghaib. sila layari :- http://duniamistik.blogmas.com/?p=185

harap maklum.

wahab said...

kegunaan geliga ular tu sama mcm ape y sy saksikan depan mate sy sendiri masa ayah sy ubatkan adik sy y kene sengat tebuan guna geliga ular. warna putih jugak geliga tu. letak je kt tempat y kene sengat. batu tu melekat. xlama lepas tu batu geliga tu jatuh sendiri. Alhamdulillah bisa sengatan tu hilang dan bahagian tubuh adik sy y disengat xmembengkak. Subhanallah

Krafdunia Design said...

Pak Man: Saya pun dengar cerita saja, belum pernah alami sendiri. namun memang batu mempunyai daya serapan tersendiri terhadap haba dan warna..

Duniamistik: Terima kasih. kepada para pembaca.. cuba layari blog di atas..

wahab: dengan izin Allah. kelebihan 'batu geliga' itu dan beberapa jenis batu lain sememangnya ada yang mempunyai daya serapan sebegitu..