Saturday, March 7, 2009

Batu Ikan

Saya berkesempatan berkenalan dengan Abg Zamri, seorang yang nampak simple tapi saya rasa warak dan baik hati orangnya. Special abg ni ialah dia selalu diberi orang atau terjumpa secara tak sengaja batu2 yang jarang kita dapat dikebanyakan kedai atau orang2 yang jual ditepi jalan. Antara yang pernah dia perolehi ialah ‘batu ikan’. Batu ini bukan lah berbentuk ikan tetapi diperolehi dari perut ikan.

Ceritanya ialah satu hari tu abg Zamri teringin nak makan ikan , jadi dia pergi ke pasar untuk beli ikan. Ikan apa saya dah tak ingat. Dia pun ambik la sekor dan timbang. Katanya. Berat sekor ikan tu aje dah lebih satu kilo jadi dia tak jadi la nak tambah ikan lagi cukup la sekor tu je.

Sampai rumah lepas tu baru dia terfikir kenapa la pulak sekor ikan yang kecik biasa2 berat dalam 300 gram boleh jadi berat cam tu. Masa di apilih tu otak dia ke lain agaknya, kalau tidak dah tentu dia tak ambik ikan tu. Bila dia rasa ada bende yang pelik maka cepat2 dia belah ikan tu untuk tengok apa yang dah ditelan dek sang ikan. Rupanya dalam perut ikan tu ada pundi kelongsong yang berisi batu. Besar juga saiz dia untuk sekor ikan sederhana.



Batu ikan ni sekarang ni dah di potong atau canai jadi sebesar batu cincin. Kata abg Zamri dia dapat 7 biji semuanya dan dah dibagi2 kepada beberapa orang kawan. ada sebiji lagi disimpan dan belum lagi diikat macam dalam gambar kat bawah ni.



Apa khasiatnya?... saya tak tau, tapi saya cadangkan pada abg tu cuba2 la rendam dalam umpan u ntuk pancing ikan... kalau2 mujarab, kot la dapat banyak ikan nanti. Alasan saya ialah mungkin la batu tu sedap untuk ikan sebab itulah ikan yang dibeli tu sanggup telan, wallahualam.

6 comments:

ZABS said...

Salam Naha,
Secara jujur adakah benar apa yang dicerita oleh abg itu? Begitu juga tentang batu du\ijumpoai di rumpun serai, batu geliga ular dan sebagainya.
Cuma nak tahu secara ikhlas dari seorang pakar.

Krafdunia Design said...

Waalaikumsalam Pak Zabs,

Agak banyak juga cerita2 yang saya dengar dialami sendiri oleh empunya cerita. Dengan sangka baik saya percaya kepada semua yang diceritakan. Mungkin apa yang dicerita hanya sebahagian yang dilihat sedangkan yang tersembunyi hanya Allah saja yang tahu. Walaubagaimanapun memandangkan bidang saya boleh dikatakan yang nyata saja, saya sentiasa cuba untuk memahami asal kejadian batu2 tersebut secara ilmiah (sains) supaya aqidah kita tidak tergugat.

Anonymous said...

Salam En. Naha,

Pernah dengar batu geliga embun tak. Batunya jenih. kalau tahu khasiat batu tu harap dapat kongsi.
Terima kasih.

Tepi Sungai Batu said...

Salam Saudara Naha,
Saudara pernah dengar/tengok batu dari buah kelapa?
Pak Man ada cerita/pengakuan dari seorang penjual ubat yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana merogol anak tirinya. Batu dari buah kelapa sebenarnya tipu semata-mata.
Kalau ada kelapangan nanti Pak Man akan cerita secara panjang lebar.

Krafdunia Design said...

Assalamualaikum Anonymous dan Pak man,

Insyaallah akan saya cari infonya dan kongsi bersama.

Batu dari buah kelapa memang ada nanti saya ceritakan, dan memang berminat untuk mendengar cerita panjang Pak Man tu.

Duniamistik said...

Askum dan salam hurmat,
Saudara tuan Pak man, bagai mana pula dengan buah Nyiur buta yang belum dikupas sabut??? didlmnya Pasti "Nyiur buta"??? sila layari link ini utk detail :- http://duniamistik.blogmas.com/?p=1163