Thursday, December 1, 2011

Lembutlah Wahai Hati yang Membatu



Lama saya tidak menulis.. Kerana sibuk?, leka?, lalai? Bermacam macam alasan yang diberikan, bukan hanya kepada menulis tetapi banyak lagi perkara perkara lain. Tetapi yang paling kuat rasanya ialah MALAS!, satu penyakit yang paling sukar untuk diubati selain dari hanya diri sendiri sahaja yang mampu untuk melembutkan hati yang semakin keras membatu.

Hati yang keras akan mengakibatkan nafsu menjadi semakin galak. Aktifnya nafsu pula akan menyebabkan kita lalai serta leka dalam banyak perkara sehinggakan seoalah olah menjadi lali dalam membuat kesalahan. Kalau sampai menjadi kebiasaan sehinggakan sanggup berbuat maksiat kepada Allah pula maka semakin gelap dan membekulah pula hati kita. Keraslah ia sekeras kayu yang telah menjadi batu atau 'petrified wood'.

Sempena dengan tahun baru Maal Hijrah ini, ingin sangat lah saya berhijrah dari hati yang keras tadi kepada hati yang lebih lembut, mudah melafazkan zikir zikir serta lebih rajin membaca Alquran. Semoga dengan azam baru ini akan membawa kepada jalan yang lebih diredhai lagi mendapat rahmat Allah.

Saya pernah terbaca dari satu buku mengenai perihal hati ini iaitu bahawa hati ini mempunyai 70 ribu liang, sekiranya liang liang ini tidak dibersihkan ia akan menjadi hitam dan mengeras. Hati yang keras sukar untuk mendapat hidayah dan inayah Allah. Perbanyakkan zikirullah, insyaallah ia membantu melapangkan hati yang sempit, membersihkan jiwa yang kotor dan melegakan perasaan yang gundah..

Friday, September 2, 2011

Beraya dgn ikan dan Batu Karang



Hari ini iaitu pada hari ke 3 raya aidil fitri  kami keluarga berada di Pulau Perhentian bercuti sambil "beraya" dengan ikan dan batu karang. Ikan ikan yang bebas berenang ini kelihatan agak jinak bermain main bersama kami yang terkial kial belajar snokeling. Batu karang yang ada pula banyak yang telah mati dikebanyakan tempat yang berhampiran dengan pantai.

Mungkin di lain hari kami akan lebih berpeluang untuk menikmati pemandangan coral yang masih hidup dan cantik, insyaallah.. berdoalah.

Karang yang telah lama mati dan telah 'memfosil' boleh jadi sangat berharga dan dikenali sebagai Marjan. Perkataan Marjan ada disebut didalam surah Rahman bersama sama dengan mutiara yang disebut sebagai Luqluq.





Gambar di atas ini adalah rupa dan warna batu marjan yang telah dicanai menjadi batu cincin. gambar dibawah adalah batu marjan yang belum diproses









Sunday, June 19, 2011

Batu Zamrud Gergasi



Sebiji Batu Zamrud gergasi yang dijumpai 12 tahun lalu baru baru ini dipamerkan di negara Columbia.

Berat batu yang belum dicanai ini ialah 2.27 kilogram, lebih kuranh 11,000 karat mengikut sukatan batu permata.

Harga batu ini adalah tidak ternilai.