Monday, July 22, 2019

Back To Work


Kredit to Dato Lat

Back to Work
Lama benar senyap. Berkurung dalam gua. Keluar dari radar.

Hari ini harinya. Yes! Wake up call sudah datang. Berkali-kali. Sangkakala je belum.

Saya masih jalankan pekerjaan yang sama. Menjual batu permata. Mengambil tempahan barangan kemas seperti cincin, gelang, loket, anting-anting. Masih beroperasi di tempat yang sama iaitu di Kompleks PKNS Shah Alam.

Wajah masih sama. Handsome. 🤗🤗🤗

Ikuti terus tulisan-tulisan saya di sini.

Chow dulu!

Membuak idea ni. One by one, step by step. Life isn't easy.

Sunday, June 10, 2018

World Fashion Week Malaysian Chapter 2017 - Part 1

Setahun yang lalu, kami diberi peluang untuk bersama menjayakan World Fashion Week di Kuala Lumpur. Saya dikehendaki menyiapkan jewelry designs bertemakan alam sekitar.

Puas memerah kreativiti yang ada, saya siapkan satu set barang kemas yang diperbuat dari perak. Batu-batu yang digunakan ialah citrine (kuning), diamond (putih), aquamarine (biru cair), peridot (hijau) dan amethyst (ungu).

Setelah siap, set ini kami persembahkan kepada Chairman WFW Paris, Mr Paco yang datang ke Kuala Lumpur. MasyaAllah! Beliau amat menghargai ciptaan kami dan minta supaya ianya dihantar ke Hollywood untuk dimasukkan ke dalam rancangan realiti terbaru America, the Stylist, (kalau tak silap).

Alhamdulillah, kami juga tersenarai sebagai Top 5 pereka tempatan yang dipilih untuk menyertai WFW Kuala Lumpur yang diadakan beberapa bulan kemudian.

Teruja? Tentu sekali.

Sebelum kami menghantar hasil rekaan kami untuk diterima oleh pihak WFW dan sebelum ke Hollywood, kami berdepan dengan jenama/brand. 

“Apa brand you all ye?” Tanya wakil WFW di KL.

Saya jawab tanpa ragu-ragu, “Krafdunia.”

Senget je pandangan mata Cik Puan yang berurusan dengan saya. 

“Ada nama lain?”

“Naha Jewels?”

“Cliche. Try cari brand name yang bunyi dia agak European/international... kalau bolehlah. Naha Jewels sounds too personal. Coz people will ultimately know Naha is the designer.”

Jenuh la kami anak beranak mencari nama. Bella, Imran, An Najm, Arifi.. entah apa-apa nama yang keluar. Setiap kali kami hantar kepada Cik Puan tersebut, jawapan beliau, “Nehi.”

Entah macammana, ada yang beri idea, “Nafis Jewellery.” Cik Puan jawab balik, “sounds better. Bau Arab tu kuat tapi tak bau Melayu. So kalau kata “Nafis Jewellery, Dubai”, orang percaya. Problem about Malaysians, we always adore ciptaan luar. Dah terkenal kat luar baru kita buat satu “Nafis Jewellery Kuala Lumpur.”

Maka, terciptalah Nafis Jewellery, yang diinspirasikan oleh nama Rahman Nafis, anak kecil kami yang paling nakal dan hyper.

Kembali kepada set yang kami reka, ianya diberi nama “River of Love.” Kami tontonkan kepada seorang sahabat yang menetap di Jeddah, beliau membayangkan rekaan kami berada di window display shopping malls terkenal di Dubai dan negara-negara Arab lain. Harga yang kami tawarkan pula, ditukar currencynya kepada US$, bukan RM.

Subhanallah. Maha Suci Allah. 

Ianya satu langkah mula kepada perjalanan yang jauh lebih panjang. 

- Bersambung.

Friday, December 8, 2017

Warna warni kehidupan

Warna

Lihat pada si pelangi
Seribusatu dimensi
Warna sari dalam sinar hidup kita
Menghiasi alam ini
Inspirasi dunia seni
Kusyukuri cindera mata Maha Esa

Dalam ku mencoba mengejari cita
Aneka warna nan menawan hidupku
Cinta teman setia menolong segala
Terima kasih kuucapkan padamu

Oh warna warna pada dunia
Ku terpesona, kau teristimewa
Oh warna warna bagai bicara
Menyeli hati sanubariku

Ada kalanya kelabu
Membuat hatiku pilu
Tersenyum ku bila warna ceria tiba
Berbagai cerita rupa
Emosi suka dan dunia
Mewarnai kehidupan alam maya

Warna sari pagi mendamaikan hati
Tergambar indah suasana di jiwa